Sunday, December 27, 2009

(NEWS) Akibat Pemandu Terlelap, 10 Maut 2 Cedera - Nahas Sani Ekspress


Coach Bas Sani Ekspress








(gambar ihsan Google)


Lagi kisah kemalangan yang melibatkan Bas Ekspress. Tetapi punca kemalangan bukanlah masalah sistem brek tetapi kecuaian pemandu bas itu sendiri. Bas Sani Ekspress itu dalam perjalanan ke utara terbabas melanggar pembahagi jalan menyebabkan dinding bas itu terkoyak dan menyebabkan penumpang bahagian bawah cedera teruk. 10 orang di laporkan maut dalam kejadian tersebut.


IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang."Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut."Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Teruskan membaca..




Memandu di tengah malam memang menguji ketahanan pemandu. Sebab itu kita selalu disarankan oleh pihak polis trafik untuk berehat seketika di kawasan RnR yang sedia ada sekiranya mula rasa mengantuk. Apabila mula hilang pertimbangan, kita meletakkan nyawa kita dan keluarga ataupun penumpang-penumpang lain dalam bahaya.

Pemandu bas Sani Ekspress tersebut mengaku terlelap sebelum hilang kawalan bas lalu merempuh pembahagi jalan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kelalaian pemandu itu telah menyebabkan ramai ahli keluarga meratap pilu.

Salam takziah dan al-fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan.

IPOH: "Saya terlelap."

Itu pengakuan pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera.

Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta kerajaan pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.

Beliau berkata, sekiranya langkah itu mampu melindungi nyawa pengguna perkhidmatan berkenaan maka ia amat wajar sekali dipertimbangkan.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita selepas menemui dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun disini. - BERNAMA

SOURCE : Harian Metro, Bernama


Komen FTN : Susah nak salahkan pengurusan Sani Ekspress dalam hal ini. Salah pemandu yang tidak mahu berhenti ketika sudah mengantuk. Rasanya tidak patut digantung perkhidmatan, cuma lebih baik elakkan jadual bas malam dan pastikan pemandu lebih disiplin dalam memastikan keselamatan penumpang.

2 feedbacks:

~zuL~ said...

haa.. 2 diantara mgsa tu adlh pelajar unimap!

FTN said...

kenal ke dengan 2 orang tu?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails