Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.
Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Ini juga bukan fenomena Masterchef Selebriti yang terlebih drama pondan. Fenomena yang dimaksudkan ialah..... temasya EURO 2012 yang bakal bermula Jumaat ini.
Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.
Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.
Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.
Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Kepala botak Robben juga pasti ada. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.
Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.
Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan EURO 2012 dalam format excel (google la..takkan semua aku nak suapkan!) untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!
i'm sorry tauu
Yang benar,
MF
it's From The News
PADAN MUKA, aku selamba recycle entry World Cup aku..haha haha dan haha lagi.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan