Showing posts with label Sembang Kereta. Show all posts
Showing posts with label Sembang Kereta. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Sembang Kereta : Proton Exora MC2 2015

New 2015 Proton Exora (pic source : Lowyat.net Forum)
Akhirnya MPV mampu milik paling digemari ramai, Proton Exora kembali dengan Minor Change 2 (MC2) model. Khabarnya akan dilancarkan hari Khamis ini. Yang paling menarik minat ramai ialah Proton Exora 2015 ini ditambah baik dengan ESC (electronic stability control) dan 4 beg udara. 

Kedua ciri penting ini tidak terdapat pada model terdahulu. Lampu kabus juga diganti dengan LED dan terdapat DRL ring pada lampu kabus tersebut. Agak unik di situ kerana pertama kali Proton menggunakan DRL berbentuk bulat. 

Harga belum dapat dipastikan. Saya sendiri telah melihat semalam beberapa buah treler keluar dari kilang proton Shah Alam untuk menghantar Exora baru ini ke showroom di seluruh negara. Apa pun, ini satu perkembangan menarik buat mereka yang sedang mencari MPV untuk keluarga. Apatah lagi sesuai buat mereka yang sedang "membesarkan" keluarga dan ini adalah antara MPV selesa yang mampu dimiliki. Good Luck Proton.

LED fog lamp dengan DRL ring light (pic source : Lowyat.net Forum)

UPDATE :
Info dari sahabat-sahabat mengatakan ia Exora MC2 ini mempunyai spec yang sama dengan Exora GXR Australia, bezanya cuma pada warna baru Luxury Blue & Indiana Grey serta lampu rear combi baru. Aloi rim 10 spoke juga merupakan design baru untuk model ini. Khabarnya 2nd row seat boleh sliding sama seperti Australia spec.

Warna baru Luxury Blue (pic source : Autofreaks)

Tuesday, December 9, 2014

Sembang Kereta : Exora Minor Facelift 2 & Myvi Bumper Baru inkambing soon?

Minggu ni dua kilang buat kereta nasional kat Malaysia ni bikin panas dengan pendedahan projek-projek baru yang akan muncul dalam masa terdekat. Diringkaskan cerita; 

Proton : 

1. Exora Bold free service recall untuk rectify masalah radiator connector yang selalu bocor. 
2. Exora Minor Facelift (MC2) dikhabarkan akan launch awal tahun depan. 
3. Preve Minor Facelift pun dikhabor nak launch awal tahun depan. 
4. Ada pulak spy-shot Exora dengan "baju" ala Nissan X-Gear pulak. Yang ini tak pasti nak launch ke atau saje buang duit buat. 



Perodua : 

1. Myvi Facelift Facelift untuk kali keberapa ntah. Akan muncul pertengahan Januari. 


 Sekian sajalah ringkasan gossip kereta hari ini.

Monday, November 17, 2014

Sembang Kereta : Dah pandu-uji Proton Iriz?

Kali ini Proton Design menang dengan rekaan Iriz yang menawan
(gambar sumber Google)

Proton Iriz baru saja dilancarkan beberapa bulan lepas. Walaupun tak berapa nampak sangat kat atas jalan, tapi berapa ramai dah pergi pandu uji kereta terbaru keluaran Proton ini? Mungkin salah satu sebab ialah harga premium model ini berbanding dengan kompetitornya iaitu Perodua. Walaupun berlainan segmen, Perodua Axia yang dilancarkan dalam bulan yang sama lebih mendapat sambutan. Tetapi bagi mereka yang mementingkan pemanduan yang mantap serta pakej keselamatan yang tinggi, sudah tentu akan memilih Proton Iriz.

So, macamana agaknya feel memandu kereta ini?

Penulis (perasan tulis segmen auto dalam suratkhabar) dah mencuba dua varian kereta ini. Pertama sekali memandu 1.3 (Executive) Manual dan kemudiannya 1.6 (Premium) CVT. Tak perlu ulasan panjang lebar, biar dirumuskan terus.
  • Handling tip-top. No doubt about it. Proton memang champion bab handling ini. Rasanya a whole lot better than Japanese make, but just a bit behind the continental/european big names.
  • Safety diutamakan across all range. Tahniah Proton kerana pertama kali membuat model dengan ciri-ciri keselamatan ABS, EBD, ESC etc untuk kesemua varian. 5 star Asean NCAP, dan tak lama lagi pastinya mendapat Australia NCAP 5 bintang insyaAllah.
  • Kemasan yang semakin baik, gap antara panel much better than all previous model. Fit and finish wajar mendapat pujian. 
  • Entertainment unit berteras android. Kaki program/handphone mesti gatal nak godam dan install macam-macam apps kat sini. 
  • USB charger 2 ketul untuk varian executive & premium. Ini satu yang tak pernah di offer oleh mana-mana manufacturer sebelum ini. Total ada 3 USB slot (1 untuk connect dengan entertainment unit, 2 lagi untuk charge)
  • Seat yang cukuppppp selesa. No complaint about that.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tempat perlu improvement. Sudah pasti, tak akan ada satu kereta yang 100% perfect. So ini antara point yang harap dapat improve in next model
  • NVH is ok. Cruising speed boleh dikatakan senyap. Tapi bila kita push engine untuk overtake akan dengar sikit mengaumnya. Satu lagi NVH dekat area CVT gearbox. Untuk Manual tak ada masalah.
  • Luggage space terhad. Of course kita perlu faham, untuk dapat good interior space (leg room untuk rear passenger) terpaksa korbankan sikit luggage space. But still adequate untuk weekend travelling. 4 biji beg hand-carry size boleh muat.



Ruang dalaman 1.6 Premium CVT
(gambar sumber Google)

Seat yang sangat selesa untuk pemanduan jauh
(gambar sumber Google)

Apa pun, Proton Iriz memang membuka mata banyak pihak dan menunjukkan bahawa Proton mahu kembali menjadi yang terbaik seperti dahulu. Sebab itu pihak pengurusan Proton menganggap model ini sebagai "Game Changer" dan mampu membawa Proton kembali bertaut di hati rakyat. 

Kepada yang belum mencuba Proton Iriz, janganlah malu dan segan. Walaupun belum terbuka hati nak memiliki sebuah kereta Proton, sedikit sebanyak persepsi anda terhadap kemampuan Proton akan berubah selepas memandu uji kereta ini.


Related Posts with Thumbnails