Wednesday, December 30, 2009

(NEWS) What's up Doc? Kes Dr Rosli Allani, Isteri kedua dan Bapa Mertua


keadaan rumah Dr Rosli yang dikepung
(gambar ihsan Google)



Mulanya tak ambil kisah tentang berita Dr Rosli. Sebab awalnya beranggapan ia hanyalah sebuah lagi kisah politik (yang tak habis-habis di Malaysia). Tetapi selepas menonton berita kelmarin, mengenai bapa mertua Dr Rosli yang beramai-ramai mengepung rumahnya apabila beliau ingkar perintah mahkamah untuk tinggal berasingan (murafakah) dengan isteri keduanya kerana status perkahwinan mereka diragui.

Daripada rakaman visual dalam berita tersebut bapa kepada Ilyani Mohd Nor nampaknya mahu berdepan dengan Dr Rosli dan ingin membawa anaknya itu pulang. Adakah ini salah satu kes perkahwinan yang tidak diredhai oleh keluarga? Atau mungkin faktor politik juga dicampur adukkan dalam hubungan kekeluargaan?

Walaupun Dr Rosli dimaklumkan sudah meletakkan semua jawatan dalam parti politiknya, namun dia masih perlu berdepan dengan bapa mertuanya sendiri untuk menyelesaikan kemelut ini. Apakah beliau bersalah hingga terpaksa melarikan diri secara senyap?


Dr Rosli dan isteri melarikan diri
(gambar ihsan Utusan)


Nampaknya tahun 2009 berakhir dengan kisah hitam bagi kedua pasangan ini. Apa komen anda?

-FTN


Teruskan membaca..





Berikut antara petikan dari akhbar tempatan mengenai berita Dr Rosli Allani.

Dr Rosli Allani was ordered by the Syariah High Court here to live separately (murafakah) from his second wife, Ilyani Mohd Nor, 30, temporarily as their marriage was in doubt because it had engaged the services of a syndicate in Subang, Selangor, in December last year. - THE STAR

PETALING JAYA: Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd Noor diingatkan supaya patuh kepada tuntutan agama dan tidak bertindak mengikut nafsu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Rosli sepatutnya mematuhi undang-undang serta insaf mengenai dosa dan pahala berhubung perbuatannya.

"Nasihat saya supaya Dr Rosli patuhi undang-undang, ini bukan soal main-main... soal halal dan haram.

"Jangan lupa kepada azab tuhan, situasi yang dihadapinya kini berkaitan dengan dosa dan pahala," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Dr Rosli dan isterinya, melarikan diri dari rumahnya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot di sini pagi semalam selepas hampir 19 jam dikepung keluarga mentuanya.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua pasangan itu berjaya melarikan diri ke tempat yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kenderaan.

Pasangan itu yang diarah mahkamah supaya tinggal berasingan selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Dr Rosli dan Ilyani berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah 'mufarakah' melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu diselesaikan.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama.

Selain itu Tuan Ibrahim juga berkata, sebagai seorang muslim yang beriman, Dr Rosli perlu akur dengan undang-undang yang ada.

"Hidup ini ada undang-undang, patuh kepada undang-undang juga sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman.

"Soal kesahihan perkahwinan ini sangat penting, buat masa ini mahkamah belum putuskan apa-apa lagi... hanya minta tinggal berasingan.

"Cuba bayangkan kalau diputuskan ia (perkahwinan) tak sah, lagi susah jadinya, berdosa hukumnya kerana mereka masih tinggal bersama," katanya.

Ditanya sama ada tindakan Dr Rosli itu akan menjejaskan imej PAS, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu berkata: "Beliau telah meletakkan jawatan dalam parti... kini hanya ahli biasa.

"Lagipun perkara ini adalah isu peribadi dan tak libatkan PAS sebagai parti politik." - MStar Online

Mohd. Noor, 58, ketika ditemui menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” katanya.

Semalam, Mohd Noor dan beberapa rakannya mengepung rumah yang didiami Rosli Allani dan Nor Ilyani kerana mengingkari arahan Mahkamah Tinggi Syariah supaya tinggal berasingan sementara atau mufarakah selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Mohd. Noor juga melahirkan rasa kesal terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Beliau mempersoalkan peranan JHEAIK kerana tidak bertindak semalam untuk menahan Rosli Allani dan anaknya walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah ‘mufarakah’ terhadap pasangan itu.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui pasangan terbabit masih tinggal serumah, beliau bersama peguamnya segera ke pejabat JHEAIK untuk membuat aduan namun pelbagai alasan diberi termasuk memerlukan waran terlebih dahulu daripada mahkamah.

Rosli Allani dan Ilyani berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah ‘mufarakah’ melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu diselesaikan.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama. - UTUSAN

SOURCE : MStar Online, The Star

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails