Seorang pelakon adalah antara yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya `Ops Perayaan Tahun Baru Cina” berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam tadi.
Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk ”Anak Pontianak” itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.
Pelakon itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.
Gong Xi Fa Cai!
Kepada semua yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina pasti sedang berpusu-pusu pulang ke rumah untuk majlis makan besar kan? Hebat juga kesesakan trafik kali ini. Nasi baik jalan lama takde masalah.
Okay, lepas baca petikan berita dari Utusan kat atas pasti sudah boleh agak siapa artis yang ditahan tu kan? Seorang pelakon, pernah berlakon "Anak Pontianak", pernah mencetuskan kontroversi, berusia 24 tahun...Hmm boleh teka? Aku tak mahu menyebut namanya di sini. Tapi aku kasi peluang kat abang Nara kita yang explain siapa artis tersebut.
Suka sangat bikin headline budak ni yer. Agaknya KPI dia kut. Tiap tahun ada satu Headline Panas kat suratkhabar. Aku sokong dengan Kak Wardina kita ni.
Oh lupa pula..Abang Nara...tolong habaq sikit kat semua siapa artis bertuah minggu ini?
p/s : kenapa hangit dan bukan hangat?? oh sebab artis ni dah terlebih "exposed" so tak berapa nak hangat dah.. satu malaya dah tahu.. he he heee(gelak pontianak)
SOURCE : Utusan Malaysia, Beautiful Nara, MStar Online
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan