Friday, December 18, 2009

(GOSSIP) Mengaku sajalah..apa guna disorok lagi?

Kadang-kadang tidak paham sikap sesetengah individu. Sudah terang lagi bersuluh, ada hati nak menyorok di belakang tiang walhal lilit perut sebesar gajah. Sudah tentu dapat dilihat orang kan? (main terjah peribahasa baru..haha)

Ini satu lagi berita yang sepatutnya dihebahkan dengan gembira, tapi menjadi bahan lawak pula. Sebelum ini aku sudah 'bergossip' tentang pelakon wanita seksi yang dikhabarkan berkahwin dengan seorang ahli politik dari Sabah. Rujuk entri ini. Dalam laporan itu, ahli politik tersebut menafikan desas-desus disamping mengelak dari ditemuramah oleh wartawan.

Tapi lain pula hari ini, apabila kawan baik yang juga merupakan seorang ahli parlimen telah mengesahkan bahawa kedua-duanya sudah bernikah. Kenapa hendak disorok-sorok perkara yang baik? Berkahwin dapat mengelakkan fitnah. Kan ke bagus? Tapi bila dibongkarkan dengan cara begini, nampak seolah-olah malu hendak mengaku. Takkan nak tiru kes Faizal AF? Sampai ahli keluarga pun tidak tahu, seronok ke berkahwin begitu?

Apa-apa pun, jom baca petikan dari Berita Harian online tentang mereka-mereka ini. Oh ya, ahli politik tersebut ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar (yang terkenal) dan pelakon seksi itu adalah Zizie Izette.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.

Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa," katanya ketika dihubungi semalam.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya, menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan sudah bernikah dengan Zizie dan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun, Bung Moktar ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi berjanji memaklumkan mengenai perkara itu apabila tiba masanya kelak.

"Ini bukan masa terbaik membuat komen. Saya perlu menjaga hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai sesiapa," katanya.

Beliau juga berkata, khabar angin yang beliau mengahwini Zizie, 31, di sebuah hotel lima bintang malam kelmarin adalah tidak benar.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak kelmarin, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan.

"Saya mempunyai kerja di sana... sangat mustahak. Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Datuk Seri Nazri Aziz)," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk mengubah gaya rambutnya.

"Ramai kawan-kawan yang mewarnakan rambut... mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi," katanya.


 





FTN - Yang mana satu ni Datuk?? Dah kahwin ke belum? (eh dia memang sudah berkahwin kan? hehe)

SOURCE : Berita Harian

1 feedbacks:

armouris said...

tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails