Showing posts with label Adamaya. Show all posts
Showing posts with label Adamaya. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Cari Batu Nisan di Hilang Tower?


Dah berminggu Drama Adamaya tamat di TV3 dan sudah pun diganti dengan Syah Jihan. Tetapi masih ada keyword Drama Adamaya mencapai blog kerdil aku ini. Tak sangka dalam hari isnin yang sangat slow, ada juga yang masih mencari tentang Drama Adamaya. Mungkin sebab terpikat dengan kecomelan adik Mia Sara kut. Tengoklah di analytic result nuffnang tu, Penunggu Gunung Raya pun ada lagi. Walaupun aku tak berapa suka 2nd Half drama yang merapu itu.

Paling aku tak tahan, yang terakhir tu.."bayangan batu nisan ni hilang tower". Aku rasa dia maksudkan highlands towers. Kalau nak baca cerita tu boleh check kat blog Sham Ondscene.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, May 13, 2010

Drama Adamaya : Kesudahan Cinta Kau, Aku dan Dia (Finale)

Akhir wehh!! Finale dah

Baca seolah-olah aku sedang menulis sambil tengok Adamaya tau. Ok?

6.30pm :
Episod akhir bermula dengan agak tegang, apabila Dani menyerang Maya di rumahnya. Tahap kegilaan Dani terhadap Maya sudah macam stalker gila. Sampai hati dia tampar Maya. Geram betul aku. Farid Kamil sepak terajang kang! Tapi jangan ingat Maya buat dek je. Dia kan ganas juga. Tak lupa si comel Amani pegi gigit seluar Dani (sebab dia tarik seluar je)...Nanti jangan lupa gosok gigi tau!

Lebih kurang macam ini lah Maya sepak Dani. Eh dia sepak ke tampar? haha

Kedua ibu bapa mereka pula masing-masing keliru macamana nak selesaikan masalah Adam dan Maya. Lisa pergi ke rumah Maya nak bincang tentang dokumen yang perlu ditandatangani.  Rupanya dokumen komisen dari hasil pameran yang Adam sertai. Bukan dokumen cerai tau! Selamatt.

6.45pm :
Dani masih tak boleh terima yang Maya tak mahu berjumpa dengan dia. Memang stalker tahap gaban dah Dani ini. Nampak gaya macam nak bunuh Adam je si Dani. Ke Adam nak mati? Adoi..saspen. Adam bagi surat pada Maya. Panjang lebar pulak tu. Tak lupa sambil didendangkan dengan lagu latar Yang Terindah - Dakmie tu. Wah syahdu. Rupanya ada cek RM300,000! Nasib baik bukan cek HSBC, kalau tak mungkin dia ada akaun Nuffnang..banyak tuh weh. Oh ada satu novel sekali. Adam tulis woo!

*Mika tu namanya Azmi Kassim (tq kak azie)? Ingatkan nama Mat Saleh mana. Macam pemandu F1 pulak.

7.00pm :
Lisa yang seksi terlebih tu, tak habis-habis nak cucuk line. Ada ke peguam bergaya macam itu? Adam tunggu kedatangan Maya ke pameran solonya. Tapi dia pergi jumpa Dani Selenga tu pula! Adoi. Tapi baguslah, dia nak terangkan secara perlahan, dan dalam bahasa baku kepada Dani. Punyalah retard si Dani tu. Dasar lelaki gila. Ntah-ntah dia gila seks kut! Hahaha. Melopong dia bila Maya akhirnya...akhirnya beri kata dua kat dia.

Dekat galeri, yang Lisa terhegeh-hegeh ikut Adam ni pun satu. Maya akhirnya sampai. Tapi Adam tak mahu dengar kata-kata Maya. Maya ditinggalkan menangis seorang diri, sampailah iklan Buletin Utama keluar..adoi..ada lagi 15 minit je!! Ending macamana ni weh??

Maya menangis lagi hari ini..(ini gambar semalam lah)

7.15pm
Adam maafkan Maya. Dia sebenarnya tak marah kat Maya pun. Eee bagus betul si Adam. Kemudian semua seronok, tapi si Lisa pula sedih seorang diri. Frust tak dapat menangguk di air keruh? (eh betul ke peribahasa aku ini Cikgu?) Dani macam dah gila bayang. Duduk terbayang-bayang. Semua orang dia nampak macam Maya.

Pastu habis??? Adoii..nasib baik ada bloopers kat ending..

Dahh...maghrib weh..Solat! Malam Jumaat pulak tu.. Psstt psttt MJ tau..kehkeh

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Episod Akhir Adamaya : Apakah Kesudahan Cinta Antara Kau, Aku & Dia


Hari ini merupakan episod terakhir drama yang paling mendapat perhatian sekarang iaitu Adamaya di TV3. Drama yang diilhamkan dari Filem "I'm Not Single" ini telah berjaya memperoleh perhatian dan rating yang baik sejak ia ditayangkan. Dengan barisan pelakon yang hebat, comel, dan kelakar seperti Lisa Surihani, Sein Ruffedge, Faizal Yusof, adik Mia Sara Nasuha, Chloe Nicole, dan ramai lagi.

Apa bakal berlaku dalam episod terakhir hari ini? Nasib baik separuh akhir Piala Thomas antara Malaysia dan China dijadualkan esok. Jadi semua dapat menonton drama ini dengan tenang dan feeling sekali. Apatah lagi selepas plot makin memuncak dalam episod semalam. Adam sudah keluar rumah, apabila kecewa dan beranggapan Maya masih mahu meminta cerai darinya. Semua itu merupakan salah faham selepas panggilan telefonnya dijawab oleh Dani secara kebetulan.

Apakah kesudahan drama Adamaya ini? Banyak blog meramalkan kesudahan Adamaya. Macam-macam boleh jadi, umpamanya :

1. Adam mati tatkala mengetahui Maya tidak mahu berpisah
2. Adam ceraikan Maya dan memilih Lisa yang seksi
3. Dani kemalangan dan kereta Caldina dia hancur berkecai (ini mesti kes dengki kereta lawa)
4. Mika mengahwini Maya?
5. Maya lari ke kampung orang asli tetapi Amani tinggal dengan Adam
6. Adam dan Maya tidak bercerai, dan senyum waktu ending (cliche habis)
7. Maya tiba-tiba beritahu Adam yang dia mengandung lagi
8. Tulislah apa korang nak. Amani lari rumah??
9. Ada sambungan drama, tajuk Sarom (Sarah + Shahrom)??

Apa pun, jom recap balik episod semalam. Kita tengok scene-scene terpilih

Wednesday, May 12, 2010

(UPDATE!!) Perlawanan Getir!! Yang Mana Satu Bakal Menang? Malaysia vs Denmark



Tengok Thomas Cup ke tengok Adamaya?????
Sudah tentu kedua-duanya!! eh..jap 80 : 20 kut.. sebab Adamaya boleh streaming!

Come on Malaysia!!! Buktikan kepada semua rakyat bahawa team Malaysia boleh!!
Terkini Datuk Lee Chong Wei sedang mendahului set pertama!

Keputusan Terkini Suku Akhir Piala Thomas 2010
Malaysia [3] vs Denmark [2]

Lee Chong Wei vs Pete Gade
21-17, 21-17

Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen
20-22, 21-16, 18-21

Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21

Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson
21-12, 21-10

>Barisan pemain ihsan dari blog Jard

p/s : kenapa kena main sama waktu dengan Adamaya??

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, May 11, 2010

Siapakah Pelakon Watak Sarah dalam Drama Adamaya?

pelakon Sarah Adamaya
Amboi comelnya menyorok belakang daun

Kembali dengan entri tentang drama Adamaya lagi. Kali ini bukan Lisa Surihani, bukan adik Mia Sarah. Tapi kali ini nak cerita tentang pelakon pembantu yang baik hati dalam drama Adamaya. Siapa lagi kalau bukan kawan baik kepada Maya iaitu Sarah. Tak banyak artikel mengenai pelakon ini. Tadi aku terbaca satu komen di Facebook tentang watak Sarah. Dan kebetulan, aku rasa macam pernah lihat gambar pelakon watak Sarah ini atau nama sebenarnya Chloe Nicole Saralyn. Sebabnya Chloe ini pernah menyertai DCIM Velocity Angels Search 2009. Kalau tak silap, gambarnya pernah muncul dalam majalah Digital Camera Magazine Malaysia awal tahun lepas.

pelakon Sarah Adamaya
credit to DCIM Show


Tuesday, May 4, 2010

Tengok Gambar Amani dari Adamaya (Mia Sara Nasuha) Dan Bandingkan..

Drama Adamaya agak tense hari ini. Maya dah menyuarakan hasrat nak minta cerai dengan Adam. Bekas isteri Dani pula makin menekan Dani dengan tuntutan nafkah anak-anaknya. Dan akibat ingin balas dendam, Jasmin kantoikan Dani dan Maya. Akhirnya Dani kena tangkap basah berdua-duaan dengan isteri orang. Adam pula dengan relaks dan tenang membawa pulang isteri. Akhirnya Adam ikut saranan Shahrom untuk menerima tawaran Lisa untuk menjadi travel fotografer. Maka Adam dan Maya akan berpisah buat sementara waktu untuk meredakan ketegangan antara mereka. Bak kata Shahrom, bila berjauhan akan datang perasaan rindu, yang bermakna masih ada cinta dalam hati.

Walaupun mustahil nak jumpa suami se"cool" Adam, tapi alangkah hebatnya seorang lelaki yang begitu. Tapi tak mengapa, drama tetap drama. Jadi kepada wanita-wanita single di luar sana, teruskan berangan. Harap-harap jodoh anda sedikit sebanyak ada sifat-sifat mulia macam Adam tu.. hehe

Oh, aku ingin mengajak semua relaks dan amati kecomelan adik Mia Sara Nasuha, ataupun Amani dalam drama Adamaya ini. Sangat comel apatah lagi dengan rambut begitu. Pasti Mia Sara akan jadi rebutan ramai produser/pengarah filem dan drama. Ada harapan jadi macam Dakota Fanning. Kombi Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha memang terbaik! Comel kuasa dua!

Okay, tengok dulu gambar ini..

kemudian tenung wajah ini

Saturday, May 1, 2010

Recap Seminggu Adamaya (EP 12 - 15) - Edisi Shah Rukh Khamis

Siri drama Adamaya minggu ini memang banyak twist. Ramai yang tidak puas hati dengan Dani. Kat Twitter, kat Facebook..semua nak komen tentang kesengalan Dani yang dilakonkan oleh Faizal Yusof. Antara yang aku perasan;
"Eee..geramnya dengan Dani tu"
"Maya, janganlah tergoda dengan Dani weh!"
Adam baik sangat! Aduhai Maya, sangat bengap kamu. Dani pula sangat tak guna! *emo* 
*Zara, pinjam quote hang ek..hehe

Semua pun tahu ia lakonan, tapi bukan main emosional sungguh (Termasuk aku dan wife). Teringat penangan drama Nur Kasih dulu. Nampaknya Adamaya bakal mengulang kembali rating yang hebat untuk drama tayangan TV3. Daripada performance dan pengaruh drama Adamaya ini, aku yakin TV3 akan bagi peluang lagi hebat berbanding drama Cinta Balqis yang mendapat ulang tayang episod terakhir. Aku jamin, TV3 akan buat ulang tayang kesemua episod Adamaya. Pasti ramai yang nak menonton balik.

Jadi sekadar nak tengok kembali babak-babak menarik dari Adamaya minggu ini. Jom layan gambar-gambar. (semua hasil screenshot dari TV3.com.my)

Malaun mana tiba-tiba nak bagi felolo losyer nih?

Amboi, bagi bunga kat isteri orang..sungguh bloody hell

Saturday, April 24, 2010

Kali Ini Betul-betul Tentang Adamaya dan Asmaradana. Rumusan Minggu Ini

Okay. Pertama sekali, maaf sebab aku berniat nak post tentang Adamaya vs Asmaradana tempoh hari, tapi lain pula jadinya. Macamana boleh tertulis tentang Puaka Hip Hop Gunung Raya itu pun aku tak berapa pasti. Mungkin sebab geram tengok muka versi Paper Mache dia.

Siapa tengok Adamaya kelmarin? Dah makin hangat kisah Maya dan Adam. Tak lupa juga mereka sudah ada anak yang comel bernama Amani (lakonan adik Mia Sara). Walaupun mood cerita sedikit terganggu dengan kisah Shazlin dan mamat sape nama ntah serta Stalker comot dia tu. Wah semua orang nak ada stalker, adakah drama-drama TV3 kali ini semuanya bertemakan stalker? Haha.



Thursday, April 22, 2010

Confession of a Lisa Surihani Fan - Lagi-lagi Adamaya Punya Cerita!

gambar dari Mstar

Peh, tajuk entri bukan main. Macam stalker pula. Tapi tidak seperti itu. Aku bukan stalker gila macam Dani lakonan Faizal Yusof tu. Ini sekadar entri daripada peminat Lisa Surihani. Wah, makin hebat penangan Drama Adamaya. Plot makin best. Aku tak pernah tengok I'm Not Single, tak pasti sama ada sama ke tidak jalan ceritanya.

Maya makin comel lepas dia jatuh hati dengan suaminya Adam. Part ketika mereka makan candle light dinner itu memang sweet. Kelakar pun ada, sebab Adam beli mee goreng kat kedai untuk dinner. Gaya manja Lisa memang sweet. Wife aku tengok pun tersenyum-senyum seorang diri. Adam pula sanggup korbankan kerjaya fotografinya untuk isterinya.


Dani dah bertukar dari watak kelakar sengal, kepada watak stalker yang sentap. Dia masih tergila-gilakan Maya walaupun dah berkahwin dan isterinya tengah mengandung. Apa punya lelaki lah. Sampai bila nak berdendam dengan bekas girlfriend? Dah pun jadi milik orang, dah kahwin 5 tahun pun. Takut juga kalau betul-betul ada orang macam ini. Angau tak tentu fasal. Dia siap tuduh Maya pula yang lupa janji. Boleh dia suruh bini dia wakilkan dia waktu konvo, tapi pada masa yang sama dia boleh pegi semata-mata nak mengugut Adam. Tapi Adam maintain cool. Tahap kesabaran dia memang tinggi (lakonan la tapi)

Oh ya, ingat lagi tak ayat Adam masa bertemu Dani? Memang tangkap jiwang. "Dia bagi aku jiwa, kasih, dunia dan akhirat"..peh memang lentok! Ada ke lelaki macam ini kat dunia ni? Hehe.

p/s : dah lama aku tak tulis pasal Adamaya..hehehe.. Aku rasa populariti Lisa macam dah overtake Tiz Zaqyah je...hehehe. Semua sebab Adamaya! Tambah pulak OSTnya kena sangat dengan mood cerita ini.
Layanlah lagu Yang Terindah dari Dakmie!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, April 15, 2010

Kalau Drama Adamaya Ada Versi Jepun, Mesti Ramai Peminat Lisa-chan!

Nasib baik sepak atas sikit, kalau tak...

Hebat penangan Drama Adamaya di TV3. Buktinya, ramai yang tak sabar-sabar nak tonton sambungan drama itu setiap petang. Lihat saja di gengblogger, twitter dan sebagainya, semua berbicara tentang Drama Adamaya. Kenapa ya? Nampaknya sekarang ini dah jadi musim Lisa Surihani. Nama Lisa semakin menjadi sebutan. Lepas dia beraksi ganas sebagai Kamsah dalam filem Rempit V3, kini dia muncul di kaca TV, 4 kali seminggu dalam slot Akasia TV3.

Kenapa Drama Adamaya best? Aku pun tak berapa pasti. Terus terang aku belum pernah menonton filem yang menjadi asas drama ini iaitu "I'm Not Single". Tapi drama ini benar-benar menarik perhatian. Jalan cerita yang ada unsur komedi disamping lakonan selamba dari Lisa dan Sein Ruffedge memang berkesan.

Friday, April 9, 2010

Tatkala Menuju Ke Rumah Untuk Menonton Adamaya Tempoh Hari, Lagu Ini Bermain di Minda

Tatkala semua sedang sibuk pulang dari kerja semalam (termasuklah aku dan isteri), nak mengejar 6.30pm. Untuk apa lagi kalau bukan sebab nak menonton Drama Adamaya di TV3. Al-maklumlah heroinnya Lisa Surihani. Memang kelakar part Faizal Yusof geram dengan Mamat Selenge Adam tu. Siap menyelinap masuk dalam dressing room dengan Lisa Surihani, peh!

Oh, aku bukan nak buat review drama Adamaya sebenarnya. Aku nak bercerita tentang sebuah lagu yang tiba-tiba muncul dalam minda aku semalam. Lagu ini lagu yang sangat evergreen. Siapa dengar mesti boleh ikut menyanyi. Pasti hafal liriknya.


Teringat lagi zaman sekolah dulu, ketika mendengar lagu ini dalam kereta tiap kali nak balik kampung. Waktu itu pakai cassette player. Belum ada CD lagi. Bila nak dengar balik lagu, kena rewind tape. Hehe kisah lama..

Thursday, April 8, 2010

Kenapa Perlu Pulang Ke Rumah Segera Pada Hari Khamis

Oopss..sambut sayang, sambuttt!

Huihs..Pantang sebut malam jumaat, pasti semua terbayang-bayang. Kena pula tengah hujan lebat petang-petang ini. Sejuk aje..Mata pun cepat lena. Oi oi.. kemana tu..

Sebenarnya, kena pulang cepat sebab nak tengok Drama Adamaya di TV3 tu la. Lakonan Lisa Surihani tu. Dia dah nak kena kahwin dengan Adam. Episod semalam dia dah bertunang. Lepas ini tunggu nak kahwin pula. Boyfriend dia pula tak habis-habis dengan aksi kelakar, macam nak menangis tu. Dan ketika kawan Maya pun macam berminat dengan ketampanan Adam. Hehe memang lawak.

Tuesday, April 6, 2010

Kamera DSLR Nikon dan Baju Tulisan Jepun Lisa Surihani dalam Drama Adamaya Episod 1

Siapa sempat tonton episod pertama drama terbaru slot Akasia TV3 petang tadi? Tajuknya Adamaya. Sebuah romantik komedi yang diilhamkan dari cerita I'm Not Single. Penerbitnya siapa lagi kalau bukan David Teo.


First impression aku pada drama ini comel. Sebab heroinnya Lisa Surihani. Lisa Surihani pandai buat gaya-gaya lawak kiut dalam episod pertama. Tak tahu lagi bagaimana episod-episod akan datang. Kenalah tengok lagi 22 episod.

Jangan Lupa Tonton Lisa Surihani dalam Drama Adamaya di TV3, 6.30 petang nanti!

Drama Terbaru 6.30ptg : Adamaya


Wah, seronok betul. Drama Na O Mei sudah tamat. Episod akhir agak mengelirukan. Aku yakin itu taktik kotor nak buat sambungan. Tapi tidak mengapa. Drama penggantinya lebih hebat! Sebab apa? Sudah tentu sebab heroinnya ialah Lisa Surihani!

Sedikit sinopsis tentang drama Adamaya ini;
Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

Related Posts with Thumbnails