spyshot Persona-R (sumber dari carian google)
Bagi peminat automotif (local scene), model-model baru dari PROTON dan PERODUA memang menjadi bualan hangat. Walaupun dari segi komen di blog-blog online banyak yang negatif mengenai industri automotif di Malaysia, namun saya yakin semangat menyokong produk tempatan tetap ada. (Harap-harap begitulah).
Jadi baru-baru ini, PERODUA sudah pun melancarkan model terbaru Myvi sebagai kesinambungan daripada kejayaan model sebelumnya. Tak perlu nak membanding itu dan ini, kerana in the end ia bergantung kepada minat dan duit poket masing-masing. Lepas Myvi dah launched, tumpuan kembali kepada PROTON yang dikatakan bakal melancarkan model sedan terbaru Persona-R (replacement) awal tahun 2012. Tak lama dah pun.
Details model baru ini masih samar-samar, kecuali perkabaran mengatakan model ini bakal menggunakan enjin Campro Turbocharged 1.6. Tapi ini bukanlah model pertama yang akan menggunakan enjin baru tersebut sebab ia akan diperkenalkan ke pasaran melalui model EXORA Facelift tak lama lagi.
Looking foward to more spyshots and exciting news on the local scene. Kudos to PROTON and PERODUA.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan