Wednesday, September 21, 2011

Sembang Kereta : Myvi Elegance vs Myvi SE vs Myvi Extreme (Rear Bumper Edition)

Lama ku peratikan...err takde la lama sangat. Sebenornye sejak launching Myvi SE 1.5 dan Myvi Exterme 1.5 tempoh hari jer. Ada sesuatu yang menjadi persoalan tentang ketiga-tiga variant Myvi 2011 ni. Mula-mula kita susunkan dulu gambar variant Myvi nih. Cer korang tengok dulu. Yang atas Myvi 2011 1.3L, kendian Myvi SE 1.5L, last skali Myvi Extreme 1.5L.

Photobucket
Myvi 1.3L 2011


Photobucket
Myvi SE 1.5L


Photobucket
Myvi Extreme 1.5L

Okay kawan-kawan. Aku nak fokus kat Rear Bumper Myvi 2011. Aku ada perasan yang bumper baru Myvi ada satu opening kecil dibawah rear reflectornya. Bila dibaca review di blog-blog automotif, design itu memang sengaja dibuat sebagai penambahbaikan kepada model Myvi sebelumnya (yang tak best macam lagi best). Honestly aku kagum sebab Engineer Perodua actually ada consider benda-benda kecil camtu tapi memberi impak pada model baru ni. No wonder review mengatakan handling Myvi 2011 lebih baik daripada yang sebelumnya. Oh korang tak paham apa aku tulis eh? Cer tengok gambar lepas ni. Aku dah highlight area tersebut

Photobucket

Air Vents tu menurut En Paul Tan, adalah untuk mengurangkan tekanan yang terhasil di rear bumper model lama Myvi. Dengan adanya air vent tu, ia secara tidak lansung dapat mengurangkan flapping dan improve handling kereta. Yelah, bumper sebelum ni memang kosong gitu je kan?

Photobucket

Now, kita tengok bumper baru untuk Myvi SE dan Myvi Extreme. Yang kat bawah ni aku fokuskan Myvi SE dulu. Basicly both are the same, cuma Myvi Extreme ada additional rear bumper skirting. Ok, kat sini aku nak bersoal. Harap-harap ada jurutera automotif, atau lebih baik lagi kalau ada jurutera Perodua dapat explain.

Soalan : Kenapa air vent takde pada model SE dan Extreme? Adakah kewujudan rear diffuser tu sudah meet the purpose dan air vent tak diperlukan? Atau design bumper SE & Extreme tak memerlukan air vent? Aku cuma nak tau tu jer. Harap ada yang boleh explain supaya senang aku nak explain kat orang lain. Thanks!

Photobucket
Takde air vent pada SE & Extreme


p/s : ada 3 jenis spoiler berlainan pada Myvi Elegance, Myvi SE dan Myvi Extreme. Personally aku suka spoiler Myvi SE, spoiler pada Extreme terlalu over sket, and kemungkinan besar sekadar untuk tujuan kosmetik je kut. Even iklan di radio pun macam perli produk sendiri je..."Myvi Extreme 1.5L, boleh terbang ke bulan!"

1 feedbacks:

Bintang Eridanus said...

Salam, Aku Rase Air Vent Tu Ade Plus Minus Jugak, Dari Segi Aero Dinamaik Memang Terbaik, Cuba Dari Segi Kotoran Air Jalan @ Lumpur? Serasa Aku, Myvi Elengence Bila Kena Lumpur Rupa Dah Tak Elegence Dah.. Sebab Kotoran Lalu Kat Kawasan Air Vent Tu, Neway Engineer R&D Perodua Memang Terbaik, Aku Harap S.E Aku Keluar Esok..Adoi..Lambatnye Rase...Dah Tak Sabau Dah Ni...Hihihi =P

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails