Monday, October 29, 2012

PROTON + HONDA = ?

Photobucket


Nampaknya terdapat perkembangan drastik dalam isu rakan strategik pengeluar kereta nasional, PROTON. Hari ini begitu kencang dilaporkan di akhbar tentang ura-ura PROTON bakal mengikat perjanjian dengan rakan strategik dari negara matahari terbit. Antara calon-calon yang disebut awal pagi tadi termasuklah SUZUKI, NISSAN, TOYOTA dan HONDA.

Terbaru, lewat petang tadi laman Paultan.org ada melaporkan yang PROTON sudahpun mencapai persetujuan dengan HONDA sebagai rakan strategiknya. Menurut laporan awal, perjanjian itu ada meliputi perkongsian teknologi, platform dan kemudahan fasiliti. 

Apakah kemungkinan PROTON bakal mendapatkan kepakaran dari HONDA untuk membangunkan enjin terbaru? Kita masih menantikan pengumuman rasmi dari kedua-dua pihak tentang perkembangan ini.


Tuesday, October 16, 2012

Untuk Tiga Hari vs Sayang

Baru-baru ni timbul satu isu berkait dengan dialog dalam filem arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari. Boleh rujuk laporan berita sumber Utusan Online

Boleh tonton trailer filem tersebut, dan dialog yang diungkap oleh Rashidi Ishak seperti berikut :



"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"

Tapi isu itu sudah reda. Filem Untuk Tiga Hari tetap mendapat pujian dan seperti biasa filem arahan Afdlin Shauki pasti menarik. Dah mula ditayangkan di Astro First pun. Boleh lah langgan kalau belum tonton lagi.

Sekarang ni aku nak persoalkan tentang satu lagu yang makin popular pulak sejak akhir-akhir ni. Lagu dari kumpulan Ungu bertajuk "Sayang". Macam best je tajuk apatah lagi Ungu yang nyanyikan. Mesti HIT punya.

Cuma bila dengar chorus lagu tu, aku teringat balik kes dialog filem Untuk Tiga Hari. Sebab apa? cuba tengok bahagian chorus lagu ni sambil-sambil layan youtube.



Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Persoalannya di sini :

Contohnya; Kalau nyanyi lagu tu dengan penuh emosi masa tengah driving petang-petang sambil isteri ada kat sebelah, apakah jatuh talak sebab seolah-olah nak mintak putus macam dalam lirik tu? Kena pegi Jabatan Agama tak? Apa korang rasa? Bahaya tak lagu yang mengandungi lirik-lirik macam ni? Jelas sungguh nak "putus".

Related Posts with Thumbnails