Showing posts with label Akasia. Show all posts
Showing posts with label Akasia. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

#Soffiya Dah Abis, Meh Meroyan Berjemaah Dengan #TentangDhia Pulak

Photobucket
alaa cedih cedih nyier Nora Danish


Selepas berbulan berkejaran pulang ke rumah dari opis dengan gaya merempit, nampaknya aktiviti itu akan berterusan lagi untuk berbulan-bulan akan datang. Wadefak aku membulan ni? Dah penat meroyan dengan hastag #Soffiya kan? Lepas ni kita memuji kecomelan Nora Danish pulak dalam siri drama terbaru TV3 di waktu maghrib iaitu Tentang Dhia. Wahh kemain double meaning punya title. Dia, dan watak bernama Dhia. Of kos Dhia tu Nora Danish. Kemain dia comel bertudung labuh, gaya anak dara duduk kampong tepi sawah macam Nur Kasih lagi. Harap-harap Jejai tak geramlah eh.

Seperti blogger-blogger lain yang dahagakan trafik murahan, maka aku pun dengan selambanya mengkopi pes sinopsis drama terbaru ini. Walaupun aku tau ramai dah baca di dada-dada akhbar. Akhbar tau bukan dada orang lain. Tapi itu lah, sebagai blogger yang nakkan duit lebih (alaa mengaku je ler..takde nye passion-passion blogging ni) aku tempekkan jua di sini.

Jadi silalah baca, dan kepada yang tak sempat nak kopi pes, bolehlah kopi pes tanpa segan silu.

+ + + + + +

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.

Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.

Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.

Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.

Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

+ + + + + +

Psstt..ada Nora Danish, Adi Putra, Tasha Shilla, Izreen Azmida tau uolss. Jangan lupa merempit pulang awal tau. Maghrib jangan tinggal..sekarang masuk waktu awal wehh

Thursday, August 12, 2010

Drama Epilog Syurga Cinta Patut Tukar Tajuk...

Selling point : Mia Sara Nasuha

...kepada Slot Akasia TV3 : Drama Aksi Comel Mia Sara!
Sebab apa, aku rasa tak ada apa pun yang menarik perhatian aku untuk tonton drama ini melainkan kehadiran Mia Sara Nasuha. Mula-mula ingat macam best sangat, tapi bila tengok kepada barisan pelakon lain, especially watak Hanafi, rasa out habis. Intan Ladyana pun macam serabut je lakonannya.

Seriously, watak Hanafi buat aku hilang minat. Level of interest aku tengok Epilog Syurga Cinta ni macam 2/5 kalau compare masa Adamaya. Tengok Nur Kasih masa sahur pun masih excited walaupun dah 2 kali ulang tayang kat TV.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Tuesday, August 3, 2010

Adik Mia Sara dalam Drama Epilog Syurga Cinta, Slot Akasia TV3


Ingat lagi tak dengan wajah comel dan inesen gila ini? Sudah tentu semua ingatkan? Sebab itu keyword Adik Mia Sara Nasuha, Drama Adamaya dan Lisa Surihani masih muncul di blog ini. Pengumuman, pengumuman!! Adik Mia Sara bakal mewarnai skrin tv kita semua lagi bermula hari ini! Yaa hari ini tuan-tuan dan puan-puan. Pukul 6.30ptg di TV3, menggantikan drama Ilusi yang ntah apa-apa lakonan Azhar Sulaiman dan Ashraf Muslim itu.

Hallamak, comel seh yang baju merah tu..!

Sinopsis Epilog Syurga Cinta (not official - berdasarkan Filem Syurga Cinta)
Irham (lakonan Zizan Nin), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Cikgu Siti (lakonan Fida Ibrahim), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Cikgu Siti yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Mia (Mia Sara). Hubungan Irham dan Mia yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Mia dalam menjayakan 'misi' nya.

Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Cikgu Siti terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Cikgu Siti sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Cikgu Siti. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Cikgu Siti bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Cikgu Siti. Cikgu Siti yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Cikgu Siti telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Cikgu Siti.
Macam familiar je storyline kan? Sebab kali ini drama berdasarkan filem Syurga Cinta (nama drama pun dah sama) lakonan Awal Ashaari dan Heliza tu. Watak budak kecik kali ini digantikan oleh Mia Sara yang kiut miut itu. Tapi khabarnya ada twist sikit dengan jalan ceritanya, hmm. Apakah mampu mengulangi kejayaan drama Adamaya? Kenapalah tak letak Lisa Surihani bertudung dalam cerita ni? Pasti syok dan kelakar. Baru lah gandingan "mantop" dengan adik Mia Sara kan? hehe. Apapun, drama ini akan membuatkan aku merempit kembali dari kerja. Last merempit ketika siri Adamaya dulu. Sekarang dah jumpa reason kukuh! 

p/s : ini post ke-567!

SOURCE : sinopsis dari yanmieonline, di edit oleh aku
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Monday, May 17, 2010

Drama Syah Jihan Ganti Adamaya | Tak Perlu Lagi Merempit Pulang

Aksi Rempit V4.5
gambar sumber Google.com

Mulai hari ini, aku dan isteri tak perlu lagi merempit pulang kerana drama Adamaya sudah tidak lagi bersiaran di waktu petang. Seperti yang diiklankan di TV3, drama baru slot Akasia diberi judul "Syah Jihan". Macam kisah Taj Mahal, tapi bukan. Tiada kaitan lansung dengan negara India dan kisah cinta Taj Mahal.

Mari baca sinopsis ringkas ihsan dari web Budiey :
Drama Syah Jihan mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun di lema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama Syah Jihan ialah Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob dan lain-lain. Walaupun aku belum pun tengok episod pertama drama Syah Jihan, tapi aku rasa kurang tertarik sebab ada Fauziah Ghous. Lakonan Fauziah Ghous agak kaku pada pandangan aku. Tengok saja lakonannya dalam Sifu dan Tongga, Penunggu Gunung Raya, Dua Hati Satu Jiwa dan lain-lain.

Jadi kali ini aku akan relaks sikit di waktu petang, kerana tidak teruja nak menulis entri seperti sebelum ini akibat drama Adamaya dan Asmaradana. Hehe.

Tapi jangan lupa, petang ini tiada Adamaya, tetapi Syah Jihan pula!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, May 13, 2010

Drama Adamaya : Kesudahan Cinta Kau, Aku dan Dia (Finale)

Akhir wehh!! Finale dah

Baca seolah-olah aku sedang menulis sambil tengok Adamaya tau. Ok?

6.30pm :
Episod akhir bermula dengan agak tegang, apabila Dani menyerang Maya di rumahnya. Tahap kegilaan Dani terhadap Maya sudah macam stalker gila. Sampai hati dia tampar Maya. Geram betul aku. Farid Kamil sepak terajang kang! Tapi jangan ingat Maya buat dek je. Dia kan ganas juga. Tak lupa si comel Amani pegi gigit seluar Dani (sebab dia tarik seluar je)...Nanti jangan lupa gosok gigi tau!

Lebih kurang macam ini lah Maya sepak Dani. Eh dia sepak ke tampar? haha

Kedua ibu bapa mereka pula masing-masing keliru macamana nak selesaikan masalah Adam dan Maya. Lisa pergi ke rumah Maya nak bincang tentang dokumen yang perlu ditandatangani.  Rupanya dokumen komisen dari hasil pameran yang Adam sertai. Bukan dokumen cerai tau! Selamatt.

6.45pm :
Dani masih tak boleh terima yang Maya tak mahu berjumpa dengan dia. Memang stalker tahap gaban dah Dani ini. Nampak gaya macam nak bunuh Adam je si Dani. Ke Adam nak mati? Adoi..saspen. Adam bagi surat pada Maya. Panjang lebar pulak tu. Tak lupa sambil didendangkan dengan lagu latar Yang Terindah - Dakmie tu. Wah syahdu. Rupanya ada cek RM300,000! Nasib baik bukan cek HSBC, kalau tak mungkin dia ada akaun Nuffnang..banyak tuh weh. Oh ada satu novel sekali. Adam tulis woo!

*Mika tu namanya Azmi Kassim (tq kak azie)? Ingatkan nama Mat Saleh mana. Macam pemandu F1 pulak.

7.00pm :
Lisa yang seksi terlebih tu, tak habis-habis nak cucuk line. Ada ke peguam bergaya macam itu? Adam tunggu kedatangan Maya ke pameran solonya. Tapi dia pergi jumpa Dani Selenga tu pula! Adoi. Tapi baguslah, dia nak terangkan secara perlahan, dan dalam bahasa baku kepada Dani. Punyalah retard si Dani tu. Dasar lelaki gila. Ntah-ntah dia gila seks kut! Hahaha. Melopong dia bila Maya akhirnya...akhirnya beri kata dua kat dia.

Dekat galeri, yang Lisa terhegeh-hegeh ikut Adam ni pun satu. Maya akhirnya sampai. Tapi Adam tak mahu dengar kata-kata Maya. Maya ditinggalkan menangis seorang diri, sampailah iklan Buletin Utama keluar..adoi..ada lagi 15 minit je!! Ending macamana ni weh??

Maya menangis lagi hari ini..(ini gambar semalam lah)

7.15pm
Adam maafkan Maya. Dia sebenarnya tak marah kat Maya pun. Eee bagus betul si Adam. Kemudian semua seronok, tapi si Lisa pula sedih seorang diri. Frust tak dapat menangguk di air keruh? (eh betul ke peribahasa aku ini Cikgu?) Dani macam dah gila bayang. Duduk terbayang-bayang. Semua orang dia nampak macam Maya.

Pastu habis??? Adoii..nasib baik ada bloopers kat ending..

Dahh...maghrib weh..Solat! Malam Jumaat pulak tu.. Psstt psttt MJ tau..kehkeh

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Episod Akhir Adamaya : Apakah Kesudahan Cinta Antara Kau, Aku & Dia


Hari ini merupakan episod terakhir drama yang paling mendapat perhatian sekarang iaitu Adamaya di TV3. Drama yang diilhamkan dari Filem "I'm Not Single" ini telah berjaya memperoleh perhatian dan rating yang baik sejak ia ditayangkan. Dengan barisan pelakon yang hebat, comel, dan kelakar seperti Lisa Surihani, Sein Ruffedge, Faizal Yusof, adik Mia Sara Nasuha, Chloe Nicole, dan ramai lagi.

Apa bakal berlaku dalam episod terakhir hari ini? Nasib baik separuh akhir Piala Thomas antara Malaysia dan China dijadualkan esok. Jadi semua dapat menonton drama ini dengan tenang dan feeling sekali. Apatah lagi selepas plot makin memuncak dalam episod semalam. Adam sudah keluar rumah, apabila kecewa dan beranggapan Maya masih mahu meminta cerai darinya. Semua itu merupakan salah faham selepas panggilan telefonnya dijawab oleh Dani secara kebetulan.

Apakah kesudahan drama Adamaya ini? Banyak blog meramalkan kesudahan Adamaya. Macam-macam boleh jadi, umpamanya :

1. Adam mati tatkala mengetahui Maya tidak mahu berpisah
2. Adam ceraikan Maya dan memilih Lisa yang seksi
3. Dani kemalangan dan kereta Caldina dia hancur berkecai (ini mesti kes dengki kereta lawa)
4. Mika mengahwini Maya?
5. Maya lari ke kampung orang asli tetapi Amani tinggal dengan Adam
6. Adam dan Maya tidak bercerai, dan senyum waktu ending (cliche habis)
7. Maya tiba-tiba beritahu Adam yang dia mengandung lagi
8. Tulislah apa korang nak. Amani lari rumah??
9. Ada sambungan drama, tajuk Sarom (Sarah + Shahrom)??

Apa pun, jom recap balik episod semalam. Kita tengok scene-scene terpilih

Tuesday, May 4, 2010

Tengok Gambar Amani dari Adamaya (Mia Sara Nasuha) Dan Bandingkan..

Drama Adamaya agak tense hari ini. Maya dah menyuarakan hasrat nak minta cerai dengan Adam. Bekas isteri Dani pula makin menekan Dani dengan tuntutan nafkah anak-anaknya. Dan akibat ingin balas dendam, Jasmin kantoikan Dani dan Maya. Akhirnya Dani kena tangkap basah berdua-duaan dengan isteri orang. Adam pula dengan relaks dan tenang membawa pulang isteri. Akhirnya Adam ikut saranan Shahrom untuk menerima tawaran Lisa untuk menjadi travel fotografer. Maka Adam dan Maya akan berpisah buat sementara waktu untuk meredakan ketegangan antara mereka. Bak kata Shahrom, bila berjauhan akan datang perasaan rindu, yang bermakna masih ada cinta dalam hati.

Walaupun mustahil nak jumpa suami se"cool" Adam, tapi alangkah hebatnya seorang lelaki yang begitu. Tapi tak mengapa, drama tetap drama. Jadi kepada wanita-wanita single di luar sana, teruskan berangan. Harap-harap jodoh anda sedikit sebanyak ada sifat-sifat mulia macam Adam tu.. hehe

Oh, aku ingin mengajak semua relaks dan amati kecomelan adik Mia Sara Nasuha, ataupun Amani dalam drama Adamaya ini. Sangat comel apatah lagi dengan rambut begitu. Pasti Mia Sara akan jadi rebutan ramai produser/pengarah filem dan drama. Ada harapan jadi macam Dakota Fanning. Kombi Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha memang terbaik! Comel kuasa dua!

Okay, tengok dulu gambar ini..

kemudian tenung wajah ini

Thursday, April 15, 2010

Kalau Drama Adamaya Ada Versi Jepun, Mesti Ramai Peminat Lisa-chan!

Nasib baik sepak atas sikit, kalau tak...

Hebat penangan Drama Adamaya di TV3. Buktinya, ramai yang tak sabar-sabar nak tonton sambungan drama itu setiap petang. Lihat saja di gengblogger, twitter dan sebagainya, semua berbicara tentang Drama Adamaya. Kenapa ya? Nampaknya sekarang ini dah jadi musim Lisa Surihani. Nama Lisa semakin menjadi sebutan. Lepas dia beraksi ganas sebagai Kamsah dalam filem Rempit V3, kini dia muncul di kaca TV, 4 kali seminggu dalam slot Akasia TV3.

Kenapa Drama Adamaya best? Aku pun tak berapa pasti. Terus terang aku belum pernah menonton filem yang menjadi asas drama ini iaitu "I'm Not Single". Tapi drama ini benar-benar menarik perhatian. Jalan cerita yang ada unsur komedi disamping lakonan selamba dari Lisa dan Sein Ruffedge memang berkesan.

Tuesday, April 6, 2010

Kamera DSLR Nikon dan Baju Tulisan Jepun Lisa Surihani dalam Drama Adamaya Episod 1

Siapa sempat tonton episod pertama drama terbaru slot Akasia TV3 petang tadi? Tajuknya Adamaya. Sebuah romantik komedi yang diilhamkan dari cerita I'm Not Single. Penerbitnya siapa lagi kalau bukan David Teo.


First impression aku pada drama ini comel. Sebab heroinnya Lisa Surihani. Lisa Surihani pandai buat gaya-gaya lawak kiut dalam episod pertama. Tak tahu lagi bagaimana episod-episod akan datang. Kenalah tengok lagi 22 episod.

Jangan Lupa Tonton Lisa Surihani dalam Drama Adamaya di TV3, 6.30 petang nanti!

Drama Terbaru 6.30ptg : Adamaya


Wah, seronok betul. Drama Na O Mei sudah tamat. Episod akhir agak mengelirukan. Aku yakin itu taktik kotor nak buat sambungan. Tapi tidak mengapa. Drama penggantinya lebih hebat! Sebab apa? Sudah tentu sebab heroinnya ialah Lisa Surihani!

Sedikit sinopsis tentang drama Adamaya ini;
Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

Related Posts with Thumbnails