Wednesday, February 10, 2010

ROAD TIPS : Elakkan kesesakan pada Tahun Baru Cina

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang. Taklah panjang sangat, tapi cukup panjang untuk kita pulang ke kampung dan menikmati masa bersama keluarga. Apatah lagi bila kerajaan mengumumkan 17 syarikat konsesi lebuhraya memberi diskaun kepada pengguna sempena Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Walaupun kadar diskaun itu hanya diberikan untuk tempoh 11.30malam hingga 4.30pagi, namun boleh dijangka kesesakan yang ekstrem akan berlaku bermula Jumaat ini. Apatah lagi diramalkan ramai dari Singapura akan menuju ke utara untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di Malaysia.

ni dah kira "standard"


Tapi mengapa kesesakan boleh berlaku? Lebuhraya di Malaysia ada sekurangnya-kurangnya 2 laluan sehala (3 laluan sehingga Slim River dari Selatan), dan had laju di lebuh raya adalah 110km/j. Sekiranya semua kereta bergerak pada waktu yang sama, kenapa berlaku kesesakan?

Pada aku mudah saja. Kesesakan berlaku akibat sikap sesetengah orang yang "selfish" dan tamak. Mereka ini beranggapan lebuhraya milik keluarga mereka. Tambahan lagi bila mereka ini biasanya menggunakan kereta berkuasa tinggi, mahal dan berjenama. Dari pengamatan aku, kebanyakannya Merc, BMW yang beraksi sumbang di lebuhraya. Ini termasuk juga kereta dari seberang. Apa yang mereka ini buat?

1. Memandu laju, biasanya lebih 130km/j dan gatal sangat nak "high beam" dari jauh lagi. Masalah timbul apabila kereta yang di depan merasa panik dan ingin terus masuk ke laluan kiri. Di sini boleh menjadi punca berlaku kemalangan.

cadangan : Saman saja semua kereta yang memandu lebih 130km/j. Tak kira kerabat, menteri mahupun tokey balak. Mungkin dengan adanya TRUCAM baru polis trafik boleh bekerja dengan lebih efisyen lagi. Harapnya bukan sembang kosong saja.

2. Memandu laju, tetapi di sebelah lorong kecemasan. Ini pun satu tabiat sumbang. Tak tahu siapa yang mengasas teknik pemanduan sebegini. Tapi amat menyusahkan, terutamanya bila lorong kecemasan tu sendiri sesak dan mengganggu kenderaan yang nak keluar dari lebuhraya (sesak di lorong Exit)

memang hampeh, tak sabar betul diorang nih

cadangan : Letak polis trafik di lorong kecemasan. Saman kereta yang memotong lorong kecemasan. Tiada kompromi termasuk kenderaan kerabat, menteri mahupun tokey balak. Sekurang-kurangnya deploy polis trafik di setiap exit tol, senang nak tackle kereta-kereta berkelakuan sumbang ni.

3. Memontong dekat dengan plaza tol. Ni memang "moron" habis. Dekat plaza pun nak menyelit potong "que". Sumbang sungguh kelakuan mereka.

cadangan : Agaknya dekat plaza tol pun kena letak polis trafik.


itu dia lorong kecemasan, kut-kut ada yang tak paham lagik

Apapun, kita kena lebih berhati-hati bila memandu di lebuhraya. Tambah lagi baru-baru ini sudah ada 3 kes yang dilaporkan di surat khabar akibat kemalangan yang membabitkan kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya. Di sini aku rumuskan kejadian-kejadian tersebut :

1. 5 Feb, Jumaat - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu.

2. 8 Feb, Isnin - Enam orang dalam sebuah kereta rentung dalam satu kemalangan di KM252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala Selatan dekat sini pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Menurut jurucakap polis, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.

3. 9 Feb, Selasa - Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 207.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting pada Selasa.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth, dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakan di tepi lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan.

Satu pesanan dari aku (malah dah berbuih dipesan dalam iklan-iklan dan kempen keselamatan), kalau berhenti di lorong kecemasan, atau di mana-mana sekalipun gunakanlah segitiga reflektor sebagai amaran kepada pemandu-pemandu lain. Sekurangnya kita boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.


semua kenderaan patut ada satu benda nih

P/S : Semoga perjalanan pulang ke kampung hujung minggu ini bebas dari kejadian yang tidak diingini. Kalau boleh jangan la sesakkan jalan, Kalau semua bawa kereta ikut kelajuan, mungkin tiada masalah. Dan jangan road hog..kalau nak bawak 60km/j, baik ikut jalan lama je lah!

Oh ya, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut. Gong Xi Fa Chai!! Angpau tarak ka? hehe angpau Nuffnang pun belum dapat-dapat lagi :P

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails