Showing posts with label Iklan. Show all posts

Thursday, May 12, 2011
Wednesday, November 17, 2010
Bukan Pengumuman Raya
Gimik tetap gimik. Tapi yang kelakar tetap kelakar bagi aku. Confident itu penting, tapi kalau terlalu over dah semacam jadinya. Tapi tak mengapa, aku nak share satu lagi gimik dari seorang usahawan berjaya ini. Mungkin dah selalu sangat tengok wajah "still pictures" dalam Harian Metro. Kali ini tengok video pulak.
Selamat mengumpul RM40,000,000.00!
Monday, August 9, 2010
Monday, July 5, 2010
Iklan AXE Effect Yang Geli Geleman (Geli Mat..Geli Mat)
Macam-macam jenis iklan/adverts ada di kaca televisyen. Kadang-kadang aku tak faham kaitan iklan dengan produk terbabit. Sejauh mana kebenarannya, memang tak boleh nak buktikan. Sekarang ni musim iklan produk AXE. Siri iklan AXE Effect sedang ditayangkan di TV. Sebenarnya ia sebuah iklan produk deodorant. Tetapi apakah aku akan jadi sehebat lelaki-lelaki dalam iklan tersebut? Gunakan deodorant AXE di ketiak masam, dan tunggu saja awek-awek hot and spicy datang memberi nombor telefon pada kita. Mungkin kesannya bergantung kepada paras rupa, dan kadar bau ketiak masing-masing. Haha
Apa pun, ini ada satu lagi versi iklan AXE Effect, tapi tidak ditayangkan di negara kita. Kalau tak silap ini versi Italy. Cilakak lawak ah perang dua jejaka ini. Tengok sajalah.

Monday, May 10, 2010
Iklan Jawatan Kosong : Hantu Part Time
Maskot : Hantu Hip Hop Gunung Raya
Kepada semua yang ingin mencari pendapatan lebih, atau kurang berpuas hati dengan earnings dari Nuffnang anda, bolehlah cuba memohon pekerjaan sebagai Hantu sambilan, atau dengan kata lain "Professional Scarers". Sila rujuk maklumat lanjut di dalam iklan dibawah. Ini bukan dugaan, ini betul-betul tau. Jadi jika anda mempunyai salah satu kriteria berikut :
1. Perangai macam Hantu
2. Boleh mengilai macam Pontianak (bukan bogel macam pontianak)
3. Mampu buat memek muka macam Zombie
4. Gagah seperti Terminator (terminator???)
Cubalah nasib. Tapi kena pergi interview dulu ya. Pastikan anda make up sehabis baik. Mana tahu karier anda sebenarnya bukan seorang Jurutera, ataupun Designer. Tetapi seorang "Professional Scarer!"
SOURCE : mailbox aku
Bertanya di FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog! Jangan tanya iklan kerja!
Tuesday, March 23, 2010
Kalau Tak Pandai Loghat, Baik Cakap Biasa Saja
"Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,Seminggu dua ni selalu dengar iklan yang menggunakan lagu dikir barat popular ini sebagai lagu latar. Untuk mempromosikan acara yang bakal diadakan di negeri Kelantan Darul Naim.
kudung ekor perok lapar, jale cari make,"
Tapi yang paling haru sekali bila muncul dua watak/selebriti yang sering muncul di TV cuba berbual dalam loghat Kelantan. Aduh sangat tak kena. Nampak sangat "palsu". Pelik pun ada..haha
Mesti korang semua tahu iklan yang mana satu kan?
Sunday, February 21, 2010
Bila aku nak mampu cecah 100?
Sejak menyertai gengblogger, trafik blog ini makin meningkat. Walaupun peningkatan itu tak ketara. Namun peningkatan itu tetap ada. Tapi aku masih gagal melepasi angka 100 unique visitors sehari. Kenapa payah sangat ye? Puas dah mencari formula yang bagus. Angka 90 pun masih belum tercapai.
Walaupun aku seronok Everton menang 3-1 dengan ehem2 lu pikir la sendiri, namun kegembiraan mungkin lebih berganda jika aku berjaya mencapai matlamat angka 100 tu.
Kawan-kawan ada formula tak? Puas dah blogwalking, blogjogging, bloghopping, blogmerankak, blogmelompat, blogntah ape2 lagi semua dah cuba. Siap baca entry dan komen sekali tau. Bukan takat bukak pastu blah je..hehe
Itu saja untuk malam ini.
Sekian dari bilik berita.
P/S : gambar dari Google.com
Thursday, February 11, 2010
Ke Blog atau Tidak Ke Blog
Jangan keliru. Tajuk itu adalah direct translation dari "To Blog or Not To Blog"
Apakah tujuan kita blogging? Duit semata-mata? Kepuasan diri? Lepaskan stress belajar atau bekerja? Atau sekadar hobi? Tak lupa juga yang bergantung kepada blogging sebagai sumber pendapatan utama.
Walau apa sekalipun niat kita, gunakanlah platform blogging untuk kebaikan. Aku sendiri sudah blogging sejak 2004. Walaupun blog itu sudah tidak lagi aktif, ia lebih kepada "stress outburst" aku ketika zaman belajar dulu. Rasanya ketika itu aku lansung tidak tahu tentang blogmoney, mungkin tidak wujud lagi ketika itu.
Apa yang nak aku tekankan di sini, nampaknya kewujudan Nuffnang, Adverlerts, Chitika, Adsense dan lain-lain membuka peluang kepada semua orang untuk menjana pendapatan. Jangan terkejut kalau budak-budak sekolah pun sudah tak perlu minta wang saku dari ibu bapa kerana boleh dapat berganda-ganda dari blogmoney. Mungkin dah tak thrill minta wang dari ibu bapa macam dulu-dulu. Teringat nak beli burger BigMac pun menggigil nak minta wang. Sekarang mungkin tidak lagi. Jangankan burger, PSP, PS3, malah DSLR pun celah gigi je bayar.
Terus-terang aku katakan di sini, blog ini wujud atas sifat ingin tahu aku. Nuffnang aku sudah daftar lebih awal dari blog ini. Cuma aku lansung tidak tahu tentang selok belok blogging sehinggalah menonton Projek Alpha Nuffnang. Cerita-cerita dari BeautifulNara, RedMummy, Kennysia dan lain-lain memang mengujakan aku. Awalnya di akaun Nuffnang aku cuma ada 0.20sen beberapa bulan. Walaupun aku belum ada peluang merasakan cek betul-betul dari Nuffnang, tapi aku sudah faham konsep blogmoney.
Aku bukan pro-blogger, bukan heavy nuffnanger, bukan earn master. Aku rasa nak letak tips-tips blogging pun, mostly semua sudah tahu. Dan kebanyakannya copy/paste dari unsur yang sama.
Jadi mari blog dengan berhemat, elakkan posting "kontroversi".Aku nak tengok berapa lama yang akan aku perlu untuk mendapat 1st check dari Nuffnang.. hehe
Gambar dikutip dari Google dan hakmilik sepenuhnya pemilik gambar tersebut. Harap Maklum

duit ni dari ATM machine kut

dulu aku stress tapi takde la sampai baling laptop
Apa yang nak aku tekankan di sini, nampaknya kewujudan Nuffnang, Adverlerts, Chitika, Adsense dan lain-lain membuka peluang kepada semua orang untuk menjana pendapatan. Jangan terkejut kalau budak-budak sekolah pun sudah tak perlu minta wang saku dari ibu bapa kerana boleh dapat berganda-ganda dari blogmoney. Mungkin dah tak thrill minta wang dari ibu bapa macam dulu-dulu. Teringat nak beli burger BigMac pun menggigil nak minta wang. Sekarang mungkin tidak lagi. Jangankan burger, PSP, PS3, malah DSLR pun celah gigi je bayar.
sedang mencuba nuffnang
Terus-terang aku katakan di sini, blog ini wujud atas sifat ingin tahu aku. Nuffnang aku sudah daftar lebih awal dari blog ini. Cuma aku lansung tidak tahu tentang selok belok blogging sehinggalah menonton Projek Alpha Nuffnang. Cerita-cerita dari BeautifulNara, RedMummy, Kennysia dan lain-lain memang mengujakan aku. Awalnya di akaun Nuffnang aku cuma ada 0.20sen beberapa bulan. Walaupun aku belum ada peluang merasakan cek betul-betul dari Nuffnang, tapi aku sudah faham konsep blogmoney.
Aku bukan pro-blogger, bukan heavy nuffnanger, bukan earn master. Aku rasa nak letak tips-tips blogging pun, mostly semua sudah tahu. Dan kebanyakannya copy/paste dari unsur yang sama.
agaknya mampu ke capai macam ni?
Jadi mari blog dengan berhemat, elakkan posting "kontroversi".Aku nak tengok berapa lama yang akan aku perlu untuk mendapat 1st check dari Nuffnang.. hehe
Gambar dikutip dari Google dan hakmilik sepenuhnya pemilik gambar tersebut. Harap Maklum
Friday, January 8, 2010
FTN Blogs : Di Luar Kotak #1 - Iklan "Ubat Kuat"
Di luar kotak #1 - Blog Popular mesti ada iklan ubat kuat
Sempena dengan tahun baru 2010, aku ingin membuat satu pembaharuan untuk blog FTN ini. Di samping layout yang baru (akan datang), aku ingin memulakan satu topik iaitu "Di Luar Kotak". Sekadar untuk menyelitkan pandangan FTN mengenai sesuatu topik disamping ulasan berita seperti biasa. Jadi kali ini kita mulakan dengan pendapat FTN di luar kotak; edisi pertama.
Aku kagum dengan kebolehan ramai blogger hebat di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan beribu ringgit melalui blog, malah ada yang sudah menjadikan blogging sebagai kerja utama mereka. Dengan kata lain, duduk di sofa rumah setiap hari dan masih mampu mendapat 'gaji' seperti orang yang bekerja di pejabat.
Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah, kebanyakan high traffic blogs ini ada satu persamaan. Cuba perhatikan di sidebar blog mereka. Lihat iklan-iklan yang dipaparkan. Sudah pasti mereka memasang Nuffnang (kalau tidak bagaimana nak menjana duit kan?) Cuba lihat lagi. Perasan tak iklan-iklan yang terdapat gambar perempuan seksi, gambar berpelukan, serta perkataan yang berkait dengan seks.
Takkan sebab duit, kita sanggup mengiklankan produk-produk begini? Bahaya juga, sebab mengiklankan produk yang belum tentu keselamatannya.
Pagi tadi baru saja TV3 menyiarkan berita mengenai satu produk Kopi yang mencampurkan Viagra kedalam ramuannya secara haram. Produk kopi itu jika diambil tanpa sukatan yang betul, boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.
Jadi kalau kita mengiklankan produk yang boleh menjejaskan kesihatan, adakah kita dikira bersubahat? Kalau menjual dadah adalah satu kesalahan, bagaimana kalau kita mengiklankan ubat (yang mungkin mengandungi dadah)?
Ini pendapat peribadi saja, terpulang kepada pertimbangan masing-masing. Tapi menarik juga kalau boleh mendapat pandangan dari orang lain. Sila tinggalkan komen. Mari kita bertukar pendapat.
Cerita lama : Produk Kopi Goji dirampas. Didapati terdapat campuran "Sildenafil" atau Viagra
Cerita baru seperti yang dilaporkan TV3 : Rahsia Kopi RM20

Buta akibat UBAT KUAT - Harian Metro
SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Produk ‘pil buta’ berkenaan yang berselindung di sebalik makanan kesihatan mengandungi herba tongkat ali dan ginseng sebaliknya didapati mengandungi kimia analog yang disahkan boleh membawa maut melalui ujian yang dilakukan Jabatan Kimia.
Difahamkan, syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk terbabit ke seluruh negara termasuk negara jiran berselindung di sebalik produk kesihatan tanpa menyedari pil terbabit mengandungi kimia dipanggil Thiosildenafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.
Kegiatan terbabit bagaimanapun dibongkar selepas operasi besar-besaran dilakukan serentak di seluruh negara oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.
Sumber penguat kuasa farmasi berkata, serbuan awal dilakukan di ibu pejabat syarikat jualan langsung terbabit di Shah Alam bagi mengesan penjualan produk beracun berkenaan.