(gambar hiasan ihsan google.com)
Kecoh lagi tentang artis ditahan di kelab. Kalau nak baca versi sensasi boleh layari website Beautiful Nara or Sensasi Selebriti. Seperti yang dilaporkan, antara artis yang ditahan ialah Awal Ashaari, Scha al-Yahya, dan Juliana Evans. Walaupun di Buletin Utama TV3 wajah artis lelaki tersebut di kaburkan, tetapi sangat mudah untuk mengenali wajah Awal Ashaari. Menurut laporan yang dipetik dari MStar, mereka bebas setelah menjalani ujian dadah.
Tapi isunya di sini, kenapa? Apakah kehidupan sebagai artis perlu melibatkan diri dengan perkara-perkara macam ini? Publisiti murahan seperti 'clubbin', ditahan polis dan sebagainya?
Itu baru bebas ujian dadah. Cuba ujian mabuk pula? Agaknya semua lulus tak? Pasti kena terjah dengan Melodi tak lama lagi..hehe
Apa pun, bak kata orang putih..
"What a nice way to end your 2009!"
Apa kata anda semua?
KUALA LUMPUR: Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi tadi, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari.
Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.
Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.
Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.
Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.
"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.
"Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.
Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan.
Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan.
Terdahulu, Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.
Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.
Bagaimanapun, Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif. - The Star
SOURCE : MStar
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan