Showing posts with label Reality Show. Show all posts
Showing posts with label Reality Show. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Kerana Letih, Maka Aku Akan Round Up Besok

Ya. Kalau waktu-waktu begini, pasti entri mengenai drama lakonan artis "feveret" akan muncul. Tapi tidak malam ini. Kerana aku terlalu letih. Jadi esok sajalah aku rumuskan untuk minggu ini. Mungkin sebab aku boring tengok "reality show" mencari "TOP" host. Aku kurang faham motif lagu berunsur peperangan, ala-ala cerita 2012. Habis "suspense" lah kut.


Wednesday, March 10, 2010

Realiti Show Sangat Predictable

Gimik tetap gimik. Walau macamana sekalipun caranya, realiti show sangat predictable. Kononnya, peserta peringkat akhir (biasanya yang ditayangkan di TV) sudah disaring daripada sessi ujibakat yang diadakan. Tapi bila tiba peringkat akhir, seperti skrip drama, pasti ada beberapa calon yang memang tidak layak. Sekadar memberi variasi dalam barisan peserta.

Teringat Amazing Race. Dalam setiap musim, pasti ada pasangan Gay, couple muda yang sering bergaduh, pasangan Bapak Anak @ Mak Anak, pasangan Nerds dan sebagainya. Ia seperti sudah dirancang. Semua mengejar rating. Itu tugas mereka. Tapi aku yang terpaksa menonton. Walaupun sudah tahu "jalan cerita" nya, terpaksa menonton.

Sebab aku nak tengok Asmaradana!!

Related Posts with Thumbnails