Woot woot! Akhirnya SAGA Facelift 2011 dibogelkan dengan rasminya di Thailand Motor Expo semalam. Walaupun dah banyak gambar curi terpangpangpangpungpang kat web, tapi kali ini it's official. Walaupun secara rasminya ia belum lagi dilancarkan di pasaran domestik (Malaysia).
Rasanya ini adalah strategi pemasaran oleh PROTON, kerana biasanya jualan kereta di Thailand akan meningkat ketika berlansungnya Motorshow di sana. Jadi PROTON mungkin mengambil peluang tersebut untuk tayang kereta baru di sana. Dikhabarkan kereta ini akan juga dipamerkan di KLIMS (Kuala Lumpur International Motorshow) esok.
Antara-antara perbezaan ketara dengan model pre-facelift :
- Bahagian depan yang serba baru; headlamp, front bumper & grill baru, design hood baru
- Lampu belakang dengan LED, bumper baru dengan rear reflector, exhaust with muffler cutter
- Side mirror with LED turning lamp (sama seperti Persona Elegance)
- Design Alloy Rim baru
- New trunk lid spoiler
- Radio dengan USB & Aux
- Radio/Volume control pada steering (sama seperti Satria Neo)
- Passenger airbag
Setakat ini belum ada harga rasmi untuk model Facelift ini. Kita kena tunggu dilancarkan untuk pasaran domestik tak lama lagi. Tapi yang pastinya dengan segala upgrade ini, sudah pasti akan ada kenaikan dari segi harga berbanding model pre-facelift.
Dalam masa yang sama, PROTON juga mempamerkan model SAGA Facelift R3 concept. Kalau dulu ada SAGA Red Concept, kali ini PROTON menampilkan bodykit R3 yang serba macho untuk dilancarkan bersama model Facelift ini. Mantap gila bumper depan R3 nih. Hopefully this will not stay as a concept. Make sure R3 produce and customer boleh order.
Anyway, kudos to PROTON. We all have to admit that PROTON is trying hard to improve from those Waja & Gen.2 problematic days. Melihat kepada gambar-gambar SAGA Facelift terbaru ini, aku cuma nak cakap good luck to PROTON and please continue to make good quality cars.
Segala jenis gambar dalam entri kredit to paultan.org
3 feedbacks:
apapun saga memang praktikal,cuma diharap saga blm dikurangkan harga.ramai yang tidak mampu membeli saga blm kerana pendapatan dibawah 1500.
mashuk kereta ni....kena upgrape!!!
fuck
srsly this is arsem....
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan