Showing posts with label Mia Sara. Show all posts
Showing posts with label Mia Sara. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Tukang Tilik

Bagaimana agaknya rupa adik Mia Sara 15 tahun akan datang? Biasanya kalau masa muda kecil dah jadi artis comel bila dewasa kelak mesti bertambah cun dan menjadi pujaan ramai. Macam kat Hollywood la kan, ada Dakota Fanning..ada Vanessa Hudgens, Hillary Duff dan etc.

Photobucket
Mia Sara masa kanak-kanak

Jadi camne agaknya rupa adik Mia bila dah remaja nanti. Pasti jadi rebutan ramai produser filem terutamanya David Teo. Makin laku lah filem dia nanti. Tak cukup jari nak tunjuk jumlah kutipan. Eh ini bukan cerita pasal produser filem.

Berbalik kepada cerita aku tadi,
Aku yakin, 80% camni lah rupa adik Mia nanti..











Photobucket
Mia Sara 15 tahun lagi??


Ada rupa kan? kan? kan?

Lama siot tak tulis pasal Lisa Surihani. hahaha

Saturday, May 1, 2010

Recap Seminggu Adamaya (EP 12 - 15) - Edisi Shah Rukh Khamis

Siri drama Adamaya minggu ini memang banyak twist. Ramai yang tidak puas hati dengan Dani. Kat Twitter, kat Facebook..semua nak komen tentang kesengalan Dani yang dilakonkan oleh Faizal Yusof. Antara yang aku perasan;
"Eee..geramnya dengan Dani tu"
"Maya, janganlah tergoda dengan Dani weh!"
Adam baik sangat! Aduhai Maya, sangat bengap kamu. Dani pula sangat tak guna! *emo* 
*Zara, pinjam quote hang ek..hehe

Semua pun tahu ia lakonan, tapi bukan main emosional sungguh (Termasuk aku dan wife). Teringat penangan drama Nur Kasih dulu. Nampaknya Adamaya bakal mengulang kembali rating yang hebat untuk drama tayangan TV3. Daripada performance dan pengaruh drama Adamaya ini, aku yakin TV3 akan bagi peluang lagi hebat berbanding drama Cinta Balqis yang mendapat ulang tayang episod terakhir. Aku jamin, TV3 akan buat ulang tayang kesemua episod Adamaya. Pasti ramai yang nak menonton balik.

Jadi sekadar nak tengok kembali babak-babak menarik dari Adamaya minggu ini. Jom layan gambar-gambar. (semua hasil screenshot dari TV3.com.my)

Malaun mana tiba-tiba nak bagi felolo losyer nih?

Amboi, bagi bunga kat isteri orang..sungguh bloody hell

Related Posts with Thumbnails