Showing posts with label Zizan Nin. Show all posts
Showing posts with label Zizan Nin. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Adik Mia Sara dalam Drama Epilog Syurga Cinta, Slot Akasia TV3


Ingat lagi tak dengan wajah comel dan inesen gila ini? Sudah tentu semua ingatkan? Sebab itu keyword Adik Mia Sara Nasuha, Drama Adamaya dan Lisa Surihani masih muncul di blog ini. Pengumuman, pengumuman!! Adik Mia Sara bakal mewarnai skrin tv kita semua lagi bermula hari ini! Yaa hari ini tuan-tuan dan puan-puan. Pukul 6.30ptg di TV3, menggantikan drama Ilusi yang ntah apa-apa lakonan Azhar Sulaiman dan Ashraf Muslim itu.

Hallamak, comel seh yang baju merah tu..!

Sinopsis Epilog Syurga Cinta (not official - berdasarkan Filem Syurga Cinta)
Irham (lakonan Zizan Nin), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Cikgu Siti (lakonan Fida Ibrahim), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Cikgu Siti yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Mia (Mia Sara). Hubungan Irham dan Mia yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Mia dalam menjayakan 'misi' nya.

Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Cikgu Siti terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Cikgu Siti sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Cikgu Siti. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Cikgu Siti bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Cikgu Siti. Cikgu Siti yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Cikgu Siti telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Cikgu Siti.
Macam familiar je storyline kan? Sebab kali ini drama berdasarkan filem Syurga Cinta (nama drama pun dah sama) lakonan Awal Ashaari dan Heliza tu. Watak budak kecik kali ini digantikan oleh Mia Sara yang kiut miut itu. Tapi khabarnya ada twist sikit dengan jalan ceritanya, hmm. Apakah mampu mengulangi kejayaan drama Adamaya? Kenapalah tak letak Lisa Surihani bertudung dalam cerita ni? Pasti syok dan kelakar. Baru lah gandingan "mantop" dengan adik Mia Sara kan? hehe. Apapun, drama ini akan membuatkan aku merempit kembali dari kerja. Last merempit ketika siri Adamaya dulu. Sekarang dah jumpa reason kukuh! 

p/s : ini post ke-567!

SOURCE : sinopsis dari yanmieonline, di edit oleh aku
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Friday, April 23, 2010

Petang ada Stalker Sentap, Malam Pulak Stalker Gila. Adamaya vs Asmaradana

Memang pelik. Mulanya aku sangat minat dengan cerita Penunggu Gunung Raya, tapi makin lama makin pelik bin ajaib ceritanya. Dahlah watak puakanya hodoh gila. Masa awal-awal episod, bukan main menakutkan. Suspen dan mengejutkan. Tapi lama-kelamaan bila "watak utama" dah muncul, omaigatt HUDUS sekali. HUDUS dari segi make up nya! Oh tak lupa juga, aku konfius dengan watak nenek dalam gua tu. Dia buat apa dengan Intan? Lain macam je aku tengok.

Plot cerita dah melalut sikit. Mungkin sebab aku menyampah dengan Sumun (betul ke nama dia?) yang sangat sesat dengan penyembahan pokok besar tu. Tambah pula dengan serapah apa kejadah mamat tu baca tiap kali nak bersilat depan pokok. Nenek dalam gua tu pun apa kurangnya, bukan main lagi pakai crown, macam Miss World pula. Kesian aku tengok Intan (Emelda) terpaksa lepak dengan nenek dalam gua. Bukan Gua.com.my.

pelik betul header kat TV3.com.my, cerita seram tapi..ceria semacam ribena

Thursday, March 18, 2010

Thursday Back to Back Drama : Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana

Minggu lepas aku miss 1 episod Penunggu Gunung Raya. Tapi nasib baik boleh "catch up" kat TV3 online. Jadi aku sempat nonton sebelum episod ke-5 malam tadi. Bukan main lagi drama ini. Dah makin menjadi-jadi pula seramnya. Dengan scene-scene yang lebih menakutkan.

Keliru juga aku macamana drama ini boleh lepas ditayangkan. Macam dah keterlaluan pula. Dengan babak pemujaan dan sebagainya. Watak-watak seram pula bukan main hebat lagi. Ala-ala campuran horror flick Jepun dan Hollywood.

Ini adik-beradik Damak

Kali ini, Damak sudah muncul. Dalam keadaan seperti Zombie. Siap bawa lastik kayu dia. Azam dan adik-beradiknya sudah mula mengingati kisah mereka ketika kecil. Agak susah nak faham juga jalan ceritanya.

Tapi apapun, make-up memang berjaya dalam drama ini. Rasanya produksi Aliff Firdaus kena belajar sikit dari mereka. Hehehe.


Friday, February 26, 2010

Drama Penunggu Gunung Raya mungkin Kisah Benar...erkk!

Semua pasti sudah mengetahui kisah drama seram terbaru TV3 iaitu Penunggu Gunung Raya. Episod pertama minggu lalu pasti menjadi bualan ramai orang. Tak kira makcik di pejabat kerajaan, eksekutif di syarikat swasta, termasuklah kanak-kanak bawah umur yang bercerita sewaktu rehat pagi di sekolah. Rata-rata semua setuju bahawa kisah kali ini memang seram. Ada yang berani mengatakan ia lebih hebat dari drama-drama seram sebelum ini seperti Jangan Tegur, dan Kekasihku Seru (ni feberet nih). Ingat lagi scene mayat bercakap dalam lori dengan Fauziah Gous? Scene Emelda di Hospital dengan makcik yang bercakap pasal hantu? Serius beb, ada member aku cakap meremang 5 helai bulu roma kat tengkuk dia..(Level 5 punya ketakutan tu)

Jadi, kita tolak dulu kisah episod satu. Aku cuba menjejaki Gunung Raya ni. Dengan bantuan rakan baik semua iaitu Google, aku cuba mencari kesahihan gunung yang menjadi perbualan semua. Ini antara yang aku jumpa. Mungkin boleh menyelesaikan misteri ini. Tapi tak pasti sejauh mana infomasi ini boleh diguna pakai. Bersedia untuk diselubungi misteri.... (bergema sampai fade)

Tak habis lagi..teruskan membaca Misteri Gunung Raya


Friday, February 19, 2010

Sape tengok drama Penunggu Gunung Raya semalam??

Sape tengok drama terbaru di TV3 semalam?? Tajuknya Penunggu Gunung Raya. Mak aih, bukan main seram lagi cerita tu. Walaupun drama bersiri 13 episod, tapi aku tengok kualiti dah macam cerita panggung wayang. Hebat. Suspen gile pulak tu. Cerita best, tapi seramnya dah naik taraf dari drama-drama sebelum ini. Makin ganas mekap, makin realistik, makin melampau. Tak sure la sesuai ke tak ditayangkan kat tv..malam jumaat pulak tu. Hishh..ape pendapat korang tentang drama Penunggu Gunung Raya nih? bakal hits ke?

Antara pelakon-pelakon drama seram ini termasuklah Fauziah Ghous, Zizan Nin, Emelda Rosmila dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan skrip oleh Alfie Palermo


p/s : Giler seram cite nih. Tabik spring kepada pengarah drama ni. Memang ada kelas!

p/s/s : Gambar ihsan Google yer

p/s/s/s : Part paling seram aku rasa masa kat hospital tu..makcik katil sebelah tunjuk antu kat penjuru bilik..peh sadis jugak disitu. Terkujat gak aa selama 0.5saat. Lepas tu kontrol balikk..


Boleh baca sinopsis drama Penunggu Gunung Raya di sini


Related Posts with Thumbnails