Showing posts with label Tingkatkan traffik. Show all posts
Showing posts with label Tingkatkan traffik. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Korang Tahu Tak Berapa Banyak Blog Sudah Diterjah Ben Ashaari?

Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih kat Ben Ashaari. Kerana disebabkan Ben sudi menempel header aku yang tidak seberapa itu di blog beliau. Kesannya, semalam aku menerima trafik yang luar biasa sekali.

ini gambar lama yer..bulan March tu (sebab lebih kurang jadi aku recycle - pemalas!)

Okay, atas dasar terima kasih aku kepada Ben Ashaari dan usaha beliau memeriahkan dunia blog tidak kira blogger lama dan baru..aku nak cerita sikit tentang Ben (walaupun tak pernah jumpa..hehee minta izin ya bro!)

Aku mula ikuti blog Ben Ashaari selepas melihat namanya di Gengblogger. Aku terus pacakkan link di blog FTN, dan sejak itu hari-hari aku buka blog Ben. Aku masih ingat lagi, ketika itu kaunter visitors di blog beliau baru 95,000. Tak silap aku, itu hanyalah beberapa bulan lepas..(2/3 bulan mungkin). Cuba lihat sekarang, sudah 217,000!!! Rasanya ini semua hasil kreativiti beliau dengan segmen review/terjah blog yang pelbagai. Aku kagum melihat hits, dan real-time visitor counter di blog beliau. Sentiasa ada visitors dan ramai pula! Dan Ben telah membuktikan bahawa blogger baru (kalau tak silap Ben mula awal sedikit dari blog FTN), boleh berjaya dan mendapat wang sampingan daripada blogging. Dan aku pun nak mencuba ke arah itu (siapa tidak kan?)

Jadi marilah memeriahkan dunia blog dengan kreativiti masing-masing. Bukan saling menjatuhkan sesama kita. Setiap blog adalah hak individu itu. Tulislah selagi boleh, asalkan bukan yang lucah, penuh dengan kata-kata kesat, dan yang sewaktu dengannya.

Oh, berbalik kepada title post..Nak tahu tak berapa banyak blog yang Ben sudah terjah setakat pagi semalam?? (warning : list yang sangat panjang!!)

Monday, May 10, 2010

(TIPS) Sebab-sebab Trafik Blog Merundum di Hujung Minggu

Macam kejatuhan ekonomi dunia..(ekonomi dunia aku)


Ini hasil kajian terhadap blog sendiri (baca = From The News). Aku dapati daripada analytic Nuffnang, Get Clicky dan lain-lain memang trafik secara semula jadi akan merundum. Walaupun aku blogwalking seperti biasa, komen di blog-blog seperti biasa..tetapi trafik sangat slow. Dan akan jauh berbeza berbanding hari bekerja.

Apakah agaknya punca blog FTN tidak mendapat tempat di hati pembaca blog di hari minggu? Adakah kerana aku kurang memaparkan kisah personal yang hangat? Adakah kerana aku tidak menulis kisah-kisah artis seksi? Tidak, tidak, tidak sama sekali. Hasil soal selidik aku berjaya menghasilkan kesimpulan berikut. Mungkin boleh dijadikan research paper..haha

BEN ASHAARI kata HEADER AKU CUN

Ini yang buat aku terkejut pagi-pagi Isnin ni. Tidak semena-mena, aku mendapat mesej, nasib baik bukan sms ke handphone tapi mesej di blog. Ada orang kata header aku cun? Sepanjang aku mula berblog di FTN, jarang sekali ada orang menegur tentang header aku. Oh, ini sudah kali ke-4 aku tukar header. Itu pun nasib baik Kak Jie bagi nasihat, sebab header sebelum ini agak heavy duty..berat nak loading. Memang berbaloi-baloi aku ikut nasihat Kak Jie

Mesej yang dimaksudkan :
blog anda di pilih untuk segmen BLOG PILIHAN HARI INI - BEN ASHAARI sila rujuk
http://www.benashaari.com/2010/05/segmen-khas-b...
segera buat entri untuk naikkan header anda..
Siapa yang kata header aku cun? Ceh, korang nih pun. Baca title pun dah boleh tahu. Ben tu..Ben! bukan Ben Foster, Benjamin Franklin apatah lagi Ben Ten. Tapi Ben Ashaari! Blogger yang semakin popular sekarang ini. Jadi untuk mengelakkan Ben membebel, aku nak kongsi sikit macamana untuk mengenali lebih lanjut saudara Ben Ashaari ini. Mudah saja. Bawa mau ke sini..aa sini..dan sini..eh kat sini laa.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang mengapa aku buat entri dengan tajuk kontroversi macam ini..(hehe), dan jika mahu cuba header ditampal di blog Ben, macam en. DarkBatman, boleh la buat entry macam ini, dan tinggalkan komen anda di blog Ben Ashaari.

Bak kata orang-orang senior, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Kalau nak cari juga..aaa nanti korang juga kena bebel dengan Ben. Nasib!!


Sila baca entri ini sambil background music memainkan lagu "Standing In The Eyes of The World". Peh walaupun tak ada kena mengena, tapi saja nak naikkan semangat..Kan Piala Thomas tengah berlansung tu. Support Malaysia, support Ben. Support lah FTN sekali..hehe

Kesian pula geng-geng yang dapat tiket percuma ke Piala Thomas hari ahad..Malaysia tak beraksi pun! Kecewa, rush balik rumah nak tengok siaran lansung tapi sekali team lain tengah main daaa


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Wednesday, April 14, 2010

Lama Sudah Ku Tinggalkan, Kini FTN Kembali Ke Home Ground


Nak berehat dulu. Hilangkan penat badan. Walaupun terasa nak tidur awal kerana kerja esok hari, tetapi sebab ada Asmaradana (lama tak tengok Tiz Zaqyah), kenalah tengok dulu.

Mulai esok FTN akan kembali beraksi. Banyak juga isu hangat aku terlepas selama "percutian" FTN. Kes buang bayi, isu Umie Aida di Pancaindera, isu Halimaton dan sebagainya. Apa pun, terima kasih kepada pembaca FTN kerana walaupun blog ini sekadar 1 update (secara scheduling) 2-3 hari ini, namun pengunjung masih setia datang melawat dan membaca. Tak lupa juga kepada yang sudi komen, kritik dan bertanyakan di FormSpring FTN.

Oh ya, aku baru saja terlepas jemputan pertama kali aku ke event oleh Nuffnang :(



Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Wednesday, March 31, 2010

Kepuasan Blogging - Mampukah Capai Trafik 4 Digit buat Pertama Kali?



Aku cukup kagum melihat entri mengenai top bloggers di blog GTO Eyriqazz ini. Lihat sajalah jumlah trafik harian top bloggers tu. 4 digit ke atas..all the way. Fuh! Tapi itu semua mungkin agak mustahil bagi blogger baru macam aku. Jadi aku tidak letakkan harapan tinggi setakat ini. Lagipun, lihat sajalah berapa lama masa di ambil oleh Top Bloggers untuk mencapai apa yang dicapai sekarang.


Tuesday, March 30, 2010

Terima Kasih Daun Keladi, Janganlah Desperate Lagi

Merujuk kepada entri aku kelmarin, aku nak buat sedikit tambahan. Pertama sekali terima kasih atas respond yang positif dari bloggers sekalian. Pagi tadi, aku terfikir tentang penulisan aku dan sememangnya ia adalah salah satu cabaran semasa blogging (ewah macam amazing race pula).

Aku tak salahkan mereka masuk business duit klik semua itu. Hak mereka. Tapi sikap "desperado" mereka-mereka ini yang paling tak boleh blah. Tak pasti kenapa blog aku pun di spam. Aku tak pernah join mana-mana business jutawan klik, MLM atau sewaktu dengannya. Aku cuma join Nuffnang, ping blog di GB dan Innit, serta di IMCurtain. Blog FTN aku ni bukanlah blog yang terkenal dan kaya dengan trafik (ranking pun berjuta lagi). Susah-susah je spam, sebab takda orang akan klik pun.

Wednesday, March 17, 2010

Tengok Gambar Ini Dan Bayangkan Anda Memandu Kereta Kat Hujung Itu



Apakah perasaan anda? Terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk. Kadang-kala sehingga mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Jika anda tinggal jauh dari bandar terutamanya Kuala Lumpur, cuba bayangkan saja. Kerana percayalah, kampung anda pun akan mengalami kesesakan sebegini satu hari nanti.

Esok aku akan cuba jelaskan isu ini.

Saturday, March 6, 2010

Polis Trafik Blog sila Halakan Trafik anda ke sini



Aisehhh sikit lagi. Untuk pertama kali sejak FTN wujud, dan sejak menyertai GB..3 hari dalam minggu ni hampir 100 unique visitors menyinggah ke blog ini (sikit je tu kalau nak banding dengan beriban sehari kan?) Dan aku yakin boleh meningkat lagi. Sebab pengguna internet di Malaysia ni ada berjuta-juta lemon. Kalau lah 1000 ribu orang datang jenguk blog aku ni kan ke best? hahaa

Tapi sebelum nak 1000 orang datang, kena lah pastikan blog itu menarik untuk ditonton ye tak? Banyak tips dah baca, so kena la usahakan. Blog FTN pasa asalnya (ketika zaman tak reti blog dan tak mengenal nuff etc), hanyalah cerita headline pasal berita dalam dan luar negara. Tapi lama kelamaan, dah berubah sikit jadi lebih kasual. Lebih open dengan gaya yang kurang formal. Apa-apa pun, as long as aku enjoy menempel kat blog ini, dan orang pun seronok baca..apa salahnya kan?


P/s : sebab nama blog ni tak best ek? takde kiut-kiut gitu? hehehe

P/s2 : nuffnang sekarang ni tengah-tengah malam buta dia muncul. sebab apa ek? target audience muncul waktu malam ek? dracula kut..hehe

P/s3 : Ada sesiapa ke Rawang hari ini?

Thursday, March 4, 2010

Minta Tolong Pro Blogger sekalian..(ini sticky post ye)


Selamat Malam (Faizal Tahir),

Aku dengan rasa rendah diri, ingin memohon pertolongan dari blogger-blogger sekalian. Aku sedang menghadapi masalah dengan template blog. Camne kah caranya untuk remove Disqus punya script? Aku try remove secara manual, tapi lepas hilang pulak link untuk post comment. Dan aku tak reti tang mana, dan apa script yang aku perlu insert dalam html.

Ish ish..camne ye? ada pakar-pakar blogger boleh tolong tak? kalau boleh aku tak mahu tukar template dulu. sebab leceh nak set up widget dan coding semua..

aku bercadang nak tukar Disqus dengan Intense Debate. Apa kata survey...TOLONGG~

(TIPS) Bercinta di Blog dengan CommentLuv?

contoh blog yang ada CommentLuv - aku pinjam blog NurIstimewa kejap

Sejak aktif melawat blog-blog lain atau nama saintifiknya "Blog Walking" (ada juga panggil Blog Hopping, Blog Jogging, Blog Crawling, Blog Flying - semua ikut selera masing-masing), aku tertarik dengan satu plugin pada comment form beberapa blog popular. Comment Luv namanya. Senang nak perasan kalau ada nampak icon Hati (Heart, bukan Love ya).

Apa itu Comment Luv? Bila kita taip saja url blog, akan automatik latest feed dari blog kita akan tersiar di bawah komen kita. Secara tidak lansung, komentar lain di blog tersebut boleh lihat tajuk entri terkini blog kita. Kalau tak faham juga, aku pinjam ayat hasil carian google aku ni.
CommentLuv is a Wordpress Plugin and it works like this… When you comment on another site, CommentLuv will visit the site you entered when you make your comment and retrieve the heading or title of your latest blog post, tweet or Digg Submission. It will then display that heading under your comment when you click submit.

CommentLuv helps to show your readers that you want to share their information with your other readers and increase comments on your site. It gives both you and your readers a chance to share information and have a mutual interest in your blog.

Jadi, lepas aku sudah yakin dengan semua ini, tambah-tambah blog-blog popular yang menjadi rujukan aku pun memasang CommentLuv, aku yakin ini mungkin langkah yang bagus. Aku masih sedar blog ini belum lagi mempunyai trafik blog dan follower yang ramai, tapi aku harap dengan penambahan plugin CommentLuv ini dapat membawa perubahan pada blog FTN.

Apa yang aku nak bagitau semua..


Tapi bukan sekarang. Coming soon ye!

p/s : nampaknya Disqus tak bertahan lama di FTN blog..hehe

Wednesday, March 3, 2010

Separuh Traffik ku...Pergi - Anang


Ketika aku sedang update blog survey (ikut nasihat eyriqazz), aku terpandang statistic blog aku ni. Alahai..sikit je lagi nak mencapai target 100 uniques! ingat tak lagi aku pernah berazam nak mencapai angka 100 dalam post bulan lepas? kalau tak ingat sila rujuk sini. Sejak aku menyertai gengblogger, tidak dinafikan lebih banyak blog trafik datang. Kalau sebelum ini purata lebih kurang 20 uniques sehari, sekarang sudah meningkat sedikit demi sedikit. Ya, aku bukan bukan orang popular dan bukan blogger tegar. Tetapi angka yang berubah ini sedikit sebanyak memberi motivasi. Ranking ALEXA juga berubah dari 3juta kepada 2juta. Komentar pun bertambah, blogwalkers pun makin ramai. Aku gembira dengan perkembangan ini. Walaupun agak risau kerana pendapatan Nuffnang nampaknya tidak berganjak seminggu dua ini. Iklan pun jarang kelihatan. Apakah jumlah blogger yang semakin ramai menyebabkan iklan semakin kurang kelihatan? Nampaknya target untuk mendapat check pertama dalam masa 6 bulan pertama gagal disitu.

Tidak mengapa. Tidak sabar itu, bukan separuh dari Iman. Jadi aku kenalah bersabar. Aku pasti capai target 100 uniques tak lama lagi. Cabaran seterusnya pula, sudah tentu untuk maintain 100 uniques setiap hari!


GAMBARE!!


Nota Kaki Ayam :
Posting aku pada 1hb Mac
1. Edisi Bincang Bersama Blogger - Kes Adik Syafiah
2. Renovation Sempena Bulan March

Soalan Masa Tambahan:
Kenapa lepas aku pasang Disqus, makin kurang pula orang datang komen. Disqus tak best ka?

Monday, March 1, 2010

Renovation Sempena Bulan March

Salam 1 Malaysia.

Aku dalam proses penambah baikan blog aku. 2 perubahan yang aku cuba lakukan pada FTN blog kali ini. Kalau ada yang perasan, bermula posting ini, aku mencuba sistem komen Disqus. Kali ini aku mencuba Disqus berbanding IntenseDebate sebab blog satu lagi sudah mencuba IntenseDebate. Jadi untuk FTN blog aku cuba sesuatu yang baru. Nak lihat keberkesanan Disqus. Mungkin kalau tidak bagus aku akan tukar kepada yang asal ataupun IntenseDebate.

mencuba Disqus comments

Satu lagi perubahan hari ini iaitu sempena bulan baru March, aku telah menukar header blog FTN kepada yang baru. Harap-harap lebih impak kepada blog ini, dan pembaca berita sekalian suka dan senang hati dengan grafik ala kadar aku ni. Ini pun salah satu tips yang aku ingin cuba. Blog mesti menarik, baru orang ramai seronok datang melawat. Tak gitu?

Header baru..Amacam? OK tak?



Apa pendapat semua? Berbaloi-baloi tak?

Related Posts with Thumbnails