Monday, December 14, 2009

TERKINI : (BOLASEPAK) MALAYSIA KE PERLAWANAN AKHIR SUKAN SEA




TAHNIAH pasukan Malaysia! Setelah mencipta kejutan menewaskan Thailand tempoh hari, Malaysia sekali lagi mencipta kejayaan di pentas Sukan Sea ke-25 di Laos. Lebih manis kejayaan Malaysia kali ini turut dikongsi seluruh peminat bola sepak di tanah air, apabila RTM menyiarkan secara lansung perlawanan tersebut.

Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea ke-25 di Stadium Nasional Laos. Berdepan dengan lebih 20,000 penyokong tuan rumah, Malaysia berjaya membuktikan kebangkitan dalam bola sepak di arena Sukan Sea.

Malaysia menjaringkan gol awal di separuh masa pertama pada minit ke-13 menerusi Baddrol Bakhtiar, sebelum Laos menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua setelah melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia.

Tetapi Malaysia bangkit melalui serangan balas dan berjaya menghasilkan dua gol dalam masa 5 minit melalui 2 gerakan cantik. Gol kedua juga hasil jaringan Baddrol Bakhtiar di minit ke-79 sementara Safiq Rahim menjaringkan gol cantik di minit ke-84 untuk melenyapkan impian Laos ke perlawanan akhir di depan penyokong sendiri.

Dengan kemenangan ini, Malaysia bakal menemui Vietnam yang menewaskan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Kali terakhir Malaysia ke pentas akhir ialah pada tahun 1989.

Perlawanan akhir akan berlansung pada 17hb Disember dan bakal disiarkan secara lansung menerusi RTM.

-FTN

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails