Monday, December 27, 2010

Malaysia vs Indonesia 3-0; Tandukan Safee Tepat Macam Laser

MALAYSIA vs INDONESIA
3 - 0
MAS : Safee Sali ('61, '73), Ansari Samsudin ('68)

Photobucket
hasil carian google. credit to the owner

Tahniah pasukan Malaysia. Berjaya membenam Indonesia dengan 3-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Terima kasih la kepada RTM kerana menyiarkan secara lansung sampai berita jam 8 pun dah jadi berita jam 7.35mlm. At least ada juga sesuatu yang aku boleh banggakan dengan RTM. Haha

3 gol bukanlah selesa bagi pasukan Malaysia. Kerana kita pun tahu lepas ini kita bermain di tempat lawan. Indonesia bukan calang-calang pasukan, dan penyokong mereka sangat fanatik dan bakal memenuhi setiap sudut stadium Gelora Bung Karno. Lihat saja di Bukit Jalil, hampir 30,000 penyokong mereka memberi sokongan, nak membuktikan betapa ramainya mereka kat Malaysia nih. Haha

Apa pun, kita pasti bawa semangat positif ke sana pada 29hb nanti. Semoga pemain Malaysia boleh kental dengan serangan Indonesia, kuatkan mental dan memberi kejayaan kepada Malaysia dalam AFF Piala Suzuki ini.

Tahniah Malaysia. Serius malam ni terasa hype tengok Malaysian football. Memang matured, memang mantap, superb goals. Tapi agak disappointed dengan sikap penonton (tak tahu la Malaysia ke Indonesia) yang bermain laser pointer kaler hijau macam made in China tu..sampai ada pause kejap game tadi. Malu siot. Tapi 3 gol Malaysia terhasil selepas insiden laser diberi perhatian. Jadi bukan salah laser ok?

Congrats Malaysia, malam ni masing-masing gembira je tido, kecuali pengantin baru Norshahrul Idlan Talaha yang mungkin terlebih penat..sebab baru kahwin semalam..hehe


p/s : putting the laser issue aside, the malaysian team did play handsome football today. Kudos to them, the fans at stadium, and million others watching on TV. 

3 feedbacks:

Miss Izah Mohamed said...

good job! serius kagum tgk tandukan dia.. eehe

Artzam said...

Tahniah Malaysia!!

Phantom said...

Tahniah

Malaysia td main mmg superb lah

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails