Pegawai Traffic melakukan demonstrasi LTI20-20 TruCAM
(gambar ihsan The Star)
Apakah kehebatan gadjet terbaru ini? Menurut website Laser Technologi Inc, LTI-20-20 ini adalah model tercanggih untuk penguatkuasa trafik setakat ini. Beratnya hanya 1.5kg dan lebih "mobile" dibandingkan dengan DigiCAM sebelum ini. Kamera canggih ini mampu memperoleh video bukti termasuk imej resolusi tinggi yang boleh mengecam model kereta, no pendaftaran, dan wajah pemandu. Dilengkapi dengan GPS, ia boleh memberi posisi tepat di mana kamera itu digunakan.
Kamera ini juga mempunyai teknologi terkini yang mampu mengukur kelajuan antara kenderaan yang laju termasuk motorsikal. Ia dikatakan mampu mengatasi alat pengesan atau jam detectors. Gadjet terkini ini bukan saja merakam gambar, malah video dan lebih memudahkan penguatkuasa trafik untuk mendakwa pesalah.
untuk melihat ciri-ciri lain pada kamera ini boleh layari website Laser Technology Inc
SOURCE : TheStar, Laser Tech Inc
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan