Showing posts with label From The News. Show all posts
Showing posts with label From The News. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Layout Baru Blog : Pendapat Anda?

Salam semua! Di hari Jumaat yang mulia ini. Korang perasan tak? Takkan tak perasan kut? Akhirnya aku ambil keputusan tekad menukar layout blog. Walaupun guna yang sedia ada di web (ye aku tak sepandai dulu tentang HTML codings), aku puas hati dan rasa seronok nak tulis di blog. Sebab dah berwajah baru, awal-awal seronok lah kan? Sama macam beli handphone..lama-lama bosan juga. Haha.

Ok, atas maklum balas dari rakan-rakan blogger macam Jard, Mat Joe dan lain-lain aku membuat keputusan untuk revert kembali guna comment system yang sedia ada di blogspot. Sepatutnya lebih pantas dari disqus (kalau korang tak komen siapp!)

layout lama FTN

Selain remove disqus, aku sudah ubah shoutbox guna script hide/un-hide kat tepi untuk kurangkan serabut di sidebar. Selain itu, lighter blog header..aku guna transparent gif, jadi saiznya amat kecil sekali. Sepatutnya loading time kurang sedikit (nasihat dari kak jie). 

Jadi bagaimana pendapat korang? Sesuai tak?


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, May 27, 2010

Bagaimana Nak Cari Jodoh Di Google?


Rentetan dari entri semalam, aku cuba membongkar rahsia google suggest lagi kali ini. Walaupun aku sedar ia bukanlah rahsia pun. Kalau semalam aku play-play (bukan foul play) dengan "kenapa", pagi ini aku cuba "bagaimana". Keputusan yang dijangka.

Agaknya zaman ini, kita terlalu bergantung kepada Google sebagai panduan. Paling hit sudah tentu seperti yang dipaparkan. Itu normal pada aku (untuk yang berkahwin) Heh. Tapi tengok baris kedua.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, bukan google la geng!! Tapi kalau itu juga yang dicari, rasanya ini yang akan dijumpai!


FormSpring FTN - Tak kenal maka takkan kenal! Heee

Wednesday, May 26, 2010

Kenapa Aku Tak Boleh Baca Blog Lizarazak.com?

Pagi yang gelap. Betul-betul gelap. Sedang hujan di luar sana. Kalaulah aku kerja di kilang buat tilam, sudah tentu aku pergi ke testing lab..tidur pun best wooo.

Anyway, pagi-pagi sudah "bloody full" betul. "Bakayarou" kalau orang Jepun cakap. Aku baru saja beria-ia nak baca entri gampang di blog Lizarazak. Tapi aku dihampakan oleh ejen jahat di ofis aku yang block website Lizz. WTF (baca=wadefak), apahal pula blog Lizarazak masuk kategori gambling ni?? Why? why?..Tell me whyyyy. Ada kena mengena dengan isu lesen perjudian yang bodoh tu ke?

Lizz, macamana boleh kena detect blog kamu sebagai kategori gambling? Ini satu tuduhan tak berasas. Aku tak pernah pergi gamble kat blog Lizz, walaupun kadang-kadang aku gamble je bagi komen. Ces, tak puas hati betul. Tak pasal-pasal aku digagalkan nak membaca blog yang best. Terpaksa lah aku tunggu sampai balik rumah nak tahu apa kisah entri gampang tu.

Ah, suspen gila. Macam awek-awek budak sekolah menengah yang tertunggu keputusan AF8 hari tu. Tapi semua pun dah tahu yang si Shahir tu menang kan?


Lizz, aku sangat down tak dapat baca dan komen entri gampang tu. Teruja nak tahu isi kandungannya. Nanti balik rumah aku pasti baca. Lepas baca aku pasti tinggalkan komen.

Baca blog Lizz di lizarazak.com ye. Jangan risau, tiada unsur negatif di sana. Cuba network aku je block blog blogger bernama Lizz.. (eceh macam tongue twister pula)

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Sunday, May 23, 2010

Nihongo 101 : Menang Kalah adat Pertandingan!

Konbanwa! こんばんは!また日本語101の時間ですね~ [Nihongo 101 kembali lagi~]
Kali ini bersempena dengan kemenangan Inter Milan dalam perlawanan akhir UEFA Champions League semalam, aku nak introduce 2 perkataan lagi iaitu Menang dan Kalah.

Okay, Menang dalam bahasa Jepun berbunyi "Katsu". Tetapi jangan keliru dengan makanan "Katsu". Bunyi sebutannya sama. Tapi beza pada karakter kanji sahaja. Agak sukar, tapi biasanya kita boleh faham dalam penggunaan ayat.

インターは2-0で勝った
Inter Milan wa 2-0 de katta.
Inter Milan menang dengan 2-0



Kata lawan bagi Menang ialah Kalah. Kalah dalam bahasa Jepun berbunyi "Make'" (sebut Makek). Macam orang kelantan sebut Makan.

私たちの負けです
Watashitachi no make desu.
Kekalahan bagi kami. (mengaku kalah)



Mudah saja kali ini. "Katsu" untuk menang, "Make" untuk kalah.

p/s : Untuk imbas kembali boleh klik Nihongo 101 sebelum ini.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Saturday, May 22, 2010

Rahsia Kejayaan Aku


Sejak kecil lagi (zaman sekolah) ramai bertanya tentang rahsia kejayaan aku. Bila aku dapat tempat pertama masa kelas lukisan dulu, kawan-kawan tanya apa rahsia kejayaan aku. Tapi aku hanya senyum membalas pertanyaan mereka. Bila aku menang main tutup botol waktu rehat pukul 10 pagi pun persoalan yang sama timbul. Ingatkan benda ini akan berhenti bila sudah masuk sekolah menengah.

Tapi aku salah. Ada satu masa tu aku dapat tempat ketiga pertandingan reka laman web nasional dan wartawan akhbar pun tanya soalan yang sama. Apakah rahsia kejayaan? Tapi masa itu aku malu-malu segan dan tak tahu nak menjawab, jadi aku senyum saja sebab jurukamera nak ambil gambar.

Sekarang pun, sejak aku tulis blog From The News yang merapu ini, sekali lagi soalan yang sama timbul. Ada yang bertanyakan soalan, apakah rahsia kejayaan? Aku sendiri tidak pasti kejayaan apa yang dimaksudkan. Aku bukan terkenal, dan tidak membuat duit beribu daripada blogging.

Untuk mengelak soalan yang sama berulang lagi, aku rasa sudah tiba masanya aku dedahkan rahsia kejayaan aku. Aku tak pasti sama ada ia dapat menjawab semua pertanyaan sebelum ini, tapi bagi aku inilah satu-satunya rahsia kejayaan aku.

Monday, May 17, 2010

Lawak Pagi Isnin | Air Haram RM7.00


HARGA MINUMAN ANDA

SEMUA AIR TIN, BOTOL, TEH, KOPI, MILO, NESCAFE
TARIK, TOLAK, AIS, MANIS, TAWAR, BIG, SMALL,
SEDAP, TAK SEDAP RM1.80

KECUALI

AIR HARAM --> RM7.00
ROKOK --> RM7.50
AIS 'O' = RM0.50


p/s : Kalau tak tulis, orang bertanya. Bila dah tulis, kelakar pula bunyinya. Haha

SOURCE : mailbox aku

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog! Tanyalah apa saja!

Monday, February 8, 2010

Takkan Batal guna SMS saja?

Semalam terdapat satu berita mengenai seorang lelaki yang meminta untuk menangguhkan majlis perkahwinannya beberapa hari sebelum tarikh majlis tersebut. Lebih menyedihkan lagi, permintaan itu dilakukan melalui pesanan ringkas SMS sahaja.

Majlis yang sepatutnya meriah itu, bertukar menjadi kenduri doa selamat dan tahlil. Lebih menyedihkan lagi bapa kepada pengantin perempuan hampir pengsan apabila mengetahui berita itu. Majlis tetap diteruskan kerana kad jemputan sudah pun diedarkan.

Teruskan membaca..

Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Blog Pun Badan Binasa


screenshot sebagai bukti
klik untuk imej besar
(credit kepada blogger yang print screen)


Sejak dua hari ini, seorang lagi blogger bakal berdepan dengan masalah apabila salah satu posting dalam blognya menjadi sasaran rakyat Malaysia terutamanya warga Johor. Ini adalah contoh apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber yang tanpa sempadan, apa yang kita catatkan menjadi bacaan jutaan(billion kut) pengguna web di seluruh dunia.

Kebelakangan ini juga terdapat beberapa orang yang sudah didakwa akibat 'kenakalan' di laman web. Lawak ada batasnya, dan ada juga caranya. Apabila melibatkan sensitiviti orang lain, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Fikir-fikirlah sebelum menekan butang post. Sebelum menulis status di Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya. Walau apa pun niat kita, pastikan kita fikir dulu akibatnya. Kalau nak "syok" sendiri, lebih baik tulis diari saja.

Apabila kita bersalah dengan individu, cepat-cepat minta maaf. InsyaAllah diterima kalau kita ikhlas. Tapi apabila kita menghamburkan kata-kata tak sopan terutamanya kepada orang yang sudah tiada, kemudian menimbulkan kemarahan kepada berjuta-juta orang, memohon maaf di blog rasanya tidak cukup. Mungkin mengambil masa untuk semua terima kemaafan kamu. Apatah lagi di saat ini semua masih berkabung dengan kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Kita tengok sajalah tindakan pihak berkuasa seterusnya.

Apapun, berhati-hatilah ketika blogging. Bukan bermakna kita hiprokrit, tapi berbahasalah dengan sopan dan beradab.

to AdukaTaruna whatever your intention is (jadi popular?), get ready to face the music. "Nasi sudah menjadi Bubur!"


Agaknya, lepas ni akan jadi tabiat di kalangan blogger...
1. Tulis posting 'panas'
2. Delete post bila menjadi isu
3. Tulis permohonan maaf
4. Ulang kembali 1-3

Apakata cuba praktikkan...
1. Fikir sebelum post perkara 'panas'
2. Delete sekiranya tidak sesuai...SEBELUM tekan POST!
3. Hidup seperti biasa dengan tenang.
4. Ulang kembali 1-3

Thursday, January 21, 2010

(NEWS) Sistem Barter Zaman Sekarang : Seks untuk Pasir

Rasuah adalah HARAM. Rasuah adalah salah disisi agama. Tak kira agama apa, rasanya perbuatan ini dikutuk dan dikeji dalam setiap ajaran agama. Rasuah ada berjenis-jenis. Tak kiralah sebesar mana jumlahnya, Rasuah Tetap Rasuah!

Zaman sekarang nih, bukan setakat rasuah duit dan harta. Rasuah seks pun sudah berleluasa. Mungkin sudah berlaku sejak dahulu, tapi sekarang lebih terang-terangan.

Lebih sedih lagi kalau melibatkan lebih ramai orang Melayu beragama Islam, berbanding bangsa lain.

Di mana rasional pemikiran kita?

Baca petikan dari Bharian di bawah.

PUTRAJAYA: Setiausaha kerja seorang Exco Selangor dan setiausaha sulit seorang ahli politik adalah antara 34 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri.

Penahanan besar-besaran itu dibuat dalam beberapa siri operasi kelmarin dan semalam hasil risikan, intipan, pemantauan dan pemerhatian sejak April tahun lalu berikutan 410 maklumat awam yang diterima SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata selain dua pegawai ahli politik, turut ditahan 24 kakitangan awam yang sebahagiannya pegawai dan ketua jabatan, lima orang awam dan tiga kakitangan swasta.

Dalam operasi itu, SPRM juga merampas wang tunai kira-kira RM50,000 dan beberapa dokumen.

Beliau mengesahkan pasir yang dicuri itu diseludup ke negara jiran.

Shukri berkata, seorang kakitangan kerajaan sudah didakwa di Ipoh, kelmarin, berhubung kes itu.

Katanya, siasatan mendapati setiap individu terbabit dipercayai menerima sogokan antara RM500 hingga RM50,000 termasuk ada yang mendapat wang secara bulanan dan tiga membabitkan rasuah seks.

Beliau berkata, sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri itu dikatakan membabitkan sogokan lebih RM280,000, selain rasuah seks.

Shukri enggan mendedahkan lima negeri terbabit, tetapi difahamkan kes berkenaan berlaku di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Operasi masih berjalan dan SPRM menjangka akan ada lagi beberapa tangkapan dan saya berharap orang ramai memberi kerjasama.

"Saya tidak ada jumlah (akan ditahan) tetapi dijangka ramai lagilah... ada kemungkinan (pangkat) tinggi lagi, tunggu, sabar dan lihat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, dua daripada 24 kakitangan awam ditahan itu adalah ketua jabatan kerajaan di Selangor.

Shukri juga merujuk kepada ketegangan yang berlaku di Shah Alam, semalam, apabila pegawainya dihalang daripada menahan seorang individu yang bekerja dengan ahli politik.

Semua 34 individu itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

“Rasuah itu untuk memproses permohonan mengeluarkan pasir, mempercepatkan permohonan pengeluaran pasir dan tidak mengambil tindakan ke atas (kegiatan) pasir yang dibawa keluar tanpa permit,” katanya.

Beliau enggan menjelaskan mengenai rasuah seks, tetapi meminta media menunggu sehingga perbicaraan.

Shukri berkata, sebahagian daripada mereka yang ditahan dibebaskan selepas diambil keterangan manakala bakinya masih ditahan untuk disoal siasat.

Terdahulu, di SHAH ALAM, Setiausaha Kerja kepada Exco Selangor ditahan pegawai suruhanjaya itu di pejabat wakil rakyat berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bagi membantu siasatan.

Beliau dibawa sepasukan lima pegawai SPRM diketuai Superintendan Prem Raj Victor ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3.30 petang, diiringi Exco itu dan peguam dilantik kerajaan negeri.

Exco itu yang ditemui mengesahkan pegawai SPRM mengambil tiga dokumen berkaitan profil sebuah syarikat melombong pasir dan dokumen lawatan ke China.

Di IPOH, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM30,000 ke atas pembantu am rendah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ipoh yang mengaku salah menerima suapan RM6,000 untuk kelulusan mengeluarkan pasir Sungai Menora, Mukim Sayong di Kuala Kangsar, Perak.

Noorazhar Azlan, 48, dituduh melakukan perbuatan itu di Dulang Coffee House, Hotel Excelsior di sini, jam 12.15 tengah hari, 15 Januari lalu.

Hakim Tan Hooi Leng dalam keputusannya berkata, tertuduh melakukan kesalahan keji dan boleh memberi kesan bukan saja kepada dirinya, tetapi masyarakat umum.

Bagaimanapun, katanya, individu itu berjaya ditahan dan dibawa ke ibu pejabat suruhanjaya di sini selepas perbincangan lebih sejam dengan peguamnya.

“Justeru, hukuman ini adalah mesej kepada diri kamu (tertuduh) dan juga orang lain," katanya.

SOURCE : Berita Harian

Related Posts with Thumbnails