Thursday, December 10, 2009

Apakah Acai Berry? What is Acai Berry?

Sejak kebelakangan ini, aku sering mendapat spams di Yahoo Messenger berkenaan dengan Acai Berry. Aku abaikan semua mesej dengan anggapan semua itu spam dan mungkin salah satu virus terbaru. Lagipun semua mesej datang dari ID yang tak dikenali dengan nickname yang pelik.

Adakah Acai Berry ini satu produk kesihatan? Ataupun nama virus internet yang terbaru? Sebab biasanya Acai ni macam nama orang.

Misteri Acai Berry masih tak terjawab, sehingga lah baru-baru ini ternampak satu link berkenaan Acai Berry di Innit. Mula tergerak hati nak cari apa benda Acai Berry ini sebenarnya. Bila di taip Acai Berry di rakan baik kita Google, terkejut aku rupanya Acai Berry ni ialah buah yang dihasilkan oleh pokok Acai.
açaí atau aqai ialah sejenis pokok palma dari genus Euterpe. Namanya datang dari adaptasi satu perkataan dari Bahasa Tupia. Permintaan buah Acai/Acai Berry ini semakin meningkat sejak beberapa tahun menyebabkan Acai di tanam semata-mata untuk memenuhi keperluan global.



Buah Acai yang berwarna hitam-ungu berbentuk bulat dan kecil. Diameter lebih kurang 25mm, kelihatan seperti buah anggur. Satu dahan mengeluarkan 500 ke 900 biji. Pokok Acai menghasilkan buah 2 kali setahun.



Terdapat beberapa kegunaan buah Acai. Antaranya seperti yang ditulis dalam spam mesej yang pernah aku terima dulu. Supliment Diet. Acai Berry ini sudah di komersialkan sebagai satu supliment diet. Produk Acai Berry ini terdapat dalam bentuk tablet, jus, serbuk minuman, dan dalam bentuk buah-buahan.
Dikatakan Acai Berry ini dapat menambahkan tenaga, meningkatkan prestasi seksual, meningkatkan penghadaman, penyahoksidaan, tinggi kandungan fiber, baik untuk kulit, tidur yang lebih lena, dan menurunkan kadar kolestrol. Tapi semua ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Banyak lagi fakta dan cerita mengenai Acai Berry. Perlu rajin Google saja.

Tinggi betul kandungan antioksidan dalam Acai Berry!
ORAC : Oxygen Radical Absorbance Capacity
(kaedah mengukur kandungan antioksidan)

Adakah Acai Berry ini satu trend ubat-ubatan terkini? Produk MLM terbaru? Atau mungkin satu penipuan (fraud) besar-besaran? Aku tak pasti, tetapi hari ini aku dapat menyelesaikan misteri apakah Acai Berry sebenarnya.

FTN : Ini bukan iklan produk Acai Berry.

SOURCE : wikipedia.org
IMAGES courtesy of Google.com

1 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

buah ni antara salah satu bahan utk buat produk menguruskan badan kan?

penah baca kat mana entah

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails