Ok tak alasan macam ni? Cagher tak?
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Tuesday, June 25, 2013
Wednesday, March 17, 2010
Tengok Gambar Ini Dan Bayangkan Anda Memandu Kereta Kat Hujung Itu
Apakah perasaan anda? Terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk. Kadang-kala sehingga mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Jika anda tinggal jauh dari bandar terutamanya Kuala Lumpur, cuba bayangkan saja. Kerana percayalah, kampung anda pun akan mengalami kesesakan sebegini satu hari nanti.
Esok aku akan cuba jelaskan isu ini.
Friday, March 5, 2010
Dakwa Segera Pembunuh Kanak-kanak!
mangsa dera, K. Harevarran
(gambar dari Berita Harian)
Ia berlaku lagi. Dalam masa seminggu, dua kes yang hampir sama berulang. Terdahulu, arwah adik Syafiah menjadi mangsa keganasan seorang lelaki yang merupakan "teman lelaki" ibunya. Belum reda kisah itu, kali ini seorang lagi kanak-kanak yang baru berusia 18 bulan, mati akibat dipukul dan dipijak oleh suami kepada pengasuhnya. Kenapa?
Apakah masalah kedua suspek ini? Waras ke tidak? Kalau boleh tak perlulah reman lama-lama. Cepatlah sikit bagi hukuman. Mereka ini pembunuh kanak-kanak yang tidak berdosa!
Wednesday, March 3, 2010
Rambut Sama Hitam (tapi bertudung labuh), Hati Lain-lain
Memang betul kata Zinedine Zidane, "Don't judge the book by it's cover". Idlan Pon Pon pun ada cakap, "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Memang betul. Manusia ni ada pelbagai. Muka hensem, kacak pun ada. Yang kurang hensem pun ada. Tinggi lampai, rendah sikit. Kemudian ada pula yang bertudung labuh, bertudung singkat, tundung siti, tudung itu ini. Ada yang berkopiah, bersongkok, berserban dan macam-macam.
Apapun kisah manusia ini, jadikanlah tauladan. Jangan ingat seorang yang berpendidikan tinggi, kuat pegangan agama, berstatus Ustazah itu seorang yang kuat. Adakala manusia ini tewas dengan Nafsu. Terkejut aku membaca (walaupun dah sedia maklum akhbar tabloit punya style) tentang kisah Ustazah yang ditangkap khalwat ini. Pada masa yang sama, suaminya yang juga seorang ustaz sedang berada di Mekah. Ish ish..
Nak kena sebat nih!
SOURCE : Harian Metro
Apapun kisah manusia ini, jadikanlah tauladan. Jangan ingat seorang yang berpendidikan tinggi, kuat pegangan agama, berstatus Ustazah itu seorang yang kuat. Adakala manusia ini tewas dengan Nafsu. Terkejut aku membaca (walaupun dah sedia maklum akhbar tabloit punya style) tentang kisah Ustazah yang ditangkap khalwat ini. Pada masa yang sama, suaminya yang juga seorang ustaz sedang berada di Mekah. Ish ish..
Nak kena sebat nih!
KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
SOURCE : Harian Metro



