Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Flo Rida Dan Wiselnya


Ohai! Lama tak merepek.


Photobucket

Ini abang Flo Rida. Seorang penulis lagu dan rapper berbangsa 1Amerika. Femes mamat nih. Dengan Mizz Nina pun pernah duet (or it's the other way around). Tengok la badan tu, penuh dengan tatu. Abih gengster ler tu. Puii.

Sekarang ni, mamat Flo Rida tengah top dengan lagu baru dia, Whistle. Selalu sangat diputar-putar (ewah) di radio tempatan. Sampai menjadi siulan anak-anak muda. Mungkin budak-budak swag & geng basikal fixie ni ingat lagu Flo Rida ni betul-betul pasal wisel kut.

Jangan terpedaya! Hentikan. Kerana lagu ni sebenornye berunsur seksual (eleh buat-buat terkejut pulak). Ini diakui sendiri oleh Flo Rida dalam satu temubual. Kat wikipedia pun ada disebut.
during an interview with MTV News, Flo Rida revealed that the lyrics of the song are sung in a metaphorical way, saying that it had sexually suggestive lyrics. He noted, "Well, put your own swing on it, but for the most part I keep it clean, but if you listen to it, you can take it another way as well"
Photobucket
Okay, ini sebuah wisel. Try to relate dengan lirik dari lagu Flo Rida ;

can you blow my whistle baby, whistle baby
let me know
girl i’m gonna show you how to do it
and we start real slow
you just put your lips together
and you come real close
can you blow my whistle baby, whistle baby
here we go

Nampak tak? nampak tak?

Sebenornya, ramai dah besor panjang dan boleh tangkap maksud tersirat lagu ni. Yang aku nak cuba nak sampaikan ialah kenapa lagu ini tak diharamkan dengan hujah yang sama seperti lagu Zizan & Kaka? Kan ke misleading lagu ni. In fact jauh lebih teruk dari lagu Zizan & Kaka yang aku rasa takde apa-apa kesan kepada remaja swagger & pemilik basikal fixie. Think about it.

Sekian. Obai!

Photobucket
Let me show you how to blow Manchester United's whistle! - Howard Webb

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma di ICU Hospital Selayang, Perlukan Darah jenis O


Petang tadi, aku terbaca di MStar mengatakan pelawak terkenal, Din Beramboi sedang koma. Aku tak berani nak post mengenai berita itu, kerana tidak tahu punca dan kurang jelas tentang fakta itu. Tapi apabila aku membaca status Afdlin Shauki di Facebook, nyata Din Beramboi sedang koma di Hospital Selayang.

screenshot dari Facebook

Dan sebentar tadi di Buletin Utama juga menyiarkan tentang hal ini. Din Beramboi koma akibat terkena jangkitan kuman daripada makanan yang mungkin dicemari dengan kencing tikus. Akibat itu, beliau mengalami jangkitan kuman serta pendarahan dalaman. Buah pinggangnya juga gagal berfungsi. Din Beramboi memerlukan darah jenis O dalam masa 24-48jam ini. Kepada sesiapa yang berdarah O dan ingin menderma, bolehlah ke Hospital Selayang.

Kepada semua peminat Din Beramboi, marilah kita mendoakan keselamatan beliau.

Tuesday, March 9, 2010

Siapa Yang Tak Sempat Tengok Tiz Zaqyah dalam drama Asmaradana tadi?

Tak sempat tengok?? Haaa tengok la puas-puas kat sini.


Tengok jangan tak tengok. Hah dia tengok balik tuuu!!





p/s : Asmaradana ada potensi jadi top! Sebab ada Tiz Zaqyah! Hahaha!

Monday, February 22, 2010

Apa Masalahnya korang ni hah??

konflik perkahwinan Shidee
(gambar ihsan Harian Metro)


Mula-mula berita berkenaan penyanyi Shidee yang akhirnya berkahwin dengan seorang anak dara berusia 22 tahun, Siti Fairunnisa. Ramai yang mengaitkat lagu popular nyanyian Shidee bertajuk "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" dalam tulisan berita. Belum terlambat lagi rupanya bagi Shidee untuk bertemu jodohnya.

Tapi lepas tu, mak mertua pulak keluar surat khabar, sambil pegang laporan polis yang dibuat terhadap menantunya itu. Malah sambil mengakui yang Shidee pernah ada hubungan istimewa dengan dia. Tak cukup dengan itu, Shidee juga dikatakan tidak mampu menyara hidup anaknya.

Apa masalahnya mereka ni?? Kenapa semua ini timbul selepas mereka bernikah? Ada unsur-unsur sabotaj ke? Takkan mak sendiri nak sabotaj perkahwinan anaknya? Cemburu anaknya kahwin artis?

Kesimpulannya, dunia artis di Malaysia ni memang haru-biru, terutamanya yang melibatkan kisah perkahwinan. Ada saja yang tak kena; kahwin tak sah lah, kahwin tak dapat restu lah, kahwin berhutang lah..dan macam-macam lagi.

Berubah lah.

Related Posts with Thumbnails