Showing posts with label Gengblogger. Show all posts
Showing posts with label Gengblogger. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Terbakar Kampung Nampak Asap, Terbakar Hati Siapa Yang Tahu


Dalam gambar ini, ada kelibat aku. Bukan halimunan yer. Ini ketika Gathering Gengblogger tempoh hari. Tapi..

Ariff dengan style topi separa jatuh. Moscow rule..hehe

Dalam gambar ini, tiada kelibat aku..walaupun aku berada di lokasi pada masa yang sama. Apakah aku seorang halimunan?? Oh kekecewaan.. Gambar ini aku pinjam secara suka hati dari blog Joe yang boleh korang kenali dengan membeli Kosmo hari ini.

Seperti kata pepatah, "Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu". (baca sampai angkat tangan kiri beberapa kali paras bahu). Tapi aku tetap bangga tengok usaha Joe, Ariff, Azrul dan rakan-rakan lain berjaya mengumpulkan Gengblogger dengan jayanya. Ini kali pertama tau, aku yakin next event pasti lebih meriah! Bowling jom bowling??!

p/s : relax. aku tak kisah pun. hehe

Monday, July 12, 2010

Gathering Gengblogger : Sambungan Cerita


Sambungan kisah semalam. Gathering Gengblogger. Ini kali ke-2 aku join gathering dengan manusia-manusia yang aku belum pernah jumpa. Kali pertama dekat Rawang anjuran bro Mazidul. Setakat berkenalan dalam alam siber, jadi bila ada gathering macam ini barulah mata bertentang mata. Tapi sebagai manusia yang normal, sifat pemalu amat tegar sekali. Haha

Aku tiba lambat. Terus terang aku ada banyak aktiviti nak kena selesaikan dalam satu hari. Jadi untuk memuaskan hati semua termasuk diri aku sendiri, singgah juga untuk bersua muka. Disebabkan kelewatan itu, mungkin tak semua kenal, sebab aku tak sempat join sessi berkenalan. Yang sempat aku berjumpa dan sembang sikit termasuklah Kak Jie, Ariffshah, Joegrimjoe, Azrul. 2 daripada mereka aku pernah jumpa sebelum ini, manakala Ariffshah dan Joe terlalu mudah untuk dicam dan al-maklumlah, famous..hehe.


Pengalaman Gathering GB aku kali ini dimulakan dengan kisah suspen. Dimana sedikit kekalutan berlaku akibat kemudahan awam yang tidak diselenggara dengan baik di Taman Cabaran Putrajaya. Mungkin Joe, Ariff ingat lagi kejadian tu. Nasib baik ada worker dengan tools yang boleh bantu. Kalau tak mahu pecah satu lagi pintu tandas di situ. Vandalisma! Haha

Aku tak dapat join sampai sharing session. Lepas menjamu selera (nasi goreng, roti sardin, twisties, air teh, laici, epal), dan selesai solat zohor, aku pun beransur pulang. Dan tengok pada laporan geng lain nampaknya sangat meriah. Mesti banyak ilmu yang Ariff, Joe, Kak Jie share dengan semua. Jeles juga, tapi nak buat macamana, tak ada rezeki.

Apapun, adalah sekeping dua gambar aku sempat ambil. Link website aku mungkin tiada dalam list kehadiran. Sebab aku datang lambat kut. Hehe.

Mana boleh lepas peluang ambil gambar dengan Kak Jie & Intan

Sempat juga dengan Ariff (busy dengan Handphone dia..haha)

Semua yang hadir (setakat sessi pagi) - tq to wifey tolong snap

+ + + + + + +

Kepada semua yang hadir, maaf kalau tak sempat berkenalan. Aku agak segan sebab datang lewat, jadi tak sempat memperkenalkan diri. Lepas ni aku akan pastikan sempat datang waktu sessi perkenalan diri.

Saturday, July 10, 2010

Aku Berjaya Singgah ke GB Gathering, Sukses! Sukses!


Ok, so Cut Tari dan Luna Maya sudah jadi suspek kes video terlampau mereka. Hmm memang aku dah agak memang diorang tu buat home video. Cilakak punya Ariel..dia bantai dua-dua sekali. Eh, kenapa aku cerita pasal video terlampau?? Aku nak cerita pasal Gathering Gengblogger lah.

Pertama sekali, aku memang tak dapat nak join sepenuhnya Gathering GB. Pada mulanya aku rasa macam tak dapat nak pergi, tetapi kerana teringin nak jumpa Joe, Ariff, Azrul dan lain-lain secara live, aku cari juga masa nak singgah kejap ke Putrajaya. Belum kira sesat lagi. Haha

Sampai di sana Kak Jie menyambut walaupun tengah bercakap kat handphone.

To be continued..

Kat sini ada jual baju je, Crocs takde tau 

Nak Gi GBgather kat Putrajaya



On the way. Tapi lambat

Wednesday, April 14, 2010

Yang ke-60, Terima Kasih Kerana Sudi Mengikuti FTN!


4 hari aku meninggalkan blog FTN. Update pun sekadar "short update" dan scheduled post. Tak dapat nak serikan blog dengan berita/kisah terkini dan menarik. Tapi tidak mengapa. Itu tidak menjadi isu. Aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi membaca blog FTN, memberikan komen, menjadi followers, blogwalking ke sini dan sebagainya.

Hari ini aku dapati blog aku menerima follower ke-60! Ya baru yang ke-60. Tapi aku suka. Terima kasih kepada Anne Nebulala kerana sudi ikuti blog FTN yang tak seberapa ini. Harap-harap Anne antara follower sejati. Maksudnya follow blog dan terus mengikuti perkembangan FTN :)

Kepada rakan-rakan bloggers, bolehlah kunjungi blog Anne Nebulala. Unik nama blognya kan?


Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Friday, March 26, 2010

Kepada Peminat-peminat GengBlogger Sekalian Alam (UPDATED)


Baru kejap tadi test buka gengblogger.com. Keluar mesej seperti yang tertera kat atas tu. Sikit lagi nampaknya. Lepas ni kita ramai-ramai enjoy kat GB. Harap-harap anasir jahat tak mengacau lagi di sana. Aku pun tak sabar dah nih..Kerana anasir jahat seorang, habis geng blogger lain menjadi mangsa..

TERKINI :

GENGBLOGGER SUDAH KEMBALI LAGI! YEHAA

Thursday, March 4, 2010

Minta Tolong Pro Blogger sekalian..(ini sticky post ye)


Selamat Malam (Faizal Tahir),

Aku dengan rasa rendah diri, ingin memohon pertolongan dari blogger-blogger sekalian. Aku sedang menghadapi masalah dengan template blog. Camne kah caranya untuk remove Disqus punya script? Aku try remove secara manual, tapi lepas hilang pulak link untuk post comment. Dan aku tak reti tang mana, dan apa script yang aku perlu insert dalam html.

Ish ish..camne ye? ada pakar-pakar blogger boleh tolong tak? kalau boleh aku tak mahu tukar template dulu. sebab leceh nak set up widget dan coding semua..

aku bercadang nak tukar Disqus dengan Intense Debate. Apa kata survey...TOLONGG~

Related Posts with Thumbnails