Sunday, December 26, 2010

Jom Skodeng Perodua Myvi 2011

O hai.
Kali ini aku nak sembang fasal kereta dari PERODUA pula. Kereta yang dikhabarkan akan muncul 1st Quater 2011, iaitu new Myvi 2011. Lately sejak PROTON mengumumkan tentang SAGA Facelift (yang sudah pun dilancarkan), PERODUA mengambil langkah awal "menayangkan" model baru syarikat itu di jalan raya. Dari situ muncul lah "spy shot" kereta yang bakal muncul suku tahun pertama 2011 itu nanti.

Photobucket
Myvi 2011 Spyshot

Sekali pandang mesti ramai kata sama saja. Cuma tukar tailgate belakang yang nampak ada styling line berbanding  model Myvi sekarang (rujuk gambar bawah). Tapi sebenarnya kalau di kaji betul-betul, Myvi itu adalah sama dengan Toyota Passo/Daihatsu Boon yang baru. Kali ini PERODUA mengambil inisiatif lebih sikit dengan menukar bahagian depan (most probably headlights, bumper), dan belakang (tailgate, rear combi lights, bumper). Pendek kata, similar to what PROTON did with the SAGA Facelift.

Photobucket
current Myvi design (ini versi SE)

Photobucket
ini Toyota Passo 2011 (yang berkongsi platform dengan Myvi)

Kalau diperhatikan betul-betul, kita boleh mengesan design Passo baru di dalam Myvi 2011 spyshot. Cuba bandingkan styling line pada pintu di mana sama dengan Passo terbaru. Bentuk pintu belakang pun sama, di mana PERODUA cuba menyembunyikan styling line pintu dengan menampal kertas putih seolah-olah design Myvi sekarang (rujuk kedua-dua gambar bawah).

Paling ketara diubah ialah bahagian belakang, di mana PERODUA membawakan design baru pada tailgate dan rear combi light. Perhatikan curvature pada bumper belakang sama dengan Passo, tetapi di tambah rear reflector dan kedudukan nombor plet diletakkan di atas.

Photobucket

Apakah perubahan pada Myvi 2011 nanti? Based on specification pada Passo, tidak banyak perbezaan sebab ia berkongsi platform yang diteruskan daripada model Passo sebelumnya. Cuma ada sedikit perbezaan pada Length dan Height kereta tersebut. Width masih sama so kita boleh bayangkan keluasan dalaman tidak banyak berubah dengan model sekarang.

Photobucket

Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana rupa bahagian depan dan trim dalaman kereta Myvi 2011 nanti. Apakah ia akan membawa konsep yang ada pada Passo 2011 seperti di bawah? Tapi aku rasa, PERODUA akan memilih untuk menggunakan konsep yang ada pada Myvi sekarang kerana lebih menjimatkan jika carry over design. Mungkin ada perubahan sedikit tapi rasanya tidak akan serupa dengan Passo 2011 ini yang nampak terlalu simple dan terbuka.

Photobucket

Model baru Myvi ini sebenarnya sudah di "teaser" masa pameran KLIMS baru-baru ini. Jadi agaknya sudah boleh agak rupanya bagaimana. Dan rasanya model dibawah ini membayangkan variant SE untuk Myvi berdasarkan design bumper yang agresif dan front grill yang garang (garnish berwarna hitam saja di tunjukkan).

Photobucket

Apakah Myvi akan diperkenalkan dengan variant 1500cc? Kenalah kita tunggu lebih banyak lagi spyshot muncul. Hopefully ini bukan model variant Myvi lagi dengan harga yang berpatutan. Nampaknya industri automotif di Malaysia semakin rancak tahun hadapan!

Gambar-gambar sumber dari carian google.

4 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

huwaaa!

janganlah keluar baru lagi~

izwanyusof said...

persaingan sihat dalam industri permotoran..

Lazyf said...
This comment has been removed by the author.
Lazyf said...

Pd pndpt sy, ok jugak kalo Perodua create dashboard ala2 All New Passo...cuma kalo bole glove box jangan dibiarkan terdedah sprt gamba di atas...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails