Thursday, February 18, 2010

Fantasy Academy Vol. 8

Aku tak berapa gemar menonton AF. Tapi aku minat sama Aizat. Mungkin sebab aku kenalan abangnya. So secara tidak lansung, aku support adik dia. Aizat pun semakin popular, lagu-lagunya pun bukan calang-calang. Lirik pun mantap. Ditulis sendiri pulak tu. Eh ini bukan entry pasal Aizat.

Oh baru-baru ini AF sudah mengumumkan barisan kabinet terbaru rancangan realiti itu. Terdapat muka-muka baru tahun ini. Sebagai blogger amatur yang tak reti nak review atau bergosip, mari kita tengok calon-calon kali ini. Semuanya menang tanpa bertanding.










Sarimah Ibrahim merangkap Pengacara AF8


Memang sudah sinonim dengan AF. Sebelum ni menjadi pengacara debaran AF saja (tak pun diari AF, maaf aku xminat AF pun..haha). Kali ini menjadi hos untuk konsert mingguan juga. Comel, Cantik, orang putih kata hot stuff. Mulut byk tapi dimaafkan sebab dia hot stuff. Baru-baru ni terseksi sikit dalam rancangan Biggest Loser Asia, bila ternampak bahagian pusat dia. Tapi itu tak sengaja, takpa..dimaafkan, sebab dia hot stuff. Sarimah pun sudah memohon maaf atas kekecohan gambar tu.



Jimmy Shanley juga merangkap Pengacara bersama AF8


Pengacara Trek Selebriti. Dah selalu sangat tengok muka dia kat Astro. So no big deal. Dia pun dah biasa interbiu "pelajar-pelajar" AF yang tersingkir tiap minggu sebelum ini. Mungkin strategi nak tarik penonton berjantina perempuan kut. Sebab tahun lepas AF kurang fofular rasanya. Rasanya, Jimmy ni antara artis/pengacara yang bersih kut..rasanya jarang ada gossip tak elok pasal Jimmy. Itu kelebihan dia. Imej maintain bersih.




Norman KRU merangkap Pengetua, Penolong Kanan HEM, Kokurikulum dan sebagainya AF8


Wah ini agak menarik. Norman KRU jadi "pengetua" AF kali ni. Aku memang peminat KRU sejak kumpulan ni wujud. Saingan kuat dengan 4U2C dulu. Norman KRU antara businessman yang berjaya di Malaysia. Bijak mengemudi KRU sehingga dikenali sebagai antara kumpulan artis yang paling berjaya. Tengok sajalah pencapaian mereka, tak kira dalam bidang nyanyian, filem ataupun business. Adik-beradik KRU ni pun pakai kereta yang bukan calang-calang hebat. Lamborghini, Ferarri..wow hebat. Agaknya ada sinar harapan sikit untuk AF kembali mendapat rating tahun ini. Macamana transformasi yang akan dibuat oleh Norman yer..kena tunggu la nanti.



Que Haidar & Linda Jasmine masing-masing sebagai Jurulatih Drama & Guru Tari


Wah, kali ini mereka berpasangan pula. Jangan over sudah yer. Que Haidar ni memang mantap berlakon, especially bila jadi gangster. Tapi kadang-kadang pak lawak pun menjadi. So harapnye jangan pulak ada pelajar AF8 keluar jadi pelawak pulak. Takde maknanye nanti rancangan Raja Lawak. So Que, simpan Mat Wajib Tayang anda tu ye. Linda Jasmine pula kembali sebagai Guru Tari. Tak sabar nampaknya seluruh Malaysia nak tengok bentuk badan LJ yang baru bersalin anak keduanya (pertama dengan Que). Seperti semua maklum, LJ ni memang Hot. Tengok sajalah gambar-gambar dia kat En. Google. No Komen di situ yer.

Yang lain-lain masih dikekalkan. Termasuk lah Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Agaknye macamana musim ke-8 ni yer? Atau apakah Mentor TV3 akan lebih mantap??



p/s : gambar-gambar diperoleh dari sumber Google.com

2 feedbacks:

frazi said...

dulu minat juga, tp makin lama makin x best, plg best pn masa af 2...pastu trus x tgk lg..hehe..anyway, juz utk hiburan lps pnt bkerja n x blebih2an, it's ok!

FTN said...

betul tu. Muak jugak dah sampai bermusim2..lagipun kadang-kadang nampak sangat dibuat2..hehe

nama pun hiburan. nak menghiburkan aje kan? hehe

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails