Showing posts with label FTN Blogs. Show all posts
Showing posts with label FTN Blogs. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Entri Selepas Sahur : Kuih Wajib Bulan Puasa

Cerita tentang kuih waktu dah Azan Subuh. Nice

Sebelum ini aku ada mention nak cerita juadah berbuka kegemaran aku. Nafsu makan aku dah berkurangan sejak berkahwin. Kalau masa bujang dulu, memang melantak tak tentu fasal. Ending up membazir makanan yang beli kat param (pasar ramadhan) tu. Kalau dulu, segala ayam percik, roti jon, kebab dan etc semua nak beli. Kelakar juga bila ingat balik zaman-zaman itu. Kononnya beli banyak waktu berbuka nak buat bersahur sekali, tapi bila sampai waktu sahur dah tak lalu pula tengok lauk/kuih berbuka.

Jadi sejak dua menjak ini, aku lebih mengawal nafsu membeli. Tapi setiap tahun, kuih yang menjadi pilihan aku adalah "Tepung Pelita". Kuih ini aku boleh makan setiap kali waktu berbuka tanpa jemu. Pernah dua tahun lepas, setiap kali bila berbuka di rumah (kalau tak ada jemputan berbuka luar) aku pasti beli kuih tepung pelita dari satu gerai favourite aku. Tak cari kat gerai lain woo.

Photobucket

Tahun ini pun, tujuan aku ke param adalah satu. Untuk cari kuih tepung pelita. Kuih feberet sepanjang zaman aku. Gambar ini pun diambil sebelum berbuka 1 Ramadhan kelmarin. Hampir-hampir sold out, dan aku nyaris hampa. Biasanya jual 5 RM2. Dan kebiasaannya aku sentap 4 dan 1 untuk wife aku. Tapi kalau tersalah pilih gerai mesti si penjual tu konfius walaupun dia cakap tepung pelita, tetapi actually it's kuih tako, yang berisi sengkuang tu. Dan kekecewaan terasa bila situasi ini berlaku.

Photobucket

Kuih keria pula idaman wife aku. Tapi aku pun makan juga (semua pun aku makan!). Cuma sukar nak mencari gerai yang jual kuih keria yang mantap. Ada yang gula terlebih, ada yang keras sangat, ada yang besar sangat pun ada. Nak buat misi mencari gerai yang best, malangnya masa tak mengizinkan. Mungkin waktu weekend je boleh cari param yang besar-besar macam dekat Stadium Shah Alam tu.

Korang pula suka kuih macam mana waktu berbuka?

Saturday, June 5, 2010

Layout Baru Blog : Pendapat Anda?

Salam semua! Di hari Jumaat yang mulia ini. Korang perasan tak? Takkan tak perasan kut? Akhirnya aku ambil keputusan tekad menukar layout blog. Walaupun guna yang sedia ada di web (ye aku tak sepandai dulu tentang HTML codings), aku puas hati dan rasa seronok nak tulis di blog. Sebab dah berwajah baru, awal-awal seronok lah kan? Sama macam beli handphone..lama-lama bosan juga. Haha.

Ok, atas maklum balas dari rakan-rakan blogger macam Jard, Mat Joe dan lain-lain aku membuat keputusan untuk revert kembali guna comment system yang sedia ada di blogspot. Sepatutnya lebih pantas dari disqus (kalau korang tak komen siapp!)

layout lama FTN

Selain remove disqus, aku sudah ubah shoutbox guna script hide/un-hide kat tepi untuk kurangkan serabut di sidebar. Selain itu, lighter blog header..aku guna transparent gif, jadi saiznya amat kecil sekali. Sepatutnya loading time kurang sedikit (nasihat dari kak jie). 

Jadi bagaimana pendapat korang? Sesuai tak?


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Wednesday, April 14, 2010

Yang ke-60, Terima Kasih Kerana Sudi Mengikuti FTN!


4 hari aku meninggalkan blog FTN. Update pun sekadar "short update" dan scheduled post. Tak dapat nak serikan blog dengan berita/kisah terkini dan menarik. Tapi tidak mengapa. Itu tidak menjadi isu. Aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi membaca blog FTN, memberikan komen, menjadi followers, blogwalking ke sini dan sebagainya.

Hari ini aku dapati blog aku menerima follower ke-60! Ya baru yang ke-60. Tapi aku suka. Terima kasih kepada Anne Nebulala kerana sudi ikuti blog FTN yang tak seberapa ini. Harap-harap Anne antara follower sejati. Maksudnya follow blog dan terus mengikuti perkembangan FTN :)

Kepada rakan-rakan bloggers, bolehlah kunjungi blog Anne Nebulala. Unik nama blognya kan?


Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Tuesday, April 13, 2010

Pertama Kali Dapat Invitation Dari Nuffnang!...Tapi Malangnya

Filem Date Night Lawak Ghiller Babeng!

Tak sangka dapat satu email yang sangat menggembirakan aku. Sebab bila aku tengok column "From", aku dapati nama Nuffnang dengan jelas disitu. Apa lagi aku pun teruja nak baca. Oh, aku dapat invitation dari Nuffnang!! Nampaknya entri aku mengenai Date Night tempoh hari mendapat tempat di hati Nuffnang.

Tuesday, February 23, 2010

Analisis Itu Penting untuk Maju Ke Hadapan

Hari ini aku cuba buat analisis terhadap blog FTN. Ala-ala KPI juga. Sekali-sekala nak tengok prestasi blog sendiri. Apakah tips-tips yang aku baca di blog-blog otai semua membawa perubahan atau tidak?

Kali ini aku hanya melihat kepada keywords yang membawa trafik ke blog ini. Mari kita terjah blog sendiri..haha



Dikutip dari ALEXA
Yang bertanda biru tu semua keywords yang berkait. Ada 7 keyword yang hampir sama. Bermakna banyak juga yang tersesat ke blog FTN ni akibat keyword AEON MELAKA. Ataupun mungkin masih ramai yang ingin mencari cerita tentang letupan di Jusco Melaka . Kira antara topik hangat cerita letup-letup ni nampaknya. By the way, EXPLOSION dengan EXPLOTION sama tak? rasanya macam salah eja je tuh kan? Satu lagi LFA fighter jet. Setahu aku takde pulak aku buat entry pasal kapal terbang jet. Tapi bila aku check balik, rupanya mungkin tersilap dengan entry LEXUS LFA concept car. Tapi tak tau pulak ada fighter jet? Pastu cuba tengok no 6. "Orang hilang di terengganu". Hahaha kelakar jugak. Kenapa nak cari orang terengganu kat blog FTN ni? Agak konfius di situ.




Dikutip dari ALEXA jugak
Nampaknya search terms paling banyak adalah Melaka. Memang betul kisah AEON Jusco meletup tu memang MELETUP. Hehe. Aku tak pasti macamana "thenewsz" boleh ada, mungkin kebetulan bunyi dah dekat-dekat tu, termasuk sekali dalam list kut. Cuba tengok dua search terms kat bawah tu. "Pakistani" dan "Jadi". Rupanya entry aku pasal Google yang bawak term pakistani masuk blog ni. 




Dikutip dari Nuffnang 
Okeh, kali ini dari Nufnang pula. Nampak ada perbezaan dengan statistik dari Alexa. Tolong abaikan hits count tu. Sikit sangat. Tapi takpe, aku akan berusaha untuk meningkat trafik sampai 8 ribu sehari. Hahaha. (Mimpi). By the way, since baru-baru ini aku menulis pasal drama TV3 Penunggu Gunung Raya, top 4 keywords semua menuju ke entry tersebut. Mungkin ia cerita yang baru, keyword yang bakal meletup selepas NUR KASIH barangkali? Remy Ishak tu barangkali kes pukul dia dengan Umi Nazeera la kut. Yang lain-lain tu kes kemalangan BMW di senawang baru-baru ini, atau in senawang..hehe


Okeh, itu saja analisis blog sendiri kali ini. Aku tak sure apa yang boleh aku buat daripada analisis ini. Sekadar mengisi masa malam ini. Tapi objektif aku tetap nak menjana trafik sehingga 8ribu sehari. Maybe weekend lebih sikit..dalam 10ribu ke. Hahaha (Mimpi lagi)

Oh, satu lagi aku dapat dari ALEXA, blog aku load average dalam 1.718 saat. Kira ok la tu kan?

Sunday, February 21, 2010

Bila aku nak mampu cecah 100?


Sejak menyertai gengblogger, trafik blog ini makin meningkat. Walaupun peningkatan itu tak ketara. Namun peningkatan itu tetap ada. Tapi aku masih gagal melepasi angka 100 unique visitors sehari. Kenapa payah sangat ye? Puas dah mencari formula yang bagus. Angka 90 pun masih belum tercapai.

Walaupun aku seronok Everton menang 3-1 dengan ehem2 lu pikir la sendiri, namun kegembiraan mungkin lebih berganda jika aku berjaya mencapai matlamat angka 100 tu.

Kawan-kawan ada formula tak? Puas dah blogwalking, blogjogging, bloghopping, blogmerankak, blogmelompat, blogntah ape2 lagi semua dah cuba. Siap baca entry dan komen sekali tau. Bukan takat bukak pastu blah je..hehe

Itu saja untuk malam ini.
Sekian dari bilik berita.


P/S : gambar dari Google.com

Kehidupan Seorang Facebooker Tegar


6.00am : Bangun tido (atau masih belum tido)
6.01am : On komputer, startpage = Facebook
6.05am : Check notifications. Tulis status = "Selamat Pagi." atau "Wahh awalnyer aku bangun hari ini".
6.15am : Tulis status = "Nak pegi mandi". Pegi mandi.
6.30am : Breakfast. Sambil taip status = "Hari ini breakfast minum air kosong jerr :("



7.15am : Pegi keje. Sambil panas enjin, on facebook mobile. Taip status = "Nak pegi keje dah ni..boringnyerrr"
8.00am : Start keje. Meeting pagi. Facebook mobile = "Ape la bos ni hangin pagi2..rasa nak benti keje je!"



8.30am : Pura-pura keje. Sambil on Facebook. Stalk page orang lain. Comment, Like status, main Farmville. Sambil sorok2 buat keje. Berterusan sampai rehat tengahari.
12.45tgh : Facebook mobile. tukar status "Nak makan luar ni..best best. Abg Jo belanjer!"
1.15pm : Kat kedai makan. Tukar status lagi "Lambat gile servis kedai nih..menyirap aku!"
2.00pm : Facebook jap. Sambil tukar status "Ngantuk plak. Rasa nak tido jek" (tapi sempat je FB). Berterusan sampai waktu balik keje.

Sampai je rumah.
6.30pm : On komputer, Facebook status tukar dulu. "Nak tengok Na O Mei! Yey yey!"
7.30pm : "Nak makan ape pulak malam ni yer" (ini pun nak bagitau orang ke?)



Berterusan dan status bertukar-tukar ikut keadaan. (contohnya, streamyx slow, jiran sebelah bising, drama tv tak best, panas, dahaga, lapar, kucing beranak, beras dah abis dan sebagainya). Tak lupa juga satu lagi window untuk main farmville, mafia wars dan lain-lain.
12.00pm : biasanya sudah mengantuk. dan status pun dah tulis "Tido dulu ye kawan2! ;)"

ulang seperti atas. sekali-skala selitkan upload gambar, bergantung kepada frekuensi pergi clubbing, drinking, ataupun cam-whore.



p/s : kadang-kadang tu terlampau obses, sampai takde life akibat facebook. tak cukup di rumah, yang pakai 3G pun nak update kat handphone, blackberry pun dah ramai pakai..tapi untuk facebook? ceh

p/s/s : gambar semua dikutip dari Google.com

Thursday, February 18, 2010

Krone dalam Kehidupan Sehari Dua


(gambar ihsan google)

Kronisme :
Favoritism shown to old friends without regard for their qualifications, as in political appointment to office.

Nepotisme :
Favouritism shown to relatives or close friends by those with power of influence.

Kronisme dan Nepotisme (kita pendekkan jadi KroNe je lah).
Katanya, ahli politik di Malaysia ni kuat mengamalkan dua perkara tersebut. Betul ke? Apakah Kronisme dan Nepotisme ini sinonim dengan ahli politik saja? Tidak dinafikan kedua-dua amalan ini adalah salah. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya ramai yang mengamalkan KroNe ni dalam kehidupan seharian. Budak-budak pun mungkin sudah praktikkan KroNe ni.

Contoh-contoh amalan Krone dalam kehidupan.

Contoh 1:
Pakcik A mendapat surat saman akibat melebihi had laju 110km/j di Lebuhraya Plus KM223 arah Utara. RM300 harga saman. Maklumlah musim cuti. "Buat ape aku nak bayar saman..aku bawak 130km/j jek, bukan laju pun!" fikir Pakcik A. Lalu dia menelefon sepupunya yang bekerja sebagai Polis Trafik. Kawtim punya kawtim, settle on the phone. Jadi, Pakcik A tak perlu bayar saman RM300. Happy Ending untuk Pakcik A. Duit tu boleh digunakan untuk membeli bodykit ganas keretanya. "Lebih laju lagi tahun hadapan!" azam Pakcik A tu.

Contoh 2:
Mamat Y teringin benar nak bawak awek bukan mahram kesayangan dia menonton konsert Akim Bengang tu sempena anniversary diorang. Tapi duit dalam poket jeans bundle dia cuma ada duit cukup untuk tiket seorang saje. Mamat Y teringat yang kawan dia merupakan promoter konsert tu. Jadi dia sms kawan dia "Weh, takkan xde tiket murah rege member kut? kalau free lagi best. Ko ler kawan dunia akhirat aku." Sambil mengharapkan keajaiban, sekali Mamat Y menjerit keriangan bila mendapat sms "Ada 2 tiket lebe, jumpa aku @McD..jgn lupa prosperity bgr set large."

Contoh 3:
Makcik A nak beli sebiji Ferrari macam CEO Sani Ekspress tu. Modena kalau tak silap. Kaler nak merah menyala. Nak beli hadiah untuk diri sendiri. Al-maklumlah, usahawan berjaya..yang jual water filter tu..yang ada aura tu. "Syukur, Alhamdulillah". Salesman cakap Makcik A ni kena tunggu giliran. Kereta limitedlah katakan. Waiting lama sikit. Jadi Makcik A tak puas hati lalu masuk terus ke dalam pejabat Manager dan demand fast delivery untuk kereta pilihan hati dia. Nama pun ada pertalian, lalu Manager tu cakap, "Untuk you darling, I swap nama u dengan customer yang ni. So kereta ni you dapat dulu yer..". Laa Laki dia ke towkey kereta. Ces!

Banyak lagi contoh amalan KroNe dalam kehidupan kita ini. Takde bezanya kita dengan ahli politik. Cuma value dan jumlah je berbeza. Eh ye ke?

Apapun, dalam apa jua perbuatan kita dalam kehidupan seharian, buatlah dengan ikhlas. Niat pun kena betul. Kalau tidak tak tenteram tido malam weh..


p/s : takde kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.

Friday, February 12, 2010

(WARNING) Sila Pakai Baju Dalam anda Macam Biasa pada 14hb

Seperti biasa di bulan Februari yang normal ini, mula kelihatan hiasan-hiasan berbentuk Hati Merah di merata-rata tempat. Sebab apa? Biasalah..valentines pada 14hb Februari. Best sangat ke Valentine's Day ini? Ada orang kata Hari Kekasih. Betul ke hari kekasih? Tak tahu maksud/sejarah Valentine's Day ni? Boleh baca di sini, situ atau carilah sendiri di hujung sana. Kalau sudah baca, harapnya fahamlah isi kandungannya.

biasalah ni gantung kat pokok
(gambar ihsan google)


Agak terkejut membaca petikan berita di akhbar TheStar baru-baru ini. Dilaporkan terdapat segelintir pelajar di IPTA yang diajak untuk tidak memakai pakaian dalam ketika hari "Valentine's" sebagai tanda cinta sejati mereka kepada teman lelaki. Jadi apa yang aku faham dari objektifnya; Hari Valentine's = Hari Boyfriend berseronok?, atau = Hari serah diri kepada Boyfriend?

Ish ish, teruk betul. Tak kira kepada yang beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya, ini merupakan satu acara yang memang keji. Ia seolah-olah menjatuhkan harga diri golongan wanita.

Ini petikan berita yang mengejutkan aku.
Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
Lebih best lagi, 2 orang ditemuramah dan salah seorang bernama Ummi. Daripada namanya itu, mungkin seorang muslimah (anggapan aku saja). Dia mengaku mengetahui tentang "kempen" itu. Dan memberi respon bahawa itu perkara peribadi sambil senyum (rujuk petikan berita dibawah). Ada ke patut jawab macam tu? Kata pelajar IPTA, berilah jawapan lebih intelektual sikit. Dia seolah-olah bersetuju dengan "kempen" mengarut itu.

Agaknya kat entrance IPTA tu ada signboard macam ni kut
gambar hiasan (ihsan google)

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

I feel it is personal,” said Ummi with a smile.
Seperti biasa JAIS memberi amaran tentang penglibatan remaja muslim dalam kegiatan tidak bermoral seperti ini. Jadi janganlah cuba-cuba nak buat perkara bodoh. Rugi seumur hidup. Jagalah maruah diri.
State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”
So setakat "Hari Kekasih" ni, hari-hari boleh sambut. Tak perlu "special" day dan buat benda-benda mengarut ni. Yang penting, Baju Dalam semua korang pakai. Tak perlu tanggalkan. Haha. Nak sambut lagi best, kahwin je dulu. Hahaha


SOURCE : Gambar dari Google, Petikan dari TheStar

Thursday, February 11, 2010

Ke Blog atau Tidak Ke Blog

Jangan keliru. Tajuk itu adalah direct translation dari "To Blog or Not To Blog"

Apakah tujuan kita blogging? Duit semata-mata? Kepuasan diri? Lepaskan stress belajar atau bekerja? Atau sekadar hobi? Tak lupa juga yang bergantung kepada blogging sebagai sumber pendapatan utama.

duit ni dari ATM machine kut

Walau apa sekalipun niat kita, gunakanlah platform blogging untuk kebaikan. Aku sendiri sudah blogging sejak 2004. Walaupun blog itu sudah tidak lagi aktif, ia lebih kepada "stress outburst" aku ketika zaman belajar dulu. Rasanya ketika itu aku lansung tidak tahu tentang blogmoney, mungkin tidak wujud lagi ketika itu.

dulu aku stress tapi takde la sampai baling laptop


Apa yang nak aku tekankan di sini, nampaknya kewujudan Nuffnang, Adverlerts, Chitika, Adsense dan lain-lain membuka peluang kepada semua orang untuk menjana pendapatan. Jangan terkejut kalau budak-budak sekolah pun sudah tak perlu minta wang saku dari ibu bapa kerana boleh dapat berganda-ganda dari blogmoney. Mungkin dah tak thrill minta wang dari ibu bapa macam dulu-dulu. Teringat nak beli burger BigMac pun menggigil nak minta wang. Sekarang mungkin tidak lagi. Jangankan burger, PSP, PS3, malah DSLR pun celah gigi je bayar.

sedang mencuba nuffnang

Terus-terang aku katakan di sini, blog ini wujud atas sifat ingin tahu aku. Nuffnang aku sudah daftar lebih awal dari blog ini. Cuma aku lansung tidak tahu tentang selok belok blogging sehinggalah menonton Projek Alpha Nuffnang. Cerita-cerita dari BeautifulNara, RedMummy, Kennysia dan lain-lain memang mengujakan aku. Awalnya di akaun Nuffnang aku cuma ada 0.20sen beberapa bulan. Walaupun aku belum ada peluang merasakan cek betul-betul dari Nuffnang, tapi aku sudah faham konsep blogmoney.

Aku bukan pro-blogger, bukan heavy nuffnanger, bukan earn master. Aku rasa nak letak tips-tips blogging pun, mostly semua sudah tahu. Dan kebanyakannya copy/paste dari unsur yang sama.

agaknya mampu ke capai macam ni?

Jadi mari blog dengan berhemat, elakkan posting "kontroversi".Aku nak tengok berapa lama yang akan aku perlu untuk mendapat 1st check dari Nuffnang.. hehe


Gambar dikutip dari Google dan hakmilik sepenuhnya pemilik gambar tersebut. Harap Maklum

Wednesday, February 10, 2010

ROAD TIPS : Elakkan kesesakan pada Tahun Baru Cina

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang. Taklah panjang sangat, tapi cukup panjang untuk kita pulang ke kampung dan menikmati masa bersama keluarga. Apatah lagi bila kerajaan mengumumkan 17 syarikat konsesi lebuhraya memberi diskaun kepada pengguna sempena Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Walaupun kadar diskaun itu hanya diberikan untuk tempoh 11.30malam hingga 4.30pagi, namun boleh dijangka kesesakan yang ekstrem akan berlaku bermula Jumaat ini. Apatah lagi diramalkan ramai dari Singapura akan menuju ke utara untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di Malaysia.

ni dah kira "standard"


Tapi mengapa kesesakan boleh berlaku? Lebuhraya di Malaysia ada sekurangnya-kurangnya 2 laluan sehala (3 laluan sehingga Slim River dari Selatan), dan had laju di lebuh raya adalah 110km/j. Sekiranya semua kereta bergerak pada waktu yang sama, kenapa berlaku kesesakan?

Pada aku mudah saja. Kesesakan berlaku akibat sikap sesetengah orang yang "selfish" dan tamak. Mereka ini beranggapan lebuhraya milik keluarga mereka. Tambahan lagi bila mereka ini biasanya menggunakan kereta berkuasa tinggi, mahal dan berjenama. Dari pengamatan aku, kebanyakannya Merc, BMW yang beraksi sumbang di lebuhraya. Ini termasuk juga kereta dari seberang. Apa yang mereka ini buat?

1. Memandu laju, biasanya lebih 130km/j dan gatal sangat nak "high beam" dari jauh lagi. Masalah timbul apabila kereta yang di depan merasa panik dan ingin terus masuk ke laluan kiri. Di sini boleh menjadi punca berlaku kemalangan.

cadangan : Saman saja semua kereta yang memandu lebih 130km/j. Tak kira kerabat, menteri mahupun tokey balak. Mungkin dengan adanya TRUCAM baru polis trafik boleh bekerja dengan lebih efisyen lagi. Harapnya bukan sembang kosong saja.

2. Memandu laju, tetapi di sebelah lorong kecemasan. Ini pun satu tabiat sumbang. Tak tahu siapa yang mengasas teknik pemanduan sebegini. Tapi amat menyusahkan, terutamanya bila lorong kecemasan tu sendiri sesak dan mengganggu kenderaan yang nak keluar dari lebuhraya (sesak di lorong Exit)

memang hampeh, tak sabar betul diorang nih

cadangan : Letak polis trafik di lorong kecemasan. Saman kereta yang memotong lorong kecemasan. Tiada kompromi termasuk kenderaan kerabat, menteri mahupun tokey balak. Sekurang-kurangnya deploy polis trafik di setiap exit tol, senang nak tackle kereta-kereta berkelakuan sumbang ni.

3. Memontong dekat dengan plaza tol. Ni memang "moron" habis. Dekat plaza pun nak menyelit potong "que". Sumbang sungguh kelakuan mereka.

cadangan : Agaknya dekat plaza tol pun kena letak polis trafik.


itu dia lorong kecemasan, kut-kut ada yang tak paham lagik

Apapun, kita kena lebih berhati-hati bila memandu di lebuhraya. Tambah lagi baru-baru ini sudah ada 3 kes yang dilaporkan di surat khabar akibat kemalangan yang membabitkan kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya. Di sini aku rumuskan kejadian-kejadian tersebut :

1. 5 Feb, Jumaat - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu.

2. 8 Feb, Isnin - Enam orang dalam sebuah kereta rentung dalam satu kemalangan di KM252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala Selatan dekat sini pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Menurut jurucakap polis, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.

3. 9 Feb, Selasa - Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 207.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting pada Selasa.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth, dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakan di tepi lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan.

Satu pesanan dari aku (malah dah berbuih dipesan dalam iklan-iklan dan kempen keselamatan), kalau berhenti di lorong kecemasan, atau di mana-mana sekalipun gunakanlah segitiga reflektor sebagai amaran kepada pemandu-pemandu lain. Sekurangnya kita boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.


semua kenderaan patut ada satu benda nih

P/S : Semoga perjalanan pulang ke kampung hujung minggu ini bebas dari kejadian yang tidak diingini. Kalau boleh jangan la sesakkan jalan, Kalau semua bawa kereta ikut kelajuan, mungkin tiada masalah. Dan jangan road hog..kalau nak bawak 60km/j, baik ikut jalan lama je lah!

Oh ya, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut. Gong Xi Fa Chai!! Angpau tarak ka? hehe angpau Nuffnang pun belum dapat-dapat lagi :P

Monday, February 8, 2010

Only the ones with great minds can read this

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it


Eonverye taht can raed tihs rsaie yuor hnad.



FTN : Sekali-sekala release tension. Haha

Tuesday, February 2, 2010

Di Luar Kotak #3 - Lagi-lagi Facebook

Facebook. Lagi-lagi Facebook. Boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Bukan setakat remaja, mak bapak remaja pun sudah ada akaun Facebook. Facebook juga merupakan salah satu medium promosi yang paling efektif. Tidak kira menjual produk, mempromosi syarikat, menghebahkan tentang acara/konsert, buat parti liar pun ada. Pendek kata, macam-macam boleh dilakukan di Facebook. Main game merepek-repek pun di Facebook (aku pun pada mulanya terpengaruh, tapi sudah muak).

Pada aku, tujuan membuka akaun Facebook pada mulanya sama seperti alasan aku membuka akaun Friendster dalam tahun 2003 lalu. Untuk keep in touch dengan kawan-kawan sekolah. Jadi, aku pun membuka akaun Facebook (kalau tak silap 2 tahun lalu). Terbukti Facebook lebih hebat dari Friendster. Bukan setakat kawan-kawan di universiti, sampai ke zaman sekolah rendah pun dapat jejak kasih.

Tetapi, sejak timbul berita mengenai Facebook tak kira dari luar negara mahupun di Malaysia, aku sudah mula risau dengan "kehebatan" Facebook ini. Contoh paling terbaru, kisah "Hate Pages" atau group benci artis ataupun sipulan-sipulan. Tak apa, nanti aku ulas mengenai fenomena ini di entry seterusnya.

Apa-apa pun, aku nak senaraikan serba-sedikit perkara yang aku tak suka mengenai Facebook.

1. User tidak diberi penerangan jelas mengenai privacy setting ketika membuka akaun Facebook.

You hereby grant Facebook an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license (with the right to sublicense) to (a) use, copy, publish, stream, store, retain, publicly perform or display, transmit, scan, reformat, modify, edit, frame, translate, excerpt, adapt, create derivative works and distribute (through multiple tiers), any User Content you (i) Post on or in connection with the Facebook Service or the promotion thereof subject only to your privacy settings or (ii) enable a user to Post, including by offering a Share Link on your website and (b) to use your name, likeness and image for any purpose, including commercial or advertising, each of (a) and (b) on or in connection with the Facebook Service or the promotion thereof.

bermakna, segala maklumat yang terdapat dalam akaun korang boleh diguna oleh Facebook untuk tujuan komersil dan pengiklanan. Bayangkan gambar-gambar peribadi korang digunakan untuk iklan di US misalnya. Kepada yang lebih "daring", bayangkan gambar-gambar seksi clubbing korang tu digunakan untuk iklan "murahan" di US? Silap-silap, iklan ubat kuat terpampang wajah korang..melompat tak? Ini mungkin terlalu umum, tapi tidak mustahil berlaku kan?

info : TOS ini mungkin sudah berubah, tetapi harus diingat, tidak kita Facebook atau apa-apa site sekalipun, apa yang korang "upload" ke web boleh diguna pakai oleh sesiapa saja. Pastikan kita berfikir dulu kandungan yang hendak di "upload".

2. Aku tak suka orang "tag" gambar yang tiada kaitan lansung dengan aku. Mula-mula mungkin kelakar, tapi kalau melebih sangat pun jadi menyampah. Terpaksa aku remove semua tag sebab rimas.

3. Ini ada kaitan dengan no.1, bila maklumat peribadi kita semuanya nak dipaparkan. Secara "detail" pula. Tarikh lahir, no. telefon, alamat rumah, tempat kerja, nama semua ahli keluarga pun nak bagitau satu dunia. Kena ingat, Facebook ini bukan setakat access di Malaysia saja, seluruh dunia boleh tahu maklumat peribadi kita. Banyak kes yang boleh dikaitkan dengan isu ini.

Contoh 1: Kes pekerja dipecat akibat status Facebook. Lain kali kalau ada masalah di pejabat, tak perlu lah "announce" di Facebook. Apatah lagi kalau ada melibatkan nama individu seperti Bos anda. Dengan bijaknya dia menulis nama tempat kerjanya dengan jelas di dalam maklumat peribadi. Jadi, bila kantoi kena pecatlah jawabnya.

Contoh 2: Kes cerai akibat main kayu tiga di Facebook. Boleh rujuk entry sebelum ini.

Apapun, berhati-hatilah dengan kebebasan internet. Tidak kira Facebook, Friendster dan lain-lain, semuanya perlu berwaspada bila berinteraksi tanpa sempadan. Sekali-sekala berfikir tentang akibatnya, menakutkan juga. Sekali tersilap langkah buruk padahnya.


Apa yang aku merepek tentang Facebook ni? Mungkin belum sampai idea blogging bulan Februari lagi..hehe

Friday, January 8, 2010

FTN Blogs : Di Luar Kotak #1 - Iklan "Ubat Kuat"

Di luar kotak #1 - Blog Popular mesti ada iklan ubat kuat

Sempena dengan tahun baru 2010, aku ingin membuat satu pembaharuan untuk blog FTN ini. Di samping layout yang baru (akan datang), aku ingin memulakan satu topik iaitu "Di Luar Kotak". Sekadar untuk menyelitkan pandangan FTN mengenai sesuatu topik disamping ulasan berita seperti biasa. Jadi kali ini kita mulakan dengan pendapat FTN di luar kotak; edisi pertama.

Aku kagum dengan kebolehan ramai blogger hebat di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan beribu ringgit melalui blog, malah ada yang sudah menjadikan blogging sebagai kerja utama mereka. Dengan kata lain, duduk di sofa rumah setiap hari dan masih mampu mendapat 'gaji' seperti orang yang bekerja di pejabat.

Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah, kebanyakan high traffic blogs ini ada satu persamaan. Cuba perhatikan di sidebar blog mereka. Lihat iklan-iklan yang dipaparkan. Sudah pasti mereka memasang Nuffnang (kalau tidak bagaimana nak menjana duit kan?) Cuba lihat lagi. Perasan tak iklan-iklan yang terdapat gambar perempuan seksi, gambar berpelukan, serta perkataan yang berkait dengan seks.

Takkan sebab duit, kita sanggup mengiklankan produk-produk begini? Bahaya juga, sebab mengiklankan produk yang belum tentu keselamatannya.

Pagi tadi baru saja TV3 menyiarkan berita mengenai satu produk Kopi yang mencampurkan Viagra kedalam ramuannya secara haram. Produk kopi itu jika diambil tanpa sukatan yang betul, boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.

Jadi kalau kita mengiklankan produk yang boleh menjejaskan kesihatan, adakah kita dikira bersubahat? Kalau menjual dadah adalah satu kesalahan, bagaimana kalau kita mengiklankan ubat (yang mungkin mengandungi dadah)?

Ini pendapat peribadi saja, terpulang kepada pertimbangan masing-masing. Tapi menarik juga kalau boleh mendapat pandangan dari orang lain. Sila tinggalkan komen. Mari kita bertukar pendapat.

Buta akibat UBAT KUAT - Harian Metro

SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

Produk ‘pil buta’ berkenaan yang berselindung di sebalik makanan kesihatan mengandungi herba tongkat ali dan ginseng sebaliknya didapati mengandungi kimia analog yang disahkan boleh membawa maut melalui ujian yang dilakukan Jabatan Kimia.

Difahamkan, syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk terbabit ke seluruh negara termasuk negara jiran berselindung di sebalik produk kesihatan tanpa menyedari pil terbabit mengandungi kimia dipanggil Thiosildenafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Kegiatan terbabit bagaimanapun dibongkar selepas operasi besar-besaran dilakukan serentak di seluruh negara oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.

Sumber penguat kuasa farmasi berkata, serbuan awal dilakukan di ibu pejabat syarikat jualan langsung terbabit di Shah Alam bagi mengesan penjualan produk beracun berkenaan.

Cerita lama : Produk Kopi Goji dirampas. Didapati terdapat campuran "Sildenafil" atau Viagra

Cerita baru seperti yang dilaporkan TV3 : Rahsia Kopi RM20

Related Posts with Thumbnails