Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
PM Umum Cuti Hari Jumaat Sempena Kejayaan Pasukan Malaysia
Dah agak dah! Sebab ini kejayaan sulung negara dalam Piala AFF, PM Dato Seri Najib mengumumkan hari Jumaat ini sebagai cuti umum! Fuih New Year's Eve tu bai, mencanaklah orang pegi keluar cari idea nak buat onar malam tu.
Apapun, janji sudah dapat cuti. Save annual leave siot. Kahkah.
Tahniah Harimau Malaya, sebab anda juga kami semua dapat cuti umum.
Wednesday, December 29, 2010
Shaffeeyyyyyy..GOAL! Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010
MACHO HABIS LAH SHAFFEYYY!!
Team Malaysia benar-benar sudah ditransformasi. Memang performance mereka jauh berbeza dengan sebelum ni. Tahniah MALAYSIA! Tahniah Harimau Malaya! Teruskan sokongan Ultras Malaya!
Esok pasti tersenyum semuanya.
+ + + + + + +
Nak tengok cantik sikit?
Nah..sumber sokernet.com yah
AFF Suzuki Cup 2010 : MALAYSIA vs INDONESIA 2nd Leg - The Final Finale
+ + + + + + +
Hari ini Perlawanan Akhir Pusingan ke-2 Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Berbekalkan kelebihan 3 bijik gol lawa nak mampos belum lagi menjamin kejayaan pasukan kita. Apatah lagi dengan penyokong-penyokong Fanatik..fanatikk..fanaatikkk (KRU), Timnas Indonesia. Tak pasti apa masalah mereka, mungkin dah campur aduk isu politik dan sukan..inilah jadinya. Tak boleh terima hakikat kekalahan pusingan pertama tempoh hari.
Put all that aside, kita tak mahu jadi macam mereka. Yang sudah berlalu tetap berlalu. Ayuh fokus kepada perlawanan malam ini. Walaupun sudah pasti penyokong Indonesia akan overwhelm di sana (sebab takde PATI dari Malaysia di sana kan?) so kita hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan kita supaya kuatkan mental dan tenang untuk 90minit.
Semoga 2010 ini berakhir dengan kejayaan manis untuk pasukan Malaysia.
Steady Harimau Malaya. MALAYSIA BOLEH!
//bangga dengan usaha Ultras Malaya yang cuba bangkitkan semangat patriotik untuk support team kebangsaan dalam apa jua jenis sukan. Walaupun tournament ASEAN, tapi bahang terasa cam masuk World Cup jek. hehe
Replay AFF Suzuki Cup Malaysia vs Indonesia (Leg 1)
Terasa kehangatan penyokong Malaysia di stadium. Yes it must be awesome for those fans who were able to watch live at the stadium. Salute the players for their outstanding performance (honestly first time tengok team Malaysia main begitu semangat dan hebat macam tu), hail the fans and get ready to defend the lead at Stadium Gelora Bung Karno rabu ini.
Malaysia Boleh!
Monday, December 27, 2010
Malaysia vs Indonesia 3-0; Tandukan Safee Tepat Macam Laser
MALAYSIA vs INDONESIA
3 - 0
MAS : Safee Sali ('61, '73), Ansari Samsudin ('68)
hasil carian google. credit to the owner |
Tahniah pasukan Malaysia. Berjaya membenam Indonesia dengan 3-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Terima kasih la kepada RTM kerana menyiarkan secara lansung sampai berita jam 8 pun dah jadi berita jam 7.35mlm. At least ada juga sesuatu yang aku boleh banggakan dengan RTM. Haha
3 gol bukanlah selesa bagi pasukan Malaysia. Kerana kita pun tahu lepas ini kita bermain di tempat lawan. Indonesia bukan calang-calang pasukan, dan penyokong mereka sangat fanatik dan bakal memenuhi setiap sudut stadium Gelora Bung Karno. Lihat saja di Bukit Jalil, hampir 30,000 penyokong mereka memberi sokongan, nak membuktikan betapa ramainya mereka kat Malaysia nih. Haha
Apa pun, kita pasti bawa semangat positif ke sana pada 29hb nanti. Semoga pemain Malaysia boleh kental dengan serangan Indonesia, kuatkan mental dan memberi kejayaan kepada Malaysia dalam AFF Piala Suzuki ini.
Tahniah Malaysia. Serius malam ni terasa hype tengok Malaysian football. Memang matured, memang mantap, superb goals. Tapi agak disappointed dengan sikap penonton (tak tahu la Malaysia ke Indonesia) yang bermain laser pointer kaler hijau macam made in China tu..sampai ada pause kejap game tadi. Malu siot. Tapi 3 gol Malaysia terhasil selepas insiden laser diberi perhatian. Jadi bukan salah laser ok?
Congrats Malaysia, malam ni masing-masing gembira je tido, kecuali pengantin baru Norshahrul Idlan Talaha yang mungkin terlebih penat..sebab baru kahwin semalam..hehe
p/s : putting the laser issue aside, the malaysian team did play handsome football today. Kudos to them, the fans at stadium, and million others watching on TV.
Sunday, December 26, 2010
Jom Skodeng Perodua Myvi 2011
O hai.
Kali ini aku nak sembang fasal kereta dari PERODUA pula. Kereta yang dikhabarkan akan muncul 1st Quater 2011, iaitu new Myvi 2011. Lately sejak PROTON mengumumkan tentang SAGA Facelift (yang sudah pun dilancarkan), PERODUA mengambil langkah awal "menayangkan" model baru syarikat itu di jalan raya. Dari situ muncul lah "spy shot" kereta yang bakal muncul suku tahun pertama 2011 itu nanti.
Sekali pandang mesti ramai kata sama saja. Cuma tukar tailgate belakang yang nampak ada styling line berbanding model Myvi sekarang (rujuk gambar bawah). Tapi sebenarnya kalau di kaji betul-betul, Myvi itu adalah sama dengan Toyota Passo/Daihatsu Boon yang baru. Kali ini PERODUA mengambil inisiatif lebih sikit dengan menukar bahagian depan (most probably headlights, bumper), dan belakang (tailgate, rear combi lights, bumper). Pendek kata, similar to what PROTON did with the SAGA Facelift.
Kalau diperhatikan betul-betul, kita boleh mengesan design Passo baru di dalam Myvi 2011 spyshot. Cuba bandingkan styling line pada pintu di mana sama dengan Passo terbaru. Bentuk pintu belakang pun sama, di mana PERODUA cuba menyembunyikan styling line pintu dengan menampal kertas putih seolah-olah design Myvi sekarang (rujuk kedua-dua gambar bawah).
Paling ketara diubah ialah bahagian belakang, di mana PERODUA membawakan design baru pada tailgate dan rear combi light. Perhatikan curvature pada bumper belakang sama dengan Passo, tetapi di tambah rear reflector dan kedudukan nombor plet diletakkan di atas.
Apakah perubahan pada Myvi 2011 nanti? Based on specification pada Passo, tidak banyak perbezaan sebab ia berkongsi platform yang diteruskan daripada model Passo sebelumnya. Cuma ada sedikit perbezaan pada Length dan Height kereta tersebut. Width masih sama so kita boleh bayangkan keluasan dalaman tidak banyak berubah dengan model sekarang.
Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana rupa bahagian depan dan trim dalaman kereta Myvi 2011 nanti. Apakah ia akan membawa konsep yang ada pada Passo 2011 seperti di bawah? Tapi aku rasa, PERODUA akan memilih untuk menggunakan konsep yang ada pada Myvi sekarang kerana lebih menjimatkan jika carry over design. Mungkin ada perubahan sedikit tapi rasanya tidak akan serupa dengan Passo 2011 ini yang nampak terlalu simple dan terbuka.
Model baru Myvi ini sebenarnya sudah di "teaser" masa pameran KLIMS baru-baru ini. Jadi agaknya sudah boleh agak rupanya bagaimana. Dan rasanya model dibawah ini membayangkan variant SE untuk Myvi berdasarkan design bumper yang agresif dan front grill yang garang (garnish berwarna hitam saja di tunjukkan).
Apakah Myvi akan diperkenalkan dengan variant 1500cc? Kenalah kita tunggu lebih banyak lagi spyshot muncul. Hopefully ini bukan model variant Myvi lagi dengan harga yang berpatutan. Nampaknya industri automotif di Malaysia semakin rancak tahun hadapan!
Gambar-gambar sumber dari carian google.
Gambar-gambar sumber dari carian google.
Saturday, December 25, 2010
Disconnect to Connect
Dah tengok? Mengaku je lah. Semakin maju teknologi semakin jauh kita dengan masyarakat sekeliling. Buat apa followers di twitter beribu-ribu, friends di Facebook berjuta-juta, tapi berenggang dengan ahli keluarga sendiri?
Ini adalah peringatan kepada diri aku juga. Gunalah teknologi dengan bijaksana. Apapun, this is a very good advertisement. Good advice!
Thursday, December 23, 2010
How To Cheat during 100m Hurdles Race
This is EPIC!
Adoi. Aku gelak gila tengok video ni. Tolonglah gelak sama-sama weh. Epic Failure betol. Main tipu, dapat nombor 4 pulak. Kalau aku mamat yang dia langgar tu, memang aku sepak terajang lepas garisan penamat.
Of course, made in china :P
Of course, made in china :P
Wednesday, December 22, 2010
PROTON Satria Neo Akan Dijual di Jepun pada 2011!
+ + + + + + +
ok aku cuba translate. bahasa Jepun aku dah karat, so kalau ada mistake sila betulkan.
Ini berita panas!
Baru dapat tahu dari rakan di Jepun yang kereta keluaran nasional, PROTON Satria Neo akan dijual di Jepun pada tahun 2011! CARROSSER Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar barangan kereta dan tuning parts terkenal di Gunma Jepun, akan mengimport Satria Neo dari Malaysia untuk dijual dengan harga antara 150~160juta Yen. Dalam RM lebih kurang RM50,000.
CARROSSER cuba merancakkan lagi industri sukan motorsport di Jepun dengan kereta low-cost. Ini bermakna mereka mengiktiraf kebolehan PROTON Satria Neo sebagai kenderaan entry-level yang mampu bersaing hebat dalam industri sukan motorsport. Mungkin mereka lebih yakin selepas melihat kejayaan pasukan rally S2000 yang menggunakan Satria Neo sebagai base mereka.
Dalam Tokyo Auto Salon 2011 nanti, kereta PROTON Satria Neo yang bakal beraksi dalam 2011 Asia Pasific Rally (APR) akan dipamerkan bersama-sama dengan model R3 Satria Neo.
Tahniah PROTON!!, ini merupakan satu lagi kejayaan bagi rakyat Malaysia. Walaupun volume yang mereka akan import mungkin sangat kecil, namun ini membuktikan syarikat dari Jepun mengiktiraf kemampuan kereta PROTON Satria Neo.
Saturday, December 18, 2010
PROTON SAGA Facelift 2011 : Info Kecil-kecilan
So a few friends bertanyakan aku tentang model SAGA Facelift 2011 (atau SAGA FL - aku tak berapa suka PROTON letak FL tuh). Ada juga yang tanya compare to Myvi. Ok, jangan fikir semua orang tahu tentang kereta ya. Especially kawan-kawan perempuan. Even ada juga lelaki yang tak ambil tahu lansung tentang kereta, contohnya mereka yang lebih cenderung meminati gadgets berbanding kereta.
Jadi aku dengan selamba, nak highlight secara graphic the main changes yang terdapat dalam versi Facelift SAGA ini dan sedikit review dari pandangan peribadi based on pengalaman memandu sendiri kereta SAGA. Pertama-tamanya, TIADA perubahan dari segi powertrain. Maknanya enjin masih sama seperti pre-facelift version. 1,322cc Campro IAFM dengan 94hp dan 120Nm torque. No Turbo whatsoever. Hehe
Ok jom tengok perubahan SAGA FL
EXTERIOR CHANGES :
INTERIOR CHANGES :
Sedikit mengenai FC (fuel consumption) :
Kalau nak compare Fuel Consumption dengan Myvi, maka sudah tentu Myvi lebih baik. Kerb weight Myvi ialah 950kg berbanding SAGA 1065kg. Dari segi city driving, Myvi memang serves the purpose. But when it comes to highway cruising, SAGA can deliver better fuel consumption. Tapi jangan tak tahu ramai pemandu SAGA yang boleh dapat figure yang baik. Semuanya bergantung kepada cara pemanduan masing-masing. Engine Campro pula memang high rev engine. Tekan sikit dah mengaum, sekejap dah cecah 110km/h. Itu salah satu sebab FC SAGA kurang baik berbanding Myvi.
Both Myvi dan SAGA ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Myvi dengan saiz kompak dan penjimatan minyak, SAGA dengan handling mantap serta kestabilan ketika di lebuhraya. Kedua-duanya merupakan antara model yang laris di Malaysia. Tapi aku kurang faham sikap sesetengah orang yang suka mengutuk produk keluaran negara sendiri. I know, most of them are salesman (rajin berulang kali komen nak jatuhkan produk lain).
Oh, kepada yang tak tahu Myvi pun nak keluar model baru juga awal tahun depan. Memang rancak PROTON dan PERODUA sekarang nih.
//Market kereta kat Malaysia ni kecil je. Bersainglah dengan sihat, bukan dengan bantuan komen-komen busuk weh.
Friday, December 17, 2010
New 2011 PROTON SAGA Facelift Launched Today!
Akhirnya model Facelift PROTON SAGA dilancarkan hari ini di Centre of Excellence, PROTON EDAR. Terjawab sudah persoalan setelah melihat kelibat kereta ini di dalam blog-blog automotif, serta kelibatnya di Thailand Motorshow baru-baru ini.
- Bahagian depan yang serba baru; headlamp, front bumper dan front grill baru, design hood baru
- 2 warna baru (Blue Rock dan Caffe Latte)
- Lampu belakang dengan LED, bumper baru dengan rear reflector, exhaust with muffler cutter
- Side mirror with LED turning lamp (sama seperti Persona Elegance)
- Design Alloy Rim baru
- New trunk lid spoiler design*
- Radio dengan USB & Aux input
- Radio/Volume control pada steering (sama seperti Satria Neo)*
- Passenger airbag*
- Front & Rear power windows
Harga untuk New SAGA Facelift dan perbezaan dengan harga pre-facelift model :
1.3 Standard M/T = RM37,998 (diff +RM1,000)
1.3 Standard A/T = RM40,998 (diff +RM1,000)
1.3 Executive M/T = RM40,698 (diff +RM1,200)
1.3 Executive A/T = RM43,298 (diff +RM1,300)
//Amacam? Nampak garang tak? At least this is waaaay better than the "Limited Edition", "Exclusive Edition", "Whatever Edition" yang naikkan harga kereta tak tentu hala..haha
Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Made In China
Source : Kosmo |
Cet..pengantin ni obviously buat-buat tak paham yang mereka berada di negara China. Sepatutnya Avatar Apek Wannabe 2 orang tu cakap :
"Made in China maa..Kamu bertiga perempondan tak mengetahuikannye ker? Made in China punya costume kan punn..semuanya pasti imitation punya barang punnnnn, cetak rompakkannyierr. Tak perlulah nak memarahikan kami..Marahkan idea bodoh korang perempondan yang nak sibuk nak bergambar dengan Avatar pun kann?"
Labels:
Avatar China,
Avatar movie,
Beijing,
Costume Avatar Murah,
Funny,
Lawak,
Lulz,
Pengantin Marah
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
Ayah Minta Tolong
Tadi aku dapat sms ni kat modem broadband aku. Ya, nombor broadband aku.
Kesian ayah kan?, takda sapa nak tolong dia kat balai police.
Kalau ada sesiapa yang nak tolong, ta payah call..sebab sekejap ayah call blik.
Hahaha..
LAME tactic. Kalau ada gak yang terkena mmg seriously dumb dumb.
Name:
Number: +6285223712453
Content:
Ini ayah Tolong bagi topped up 50RM ke numbor baru ayah 0128115902
ayah ada mslah di balai police.
ta payah call sekejap ayah call blik.
Time: 09/12/2010 10:38:28
Mari Belajar Tarian Zapin Songsang
Bersama Cikgu Ultraman. Lihatlah step-step lemah gemalai sungguh berseni sekali. Jari kena kasi lentik sikit. Boleh juga dipraktikkan semasa tarian 1Malaysia ataupun poco-poco ketika majlis perkahwinan. Mungkin agak ketinggalan kalau nak fusion dengan tarian Shuffle.
//Power skill resakse kali ini, boleh membuatkan Ultraman jadi biol sambil membuat lawak spastik di TV Jepun. Pasti kecewa budak-budak melihatkan hero pujaan mereka menari zapin di kaca TV.
Wednesday, December 8, 2010
Mentol Pecah Yang Pecah Panggung
Baru-baru ini aku tertekan satu laman web youtube kepunyaan MentolPecah. Ini semua gara-gara RT dari rakan-rakan di Twitter. Bagus. Aku berterima kasih kerana memperkenalkan dua orang genius dan kreatif ni (at least compare to DDR's way).
I have no idea siapa mereka, umur berapa semua tuh. Jangan tanya. Boleh add diorang kat Facebook dan tanya sesuka hati. Mereka berdua (Niman & Mozek) ni suka buat video. Mmg kelakar & kreatif. Aku rasa mereka ni boleh kerja dengan Afdlin Shauki lah.
Apa2 pun, enjoylah video-video yang diorang buat..setakat ni ada 16 video semuanya dalam channel Youtube diorang. Jangan lupa follow diorang di Facebook & subscribe Youtube diorang untuk mendapat update video-video terbaru.
Ni aku tampal 2 video yang betul-betul lawak seh. Salute MentolPecah!
//I wonder camera apa diorang guna. Beberapa video yang terbaru tu nampak macam dah HD tuhh..clear gambar!
Tuesday, December 7, 2010
Monday, December 6, 2010
Mak..Mak, beruk tu apa?
Mak menjawab :
"Alah kamu ni, pegi sekolah buat apa? Cikgu ajar tak mau dengar. Sebagai masyarakat zaman IT yang berwawasan 2020 rajin-rajinlah guna google tu bila ada kemusykilan fakta. Nanti kamu masuk unibersiti kat Oxpot nanti pun kamu kena biasakan meng"google" dan copy paste. Takkan itu pun mak nak ajar?"
Jadi si anak yang down giler itu pun dengan tawar hati menaip "Beruk" di laman web google. Lalu terjawablah segala persoalannya selama ini..
Saturday, December 4, 2010
Kena Ugut Dengan Ah Long
Macam cilaker lawak si Johan nih. Habibah btol!!
Labels:
Ah Cai,
Funny,
johan Raja lawak,
Kelakar,
Lawak,
Raja Lawak,
Video Lawak,
Zizan Raja Lawak
Thursday, December 2, 2010
Bayangan PROTON Persona Replacement Model 2012?
Ini gambar hangat kereta konsep dari PROTON yang baru muncul di Paultan.org. Of course semua gambar ini kredit kepada Paultan sendiri. Bukan aku punya yer. Sebab aku belum menjejakkan kaki ke KLIMS.
Apapun, aku pinjam 2 keping gambar ini dahulu. Seperti yang ramai tahu, PROTON bakal mengeluarkan kereta Persona replacement dalam tahun 2012. Kereta berkonsep global car itu akan juga dilengkapi dengan enjin CAMPRO Turbo. Mungkinkah kereta konsep sedan yang dipamerkan ini merupakan design Persona Replacement 2012?
I see some Subaru Legacy B4 rear end cues
Apapun aku personally teruja dan tak sabar nak menjejakkan kaki ke KLIMS 2010. Harap-harap dapat tengok kereta-kereta gempak di sana. Oh ada Bumblebee dan kereta Batman begins juga!
//PROTON kali ini mendominasi ruang pameran KLIMS 2010 dengan booth terbesar. Sebanyak 20 kenderaan dibawa oleh PROTON kali ini termasuk kereta konsep dan LOTUS.
NEW PROTON SAGA FACELIFT 2011
Woot woot! Akhirnya SAGA Facelift 2011 dibogelkan dengan rasminya di Thailand Motor Expo semalam. Walaupun dah banyak gambar curi terpangpangpangpungpang kat web, tapi kali ini it's official. Walaupun secara rasminya ia belum lagi dilancarkan di pasaran domestik (Malaysia).
Rasanya ini adalah strategi pemasaran oleh PROTON, kerana biasanya jualan kereta di Thailand akan meningkat ketika berlansungnya Motorshow di sana. Jadi PROTON mungkin mengambil peluang tersebut untuk tayang kereta baru di sana. Dikhabarkan kereta ini akan juga dipamerkan di KLIMS (Kuala Lumpur International Motorshow) esok.
Antara-antara perbezaan ketara dengan model pre-facelift :
- Bahagian depan yang serba baru; headlamp, front bumper & grill baru, design hood baru
- Lampu belakang dengan LED, bumper baru dengan rear reflector, exhaust with muffler cutter
- Side mirror with LED turning lamp (sama seperti Persona Elegance)
- Design Alloy Rim baru
- New trunk lid spoiler
- Radio dengan USB & Aux
- Radio/Volume control pada steering (sama seperti Satria Neo)
- Passenger airbag
Setakat ini belum ada harga rasmi untuk model Facelift ini. Kita kena tunggu dilancarkan untuk pasaran domestik tak lama lagi. Tapi yang pastinya dengan segala upgrade ini, sudah pasti akan ada kenaikan dari segi harga berbanding model pre-facelift.
Dalam masa yang sama, PROTON juga mempamerkan model SAGA Facelift R3 concept. Kalau dulu ada SAGA Red Concept, kali ini PROTON menampilkan bodykit R3 yang serba macho untuk dilancarkan bersama model Facelift ini. Mantap gila bumper depan R3 nih. Hopefully this will not stay as a concept. Make sure R3 produce and customer boleh order.
Anyway, kudos to PROTON. We all have to admit that PROTON is trying hard to improve from those Waja & Gen.2 problematic days. Melihat kepada gambar-gambar SAGA Facelift terbaru ini, aku cuma nak cakap good luck to PROTON and please continue to make good quality cars.
Segala jenis gambar dalam entri kredit to paultan.org
Labels:
New Proton,
PROTON cars,
PROTON SAGA,
R3,
Saga facelift,
Saga FL R3,
Thai Motor Show