Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Sunday, October 20, 2013
Wednesday, June 6, 2012
FTN Ingin Memohon Maaf Secara Terbuka (Part 2)
Kepada,
Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.
Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Ini juga bukan fenomena Masterchef Selebriti yang terlebih drama pondan. Fenomena yang dimaksudkan ialah..... temasya EURO 2012 yang bakal bermula Jumaat ini.
Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.
Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.
Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Kepala botak Robben juga pasti ada. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.
Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan EURO 2012 dalam format excel (google la..takkan semua aku nak suapkan!) untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!
Yang benar,
MF
it's From The News
PADAN MUKA, aku selamba recycle entry World Cup aku..haha haha dan haha lagi.

Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.
Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Kepala botak Robben juga pasti ada. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.
Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.
Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan EURO 2012 dalam format excel (google la..takkan semua aku nak suapkan!) untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!
i'm sorry tauu
Yang benar,
MF
it's From The News
PADAN MUKA, aku selamba recycle entry World Cup aku..haha haha dan haha lagi.
Labels:
bola sepak,
EURO2012,
Football,
Germany,
Joachim Lowe,
Podolski,
Poland,
Soccer,
Ukraine
Tuesday, November 22, 2011
Malaysia Juara Keseluruhan Sukan Sea ke-26. Tahniah!
Fakri Wira Negara. Where's Fakri?
Terbakor telinga dengar ye tak? Idoklah Juara keseluruhan..tapi Malaysia berjaya melawan arus, menyerap segala macam provokasi dan tomahan lansung berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara yang paling menjadi tumpuan di Sukan Sea ke-26 iaitu Bola Sepak. Dihadapan lebih 100 ribu penyokong fanatik Laskar Garuda, Harimau Muda berjaya muncul pemenang selepas menewaskan mereka melalui penentuan penalti yang berakhir 4-3.
Tahniah Harimau Muda. Kami semua bangga. Kami semua gembira. Kami semua ceria. Bersedialah nak mengadap Syria pula esok untuk kelayakan Olimpik.
Akhir kata, jauh di lubuk hati..kami mohon Fakri Shaarani direhatkan seketika. Beri peluang dia mencari rentak kembali. Rehatlah..rehat. Bukak facebook/twitter dan baca luahan peminat anda. Kthnxbai.
Monday, July 4, 2011
Friday, June 24, 2011
Video Gol Malaysia vs Lubnan : Kelayakan Olimpik 2012
Tahniah kepada Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan Lubnan dalam 2nd Leg Perlawanan pusingan ke-2 Kelayakan Olimpik 2012. Aku tak dapat tengok perlawanan, biaser lerr..tak mampu pakai ASTRO. Nasib baiklah geng-geng sokernet.com cepat upload video gol. Dapat jugaklah mengubat hati ini.
Dua gol yang cantik. Gol pertama jaringan Irfan Fazail pada minit ke-8, dan gol kedua hasil jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-40. Aku tak dapat nak komen perlawanan sebab tak dapat tengok. Tapi dari sumber kawan-kawan aku kata Wan Zack Haikal memang perform la dan patut diserap ke senior team. Well, tengok pada finishing gol dia memang cool je. One touch yang tepat.
video sumber dari Sokernet.com
Tahniah Harimau Malaya. Penyokong Malaysia pun mantap, meriah stadium! Semoga dapat kekalkan momentum kemenangan!
Wednesday, June 15, 2011
Ada Yang Lebih Teruk Dari Daudsu TRW
Sudah-sudahlah. Dah 4 hari berlalu pun masih nak cerita pasal Daudsu. Bukan dia sengaja nak jaringkan gol sendiri pun. Tuan punya badan pun dah mintak maaf, penyokong pun dah ok. Move on la. Kat ofis aku ni pun, kut yer pun penyokong tegar TRW bawak-bawak la mengucap. Kalah sekali bukan takleh cuba lagi tahun depan kan? Usah di politikkan sukan bolasepak okkeiy?
Now, lainlah kalau Daudsu score gol sendiri macam ni..Memang seminggu tak abis dok hentam dia. Hahaha. Memang epic. Patut dapat award Gol Sendiri Terbaekkkkk!
Wednesday, December 16, 2009
(SPORTS) Final Showdown : Malaysia vs Vietnam 17th December
Pasukan bolasepak Malaysia akan berdepan dengan Vietnam di perlawanan akhir bola sepak bagi merebut pingat emas Sukan Sea ke-25 di Vientiane Khamis ini. Perlawanan yang dijadualkan pada pukul 6 petang waktu Malaysia itu, akan ditayangkan secara lansung di saluran RTM.
Malaysia melangkah masuk ke final setelah mempamerkan aksi bertenaga setelah mengejutkan juara bertahan Thailand 2-1, sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Laos di saingan separuh akhir dengan jaringan 3-1 kelmarin.
Malaysia bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA Edisi 1989 di Kuala Lumpur apabila berjaya menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir.
Mari kita lihat barisan pemain-pemain pasukan Malaysia. Gandingan siapakah yang bakal diturunkan oleh K. Rajagopal di Final nanti? Adakah Zaquan Adha akan di turunkan setelah tamat tempoh penggantungan perlawanan beliau?
Penjaga Gol
Mohd Farizal Marlias
Mohd Sharbini Mohd Alawee
Pertahanan
Mohd Sabre Mat Abu
Mohd Azmi Muslim
Mohd Asraruddin Putra Omar
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Mahali Jasuli
Mazlizam Mohamad
Tengah
Baddrol Bakhtiar
Mohd Safiq Rahim
Mohd Amirul Hadi Zainal
Amar Rohidan
S. Kunanlan
K. Gurusamy
Penyerang
Abdul Manaf Mamat
Norshahrul Idlan Talaha
Ahmad Fakri Saarani
Mohd Zaquan Adha Abdul Razak
Penjaring Gol Malaysia setakat ini :
Fakri Saarani 4 Gol
Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan, Safiq Rahim 3 Gol
Zaquan Adha, Aidil Zafuan, Amirul Hadi, Amar Rohidan, Abdul Manaf, Nasriq 1 Gol
Rekod perlawanan Malaysia Sukan Sea-25
vs Timur Leste (Menang 11-0)
vs Vietnam (Kalah 1-3)
vs Cambodia (Menang 4-0)
vs Thailand (Menang 2-1)
vs Laos (Menang 3-1) - Separuh Akhir
FINAL
MALAYSIA vs VIETNAM
Siapa bakal merangkul pingat emas Sukan Sea-25 nanti? Jom beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Malaysia khamis ini!
MALAYSIA BOLEH!
-FTN
LATEST!! dipetik dari Bernama
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bahang kejayaan pasukan bola sepak Sukan Sea negara memasuki perlawanan akhir untuk menentang Vietnam esok, turut terasa di Dewan Negara apabila majikan disaran agar membenarkan pekerja mereka pulang lebih awal bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan itu.
FTN : Jangan lupa sambut awal muharam juga ya!
SOURCE : BERNAMA
Monday, December 14, 2009
TERKINI : (BOLASEPAK) MALAYSIA KE PERLAWANAN AKHIR SUKAN SEA
TAHNIAH pasukan Malaysia! Setelah mencipta kejutan menewaskan Thailand tempoh hari, Malaysia sekali lagi mencipta kejayaan di pentas Sukan Sea ke-25 di Laos. Lebih manis kejayaan Malaysia kali ini turut dikongsi seluruh peminat bola sepak di tanah air, apabila RTM menyiarkan secara lansung perlawanan tersebut.
Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea ke-25 di Stadium Nasional Laos. Berdepan dengan lebih 20,000 penyokong tuan rumah, Malaysia berjaya membuktikan kebangkitan dalam bola sepak di arena Sukan Sea.
Malaysia menjaringkan gol awal di separuh masa pertama pada minit ke-13 menerusi Baddrol Bakhtiar, sebelum Laos menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua setelah melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia.
Tetapi Malaysia bangkit melalui serangan balas dan berjaya menghasilkan dua gol dalam masa 5 minit melalui 2 gerakan cantik. Gol kedua juga hasil jaringan Baddrol Bakhtiar di minit ke-79 sementara Safiq Rahim menjaringkan gol cantik di minit ke-84 untuk melenyapkan impian Laos ke perlawanan akhir di depan penyokong sendiri.
Dengan kemenangan ini, Malaysia bakal menemui Vietnam yang menewaskan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Kali terakhir Malaysia ke pentas akhir ialah pada tahun 1989.
Perlawanan akhir akan berlansung pada 17hb Disember dan bakal disiarkan secara lansung menerusi RTM.
-FTN