Showing posts with label laos. Show all posts
Showing posts with label laos. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : SYM, Safee Yang Menyekor akhirnya!

Photobucket


MALAYSIA  4
LAOS          1

Woi woi woi woi..alhamdulillah syukur!!.

Harimau Malaya menang ke atas Laos dengan jaringan 4-1. Namun gua rasa masih slack di merata tempat, dan sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar...6-7 gol boleh dijaringkan...Safee Yang Menyepak merata-rata, Safee Yang Menanduk tak tepat, Safee Yang Mensia-siakan banyak peluang di separuh masa pertama.

Namun akhirnya, sumpahan Safee terlerai lepas 2nd half, bila Safee Yang Menyekor akhirnya hasil hantaran leret dari Wan Zack. Oh itu, kita mendahului Safiq Yang Menyepak free kick. Kesimpulannya, persembahan yang biasa-biasa saja, selepas minit ke 60 baru Malaysia dapat control game dan mengasak bertubi-tubi. Farizal Marlias pun nampak tenang dan relaks di pintu gol.

Harapan gua, next game lawan Indonesia nanti mesti meriah di Stadium, bila keyakinan penyokong dah kembali. Dan gua pasti penyokong Indonesia pun akan "ramai" di Stadium. Indonesia dah selangkah ke semi, lepas tewaskan Singapura. Bermakna, ketiga-tiga team nak merebut tempat. Yang pasti Harimau Malaya perlu baham Garuda dulu Ahad ini.

Bangkit Harimau Malaya.....!

AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia vs Laos, Ramalan anda?

AFF Suzuki 2012 Rajagobal letak jawatan


Agak-agak berapa gol Harimau Malaya boleh ketuk sama Laos malam ni. Lihat sajalah betapa angkuhnya coach kita menjawab soalan selepas kekalahan dengan Singapura. Paling gua tak puas hati bila dia boleh cakap, dia hanya jangka kalah 0-1 dengan Singapura. Itu macam ke? Berani dia beraksi di hadapan penyokong sendiri, dan masih mampu jawab dengan tenang tak expect kalah 0-3. Adoyai.

Dengar pula ada "silent killer" bakal turun malam ni. Aku saspek hero Malaya akan turun. Ultras Fakri diminta bersiap sedia. Gua harap, midfield lebih kukuh dan pegang bola lebih confident malam ni. Kalau dengan Laos pun struggle, gua mohon tukar sajalah coach, sebelum Ultras menyalak lagi.


+ + + +  + +


Formasi: 4-2-3-1 (pehh mcm Arsenal je ni)

Kesebelasan utama harapan terakhir umat Ultras :

Farizal (GK)
Mahali (RB) --- Aidil (CB) --- Faizal (CB) --- Fadhli Shas (LB)
 Shakir (CM) --- Gary Steven (DM)
Wan Zack (RW) --- Baddrol (AMF/SS) --- Kunanlan (LW) 
Hazwan Bakri (ST)


Second half kasi masuk Hero Fakri ganti Wan Zack. Confirm satu gol dia kasi tanduk masuk.


+ + + + + + +


Ramalan Sukati aku la :

Malaysia 3 - Laos 1
Singapura 1 - Indonesia 1

Thursday, December 17, 2009

(SPORTS) 20 tahun penantian, Inilah Masanya!




Ayuh beramai-ramai menyokong pasukan kita! Tamatkan kemarau 20tahun penantian. Dengarnya pelbagai venue akan menayangkan perlawanan ini. Hot.FM juga mengajak beramai-ramai turun ke Restoran Hakim di seksyen 7 untuk menonton beramai-ramai. Dua stesen TV akan menayangkan perlawanan ini secara lansung. Jangan lepaskan peluang!

Barisan Kemungkinan :
Penjaga Gol : Ahmad Sharbinee Allawee
Pertahanan : Aidil Zafuan (C), Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabree Mat Abu
Pemain Tengah : Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Fakri Saarani, K. Gurusamy, S. Kunanlan
Penyerang : Norshahrul Idlan Talaha

MALAYSIA BOLEH!

Sambil-sambil tu jom layan lagu dari Faizal Tahir - Malaysia Satu. Bagi semangat sikit sambil menyokong pasukan kita.

FTN : Jangan lupa menyambut awal muharam ya! Doa akhir tahun dan awal tahun :)

Monday, December 14, 2009

TERKINI : (BOLASEPAK) MALAYSIA KE PERLAWANAN AKHIR SUKAN SEA




TAHNIAH pasukan Malaysia! Setelah mencipta kejutan menewaskan Thailand tempoh hari, Malaysia sekali lagi mencipta kejayaan di pentas Sukan Sea ke-25 di Laos. Lebih manis kejayaan Malaysia kali ini turut dikongsi seluruh peminat bola sepak di tanah air, apabila RTM menyiarkan secara lansung perlawanan tersebut.

Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea ke-25 di Stadium Nasional Laos. Berdepan dengan lebih 20,000 penyokong tuan rumah, Malaysia berjaya membuktikan kebangkitan dalam bola sepak di arena Sukan Sea.

Malaysia menjaringkan gol awal di separuh masa pertama pada minit ke-13 menerusi Baddrol Bakhtiar, sebelum Laos menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua setelah melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia.

Tetapi Malaysia bangkit melalui serangan balas dan berjaya menghasilkan dua gol dalam masa 5 minit melalui 2 gerakan cantik. Gol kedua juga hasil jaringan Baddrol Bakhtiar di minit ke-79 sementara Safiq Rahim menjaringkan gol cantik di minit ke-84 untuk melenyapkan impian Laos ke perlawanan akhir di depan penyokong sendiri.

Dengan kemenangan ini, Malaysia bakal menemui Vietnam yang menewaskan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Kali terakhir Malaysia ke pentas akhir ialah pada tahun 1989.

Perlawanan akhir akan berlansung pada 17hb Disember dan bakal disiarkan secara lansung menerusi RTM.

-FTN

Related Posts with Thumbnails