Showing posts with label Ramadan Al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadan Al-Mubarak. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Entri Selepas Sahur : Kuih Wajib Bulan Puasa

Cerita tentang kuih waktu dah Azan Subuh. Nice

Sebelum ini aku ada mention nak cerita juadah berbuka kegemaran aku. Nafsu makan aku dah berkurangan sejak berkahwin. Kalau masa bujang dulu, memang melantak tak tentu fasal. Ending up membazir makanan yang beli kat param (pasar ramadhan) tu. Kalau dulu, segala ayam percik, roti jon, kebab dan etc semua nak beli. Kelakar juga bila ingat balik zaman-zaman itu. Kononnya beli banyak waktu berbuka nak buat bersahur sekali, tapi bila sampai waktu sahur dah tak lalu pula tengok lauk/kuih berbuka.

Jadi sejak dua menjak ini, aku lebih mengawal nafsu membeli. Tapi setiap tahun, kuih yang menjadi pilihan aku adalah "Tepung Pelita". Kuih ini aku boleh makan setiap kali waktu berbuka tanpa jemu. Pernah dua tahun lepas, setiap kali bila berbuka di rumah (kalau tak ada jemputan berbuka luar) aku pasti beli kuih tepung pelita dari satu gerai favourite aku. Tak cari kat gerai lain woo.

Photobucket

Tahun ini pun, tujuan aku ke param adalah satu. Untuk cari kuih tepung pelita. Kuih feberet sepanjang zaman aku. Gambar ini pun diambil sebelum berbuka 1 Ramadhan kelmarin. Hampir-hampir sold out, dan aku nyaris hampa. Biasanya jual 5 RM2. Dan kebiasaannya aku sentap 4 dan 1 untuk wife aku. Tapi kalau tersalah pilih gerai mesti si penjual tu konfius walaupun dia cakap tepung pelita, tetapi actually it's kuih tako, yang berisi sengkuang tu. Dan kekecewaan terasa bila situasi ini berlaku.

Photobucket

Kuih keria pula idaman wife aku. Tapi aku pun makan juga (semua pun aku makan!). Cuma sukar nak mencari gerai yang jual kuih keria yang mantap. Ada yang gula terlebih, ada yang keras sangat, ada yang besar sangat pun ada. Nak buat misi mencari gerai yang best, malangnya masa tak mengizinkan. Mungkin waktu weekend je boleh cari param yang besar-besar macam dekat Stadium Shah Alam tu.

Korang pula suka kuih macam mana waktu berbuka?

Mencari Niat Puasa Ramadhan



Alhamdulillah, hari ini sudah 2 Ramadhan 1431. Bagaimana dengan puasa semalam? Semoga semua berjalan lancar, terutamanya kepada bakal ibu yang mengandung, pasti cabarannya agak besar. Apa pun, sekiranya masih ada yang tercari-cari niat puasa ramadhan dan doa ketika berbuka puasa aku tempelkan di sini sebagai rujukan. Walaupun ia patut diketahui semua, tapi masih ada yang google "Niat Puasa" dan tersinggah ke blog aku ini (merujuk pada keywords). Jadi untuk tidak menghampakan mereka yang mencari (dan tak sengaja sampai ke sini), aku tempelkan untuk kebaikan kita semua. Manalah tau ada hamba Allah yang terlupa, bila baca balik di sini dapatlah dia perbetulkan bacaan niatnya.

2 Ramadhan 1431 | Waktu Berbuka Bagi Zon 1 : Petaling Jaya, Shah Alam = 7.28pm

p/s : Alhamdulillah, rezeki Ramadhan dari Nuffnang

Thursday, August 12, 2010

Korek Hidung Tak Batal Puasa, Tapi....

Photobucket
Agak-agak juga la brader



Kalau gaya korek hidung lepas tu makan macam pakcik Joachim Lowe ini, dah kira menjamah tahi hidung. Rasanya sudah tiada kompromi lagi. Sumpah geli.

Tetapi kepada kawan-kawan yang masih musykil lagi, mengorek hidung atau telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukanlah saluran makanan dan tiada benda fizikal yang masuk ke dalam perut. Walaupun begitu, koreklah hidung dengan berhemah, tak perlu terlalu syok sampai muka pun stim. Lebih baik kalau dapat mengelakkan diri daripada mengorek hidung di siang hari. Kan elok gitu.

+ + + + + + +

Rujukan :

Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga/hidung atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: ibnuinsanhttp://www.islamonline.net ]

kalau salah tolong betulkan ya.

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Wednesday, August 11, 2010

Sepanjang Bulan Ramadhan Ini

Entri blog yang bakal menjadi taruhan para bloggers bulan ini terdiri daripada :

1. Entri Hangit dengan kemunculan gambar-gambar makanan dan minuman yang melazatkan walaupun tajuk lansung tiada kaitan.

2. Entri mengenai suasana Bazaar Ramadhan di kawasan masing-masing, yang minat fotografi mesti banyak gila gambar. Especially yang duduk di area KL, dan Shah Alam. Bazaar Ramadhan kat sana kat happening dan banyak gerai.

3. Entri wajib - juadah berbuka hari-hari. Macam-macam kuih akan muncul. Dan aku pun bakal menggunakan pendekatan ini untuk update blog kut. Haha, don't worry aku hanya makan 1 satu jenis kuih sepanjang bulan Ramadhan dahulu. Sebab itu favourite. Cuba teka kuih apa..

4. Entri pengalaman berpuasal.Paling banyak cerita waktu kecil. Walaupun macam dah tulis tahun sebelumnya, mesti ada yang akan tulis lagi benda yang sama tahun ini. Versi 2010 barangkali. Kalau dulu sekadar tulis, kali ini mungkin dengan imej bergambar dan video..hehe

Haa, itu la kut barangkali favourite theme yang menjadi pilihan para bloggers di musim puasa ini. At least ada juga idea nak update blog nanti. Tunggulah kalau aku dapat singgah bazar ramadhan petang ini, pasti ada entri tentang kuih kegemaran aku nanti.


1 Ramadhan 1431 : Waktu Berbuka bagi Zon 1 : Petaling Jaya/Shah Alam = 7.28pm


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Selamat Berpuasa Semua!

Lord Of Ramadan - CoTu (Companionsof True Unity)
Lagu kegemaran sejak berpuasa di perantauan dulu

Sempena Ramadhan al-Mubarak yang bermula esok, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang aku menulis blog ini, komen-komen sepanjang aku melawat blog kawan-kawan, mungkin ada yang tersinggung sampai tak nak melawat blog aku lagi.

Di harap dapat di maafkan, dan aku maafkan semua sekiranya ada sebaliknya. Harap-harap dapat menyempurnakan ibadat puasa dengan sempurna, serta ibadat solat sunat tarawih.

Blog ini akan mungkin akan menjadi kurang aktif sepanjang bulan ini, kerana aku khuatir tiada masa untuk mengemaskini nanti.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails