Ni ape kes posing-posing depan kamera ni? Nantikan full entri sedikit masa lagi. Eceh macamlah ada orang kisah ponnn..Apapun special thank to wayangjom.
Showing posts with label KRU. Show all posts
Showing posts with label KRU. Show all posts
Thursday, May 26, 2011
Dekat #Karak ada 10 Hantu?
Esok satu lagi..haihhh satu lagi filem genre Seram bakal menghantui panggung di Malaysia. Kali ini percubaan sulung daripada salah seorang adik-beradik kreatif KRU iaitu Yusry. Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, kali ini Yusry kembali dengan filem seram pertama terbitan KRU Studios bertajuk Karak - Laluan Puaka. Bukan mulut puaka macam si lazerrr tu okkeiy? Tak baik tau deknon..
Apa pun, kita tengok macamana sambutan filem ini. Sebab kena bersaing dengan entiti-entiti hebat seperti Nur Kasih, Kongsi dan Pirates Of The Caribbeans. Apapun, tengok dari trailer..filem-filem seram di Malaysia kini semakin berani tampil dengan hantu-hantu lebih ganas dan mencuakkan. CGI yang diorang guna pun nampak hidup. Itu memang trademark KRU dalam filem-filem mereka. Antara penggiat filem yang rajin menggunakan CGI dengan baik sekali.
Apapun, kalau ada masa nanti aku buat sedikit review filem Karak ini. Tak pasal-pasal lepas ni sapa yang nak balik ke pantai timur nanti kawan-kawan cakap..eh eh kau balik kampung lalu jalan puaka eh? LOL
ini bukan hantu. ini makhluk tuhan paling bibir seksi
Labels:
Filem terbaru,
Hantu,
Karak,
Kilafairy,
KRU,
Laluan Puaka,
Lebuhraya Karak,
Seram,
Yusry KRU
Wednesday, March 9, 2011
10 Mac ialah ESOK!
Ini bukan Epic Lol atau Epic Fail. Ini Filem Epic. Filem Epic buatan Malaysia. Buatan KRU beb. Pengarahnya Yusri Abd Halim. RM8 Juta bajet, walaupun tak sehebat PGL, tapi harapnya berbaloi. Sebab sudah ada respon/review hebat daripada mereka-mereka yang dapat tengok preview sebelum ini.
Tengok trailer memang jauh sekali nak dibandingkan dengan filem-filem tempatan sebelum ini. Aura "International Class" memang kuat pada filem ini.
Kalau cite hantu jatuh gaung pusing-pusing pun boleh dapat RM8juta kutipan, ayuhlah support filem Merong Mahawangsa. Make sure filem epic ini dapat rekod kutipan tertinggi di Malaysia.
Sekian. Kthnxbye
Sunday, May 30, 2010
Drama Arjuna Ganti Drama Jidin di Slot Aksi TV3
Drama Arjuna Setiap Isnin tau!
Wah, akhirnya esok drama Jidin yang aku tak paham itu bakal digantikan dengan siri drama baru, Arjuna. Daripada trailer/teaser di TV3, nampaknya macam menarik. Efek-efek CGI yang digunakan boleh diterima (untuk drama bersiri). Lebih menarik perhatian bila aku tahu drama ini diterbitkan oleh KRU Studios. Kita juga tahu yang KRU bakal mengeluarkan dua filem yang hebat. Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa. Jadi drama bersiri ini mungkin menerapkan serba sedikit elemen dari kedua filem itu. (mungkin la kan?)
Aku melihat perkembangan drama terutamanya yang ditayangkan di TV3 semakin hebat. Drama bersiri yang tak terlalu panjang, dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat, dan skrip yang berkualiti. Lihat sajalah kejayaan drama Nur Kasih, Na O Mei, Adamaya, Hotel Mania dan banyak lagi.
Nasib baik bukan dia ni Heroin!
Remy Ishak kembali lagi selepas Nur Kasih. Berganding dengan Nora Danish pula. Sebulan dua ini pasti banyak gossip tentang mereka berdua..heee
Wednesday, March 24, 2010
Apa Pendapat Korang Tentang Drama Hotel Mania?
Siapa layan drama Hotel Mania? Drama muzikal pertama terbitan KRU Studios. Sudah masuk episod ke-4 minggu ini, dan aku rasa ia merupakan satu percubaan yang unik dari KRU. Drama muzikal 26 episod ini menampilkan hampir 200 lagu terbitan KRU, dan dipadankan dengan jalan cerita yang menarik.
Masa aku tengok episod pertama, aku rasa agak pelik. Mungkin sebab pertama kali, dan tidak biasa tengok drama berunsur muzikal. Kalau tak silap aku, sebelum ini di Astro ada drama muzikal juga lakonan Mila dan geng AF lain. Tapi aku tak ada Astro, maka aku tak tau macamana ceritanya.
Apa yang menarik tentang drama Hotel Mania ni? Sebab tiap kali lagu didendangkan, tak kiralah dari KRU sendiri, ELITE, X-Factor dan lain-lain akan mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. Dulu aku peminat KRU. Semua album aku beli. Ketika itu kaset, dan CD. Cuma tak sempat pergi konsert je. (konsert 4U2C sempat pula pegi..haha)
Bagi aku, drama ini merupakan satu cara KRU untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu ciptaan mereka. Pada aku, strategi mereka berjaya!






