Wednesday, December 22, 2010

PROTON Satria Neo Akan Dijual di Jepun pada 2011!

Photobucket
sumber dari Response.jp


+ + + + + + +

ok aku cuba translate. bahasa Jepun aku dah karat, so kalau ada mistake sila betulkan.


Ini berita panas! 

Baru dapat tahu dari rakan di Jepun yang kereta keluaran nasional, PROTON Satria Neo akan dijual di Jepun pada tahun 2011! CARROSSER Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar barangan kereta dan tuning parts terkenal di Gunma Jepun, akan mengimport Satria Neo dari Malaysia untuk dijual dengan harga antara 150~160juta Yen. Dalam RM lebih kurang RM50,000. 

CARROSSER cuba merancakkan lagi industri sukan motorsport di Jepun dengan kereta low-cost. Ini bermakna mereka mengiktiraf kebolehan PROTON Satria Neo sebagai kenderaan entry-level yang mampu bersaing hebat dalam industri sukan motorsport. Mungkin mereka lebih yakin selepas melihat kejayaan pasukan rally S2000 yang menggunakan Satria Neo sebagai base mereka.

Dalam Tokyo Auto Salon 2011 nanti, kereta PROTON Satria Neo yang bakal beraksi dalam 2011 Asia Pasific Rally (APR) akan dipamerkan bersama-sama dengan model R3 Satria Neo.

Tahniah PROTON!!, ini merupakan satu lagi kejayaan bagi rakyat Malaysia. Walaupun volume yang mereka akan import mungkin sangat kecil, namun ini membuktikan syarikat dari Jepun mengiktiraf kemampuan kereta PROTON Satria Neo.

2 feedbacks:

Anonymous said...

Majulah PROTON untuk negara!

p/s : Malaysia Online Radio Station

Matjoe said...

that's a good news. apapun aku harap the car did well in japanese market. show them that malaysia can produce a good car as well.

anyway faizal, aku nak ajak ngko joint contest yang aku anjurkan:
CONTEST AZAM 2011
kalau ada kesempatan join la. kak ina kl dan eyriqazz pun turut sponsor contest ni.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails