Monday, January 4, 2010

(NEWS) Black Metal dan 666



Nampaknya gejala Black Metal masih berleluasa di negara kita. Mendengar muzik Black Metal mungkin tidak salah, tetapi apabila terlalu taksub, ramai yang mula terpesong akidahnya. Fahaman black metal yang ekstrem ini patut dihapuskan sebelum generasi anak muda kita terjebak dengan aktiviti songsang ini.

Baca seterusnya petikan dari Harian Metro berkenaan isu Black Metal ini.

KUALA LUMPUR: Setiap malam Jumaat, seorang remaja Islam mendakwa dia membentuk simbol 666 menggunakan kedua-dua belah jari tangan yang diletakkan di dada sebelum membaca kalimah zikir 'f...g God' 666 kali sambil diiringi muzik black metal.

Sukar dipercayai kenyataannya itu, tetapi itulah hakikatnya kerana menurut remaja terbabit fahaman black metal yang sebelum ini disangka berkubur ternyata meleset kerana ramai di kalangan remaja belasan tahun sepertinya kini 'menganut' ajaran songsang itu dengan melakukan amalan zikir syaitan atau zikir 666 yang dilakukan khas bagi menghina Allah s.w.t.

Ini ada pengakuan dari bekas pengikut ajaran Black Metal songsang ini. Dikenali sebagai Syamri, dia terpengaruh dengan kawan lalu mempercayai ajaran Black Metal dan memuja-muja syaitan. Namun Syamri akhirnya insaf dan sedang menjalani pemulihan akhlak.
Syamri dengan suara kesal mendakwa dia benar-benar menjadi sesat dan tidak lagi menganggap dirinya sebagai penganut ajaran Islam.

Menurutnya, pergaulan tidak terkawal menyebabkan dia melarikan diri dari rumah beberapa minggu sebelum ditemui ahli keluarga.

"Akibatnya saya diikat bapa sebelum dikurung tiga hari dalam bilik. Ketika itu saya tidak henti-henti membaca zikir 666 dengan harapan akan mendapat bantuan syaitan.

"Namun, akhirnya saya sedar, zikir karut berkenaan tidak bermakna apa-apa sebaliknya hanya menyebabkan jiwa saya semakin sesat. Zikir itu langsung tidak dapat membantu saya melepaskan diri dari dalam bilik itu. Kesedaran muncul mendadak menyebabkan saya mula berfikir sebelum dihantar keluarga ke rumah sahabat Sidim untuk menjalani rawatan kerohanian dan kembali ke jalan benar," katanya.

SOURCE : Harian Metro

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails