Showing posts with label Review Drama. Show all posts
Showing posts with label Review Drama. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Lisa Surihani Dengan Lawak Comel dalam Tudung Ekspress

Kan ke comel gitu Lisa?

Lama tak cerita tentang selebriti pujaan ramai Lisa Surihani. Sejak drama Adamaya yang Meletup Kebabom hari tu, dah tak ada cerita tentang Lisa kat blog ini. Kebetulan hari ini aku cuti akibat tindakan mengisi borang cuti minggu lepas. Jadi sempat aku surf internet dengan jayanya dan terjumpa drama Tudung Ekspress. Nak tengok kat setiap Khamis jam 9.30 di Astro Prima mana lah aku ada Astro. Baru ada 2 episod kalau tak salah aku. Since Lisa Surihani ada berlakon, aku pun tengoklah secara online. 

Drama ini terang-terangan ditaja oleh Garnier. Macam gaya drama KITA tajaan Kotex Carefree tu. Watak Lisa iaitu Erin memang klakar gila. Lawak dia dah makin menjadi, dan lebih berkesan kalau banding dengan lawak Senario tu. Lisa pula dah pandai main mimik muka comel sambil buat lawak. Walaupun drama pendek, 30minit tiap episod rasanya berbaloi dapat tengok Lisa menceriakan jalan cerita Tudung Ekspress.

Cuma harap-harap yang bertudung tu berkekalanlah. Walaupun ini berlakon, semoga ia mempercepatkan hati mereka menerima tudung. Comel je tengok keempat-empat watak utama dengan tudung.

Ringkasan drama Tudung Ekspress :
Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Pada saya, watak Erin agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.
Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan. Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.
Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya," kata Faisal yang optimis drama tersebut akan disukai ramai apabila ditayangkan kelak.
p/s : Kalau tak silap, nama Khabir Bhatia pun ada dalam produksi drama Tudung Ekpress ni..

Sunday, May 30, 2010

Drama Arjuna Ganti Drama Jidin di Slot Aksi TV3

Drama Arjuna TV3 Slot Aksi
Drama Arjuna Setiap Isnin tau!

Wah, akhirnya esok drama Jidin yang aku tak paham itu bakal digantikan dengan siri drama baru, Arjuna. Daripada trailer/teaser di TV3, nampaknya macam menarik. Efek-efek CGI yang digunakan boleh diterima (untuk drama bersiri). Lebih menarik perhatian bila aku tahu drama ini diterbitkan oleh KRU Studios. Kita juga tahu yang KRU bakal mengeluarkan dua filem yang hebat. Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa. Jadi drama bersiri ini mungkin menerapkan serba sedikit elemen dari kedua filem itu. (mungkin la kan?)

Aku melihat perkembangan drama terutamanya yang ditayangkan di TV3 semakin hebat. Drama bersiri yang tak terlalu panjang, dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat, dan skrip yang berkualiti. Lihat sajalah kejayaan drama Nur Kasih, Na O Mei, Adamaya, Hotel Mania dan banyak lagi.

Nasib baik bukan dia ni Heroin!

Remy Ishak kembali lagi selepas Nur Kasih. Berganding dengan Nora Danish pula. Sebulan dua ini pasti banyak gossip tentang mereka berdua..heee


Thursday, May 13, 2010

Episod Akhir Adamaya : Apakah Kesudahan Cinta Antara Kau, Aku & Dia


Hari ini merupakan episod terakhir drama yang paling mendapat perhatian sekarang iaitu Adamaya di TV3. Drama yang diilhamkan dari Filem "I'm Not Single" ini telah berjaya memperoleh perhatian dan rating yang baik sejak ia ditayangkan. Dengan barisan pelakon yang hebat, comel, dan kelakar seperti Lisa Surihani, Sein Ruffedge, Faizal Yusof, adik Mia Sara Nasuha, Chloe Nicole, dan ramai lagi.

Apa bakal berlaku dalam episod terakhir hari ini? Nasib baik separuh akhir Piala Thomas antara Malaysia dan China dijadualkan esok. Jadi semua dapat menonton drama ini dengan tenang dan feeling sekali. Apatah lagi selepas plot makin memuncak dalam episod semalam. Adam sudah keluar rumah, apabila kecewa dan beranggapan Maya masih mahu meminta cerai darinya. Semua itu merupakan salah faham selepas panggilan telefonnya dijawab oleh Dani secara kebetulan.

Apakah kesudahan drama Adamaya ini? Banyak blog meramalkan kesudahan Adamaya. Macam-macam boleh jadi, umpamanya :

1. Adam mati tatkala mengetahui Maya tidak mahu berpisah
2. Adam ceraikan Maya dan memilih Lisa yang seksi
3. Dani kemalangan dan kereta Caldina dia hancur berkecai (ini mesti kes dengki kereta lawa)
4. Mika mengahwini Maya?
5. Maya lari ke kampung orang asli tetapi Amani tinggal dengan Adam
6. Adam dan Maya tidak bercerai, dan senyum waktu ending (cliche habis)
7. Maya tiba-tiba beritahu Adam yang dia mengandung lagi
8. Tulislah apa korang nak. Amani lari rumah??
9. Ada sambungan drama, tajuk Sarom (Sarah + Shahrom)??

Apa pun, jom recap balik episod semalam. Kita tengok scene-scene terpilih

Saturday, May 1, 2010

Recap Seminggu Adamaya (EP 12 - 15) - Edisi Shah Rukh Khamis

Siri drama Adamaya minggu ini memang banyak twist. Ramai yang tidak puas hati dengan Dani. Kat Twitter, kat Facebook..semua nak komen tentang kesengalan Dani yang dilakonkan oleh Faizal Yusof. Antara yang aku perasan;
"Eee..geramnya dengan Dani tu"
"Maya, janganlah tergoda dengan Dani weh!"
Adam baik sangat! Aduhai Maya, sangat bengap kamu. Dani pula sangat tak guna! *emo* 
*Zara, pinjam quote hang ek..hehe

Semua pun tahu ia lakonan, tapi bukan main emosional sungguh (Termasuk aku dan wife). Teringat penangan drama Nur Kasih dulu. Nampaknya Adamaya bakal mengulang kembali rating yang hebat untuk drama tayangan TV3. Daripada performance dan pengaruh drama Adamaya ini, aku yakin TV3 akan bagi peluang lagi hebat berbanding drama Cinta Balqis yang mendapat ulang tayang episod terakhir. Aku jamin, TV3 akan buat ulang tayang kesemua episod Adamaya. Pasti ramai yang nak menonton balik.

Jadi sekadar nak tengok kembali babak-babak menarik dari Adamaya minggu ini. Jom layan gambar-gambar. (semua hasil screenshot dari TV3.com.my)

Malaun mana tiba-tiba nak bagi felolo losyer nih?

Amboi, bagi bunga kat isteri orang..sungguh bloody hell

Wednesday, April 14, 2010

Drama Asmaradana Sudah Masuk Episod 17, Raja Marlia Kena Strok! Azizah Maintain Cool

sekali tulis Asmarada dalam bahasa Jepun pula

Dah lama aku tak cerita tentang drama Asmaradana. Sejak "busy" dengan Lisa Surihani dan Adamaya di waktu petang, aku lupa nak menulis tentang Tiz Zaqyah dan Shaheizy Sam dalam Asmaradana. Dalam episod kali ini, Raja Marlia terkena strok ketika nak pasang sihir pada Azizah. Dia lumpuh separuh badan, dan Azizah sanggup berhenti kerja untuk menjaga mak mertuanya. Banyak shot-shot nak tunjuk betapa gigihnya Azizah menjaga mak mertuanya. Raja Marlia nampak macam menyesal, tapi sebab dah tak boleh cakap, dia sekadar usap-usap rambut Azizah je masa dia tidur. (touching la sangat..)

Tapi ending dia "Assalamualaikum" je..wah wah, nampaknya Azizah dicari Amran lagi!

Norish Karman sebagai Raja Marlia yang kena strok tu


Apa yang pelik sikit dalam episod 17 :
1. Keadaan muka Raja Marlia berubah-ubah ikut shot angle. Kejap mulut ke kiri, pastu ke kanan.
2. Mana anaknya Azizah? Aiman dan Aina..tak nampak batang hidung pun? Masuk tidur pun berdua je
3. Azizah maintain comel walaupun setakat duduk rumah je (eh standard Tiz Zaqyah la tu!)

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Thursday, April 8, 2010

Kenapa Perlu Pulang Ke Rumah Segera Pada Hari Khamis

Oopss..sambut sayang, sambuttt!

Huihs..Pantang sebut malam jumaat, pasti semua terbayang-bayang. Kena pula tengah hujan lebat petang-petang ini. Sejuk aje..Mata pun cepat lena. Oi oi.. kemana tu..

Sebenarnya, kena pulang cepat sebab nak tengok Drama Adamaya di TV3 tu la. Lakonan Lisa Surihani tu. Dia dah nak kena kahwin dengan Adam. Episod semalam dia dah bertunang. Lepas ini tunggu nak kahwin pula. Boyfriend dia pula tak habis-habis dengan aksi kelakar, macam nak menangis tu. Dan ketika kawan Maya pun macam berminat dengan ketampanan Adam. Hehe memang lawak.

Tuesday, April 6, 2010

Jangan Lupa Tonton Lisa Surihani dalam Drama Adamaya di TV3, 6.30 petang nanti!

Drama Terbaru 6.30ptg : Adamaya


Wah, seronok betul. Drama Na O Mei sudah tamat. Episod akhir agak mengelirukan. Aku yakin itu taktik kotor nak buat sambungan. Tapi tidak mengapa. Drama penggantinya lebih hebat! Sebab apa? Sudah tentu sebab heroinnya ialah Lisa Surihani!

Sedikit sinopsis tentang drama Adamaya ini;
Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

Wednesday, March 24, 2010

Apa Pendapat Korang Tentang Drama Hotel Mania?


Siapa layan drama Hotel Mania? Drama muzikal pertama terbitan KRU Studios. Sudah masuk episod ke-4 minggu ini, dan aku rasa ia merupakan satu percubaan yang unik dari KRU. Drama muzikal 26 episod ini menampilkan hampir 200 lagu terbitan KRU, dan dipadankan dengan jalan cerita yang menarik.

Masa aku tengok episod pertama, aku rasa agak pelik. Mungkin sebab pertama kali, dan tidak biasa tengok drama berunsur muzikal. Kalau tak silap aku, sebelum ini di Astro ada drama muzikal juga lakonan Mila dan geng AF lain. Tapi aku tak ada Astro, maka aku tak tau macamana ceritanya.

Apa yang menarik tentang drama Hotel Mania ni? Sebab tiap kali lagu didendangkan, tak kiralah dari KRU sendiri, ELITE, X-Factor dan lain-lain akan mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. Dulu aku peminat KRU. Semua album aku beli. Ketika itu kaset, dan CD. Cuma tak sempat pergi konsert je. (konsert 4U2C sempat pula pegi..haha)

Bagi aku, drama ini merupakan satu cara KRU untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu ciptaan mereka. Pada aku, strategi mereka berjaya!

Thursday, March 18, 2010

Thursday Back to Back Drama : Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana

Minggu lepas aku miss 1 episod Penunggu Gunung Raya. Tapi nasib baik boleh "catch up" kat TV3 online. Jadi aku sempat nonton sebelum episod ke-5 malam tadi. Bukan main lagi drama ini. Dah makin menjadi-jadi pula seramnya. Dengan scene-scene yang lebih menakutkan.

Keliru juga aku macamana drama ini boleh lepas ditayangkan. Macam dah keterlaluan pula. Dengan babak pemujaan dan sebagainya. Watak-watak seram pula bukan main hebat lagi. Ala-ala campuran horror flick Jepun dan Hollywood.

Ini adik-beradik Damak

Kali ini, Damak sudah muncul. Dalam keadaan seperti Zombie. Siap bawa lastik kayu dia. Azam dan adik-beradiknya sudah mula mengingati kisah mereka ketika kecil. Agak susah nak faham juga jalan ceritanya.

Tapi apapun, make-up memang berjaya dalam drama ini. Rasanya produksi Aliff Firdaus kena belajar sikit dari mereka. Hehehe.


Tuesday, March 16, 2010

Aku Kesian Kat Azizah, Jadi Aku Tulis Lagi Pasal Asmaradana

So, last week kali terakhir melihat watak Narimah dalam drama Asmaradana (barangkali). Mungkin kalau dia muncul pun, dalam mimpi Aziza kut. Atau dalam bentuk Memey? Tapi seperti dijangka, Azizah akan tinggal bersama keluarga Tengku Malia, Rafeah, Tengku Farouk serta anak-anak angkat dia dalam rumah besar gila yang ada 8 bilik!! (ntah betul ke tidak).

Puteri Sarah sebagai Mimi


Thursday, March 11, 2010

Aku Rasa Letih Nak Tulis Pasal Drama Asmaradana Tapi Sebab Tiz...

NK sebagai Raja Marlia

Sudah 4 episod Asmaradana. Perlahan-lahan jalan cerita sudah boleh dihidu. Watak "kerek" kali ini akan dilakonkan oleh Norish Karman dan Wan Maimunah. Nampaknya watak Rozita Che Wan tamat di episod kali ini. Heroin baik dan cun, Tiz Zaqyah akan tinggal bersama dengan keluarga pakciknya. Terpaksa la dia berdepan dengan mak sedara dan nenek yang anti dengan dia. Kita tengok minggu depan pula.

Friday, February 19, 2010

Sape tengok drama Penunggu Gunung Raya semalam??

Sape tengok drama terbaru di TV3 semalam?? Tajuknya Penunggu Gunung Raya. Mak aih, bukan main seram lagi cerita tu. Walaupun drama bersiri 13 episod, tapi aku tengok kualiti dah macam cerita panggung wayang. Hebat. Suspen gile pulak tu. Cerita best, tapi seramnya dah naik taraf dari drama-drama sebelum ini. Makin ganas mekap, makin realistik, makin melampau. Tak sure la sesuai ke tak ditayangkan kat tv..malam jumaat pulak tu. Hishh..ape pendapat korang tentang drama Penunggu Gunung Raya nih? bakal hits ke?

Antara pelakon-pelakon drama seram ini termasuklah Fauziah Ghous, Zizan Nin, Emelda Rosmila dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan skrip oleh Alfie Palermo


p/s : Giler seram cite nih. Tabik spring kepada pengarah drama ni. Memang ada kelas!

p/s/s : Gambar ihsan Google yer

p/s/s/s : Part paling seram aku rasa masa kat hospital tu..makcik katil sebelah tunjuk antu kat penjuru bilik..peh sadis jugak disitu. Terkujat gak aa selama 0.5saat. Lepas tu kontrol balikk..


Boleh baca sinopsis drama Penunggu Gunung Raya di sini


Related Posts with Thumbnails