Showing posts with label Etika Blogging. Show all posts
Showing posts with label Etika Blogging. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Tun Mahathir Pun Kata "Penulis blog perlu mempunyai kod etika"

KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.
Itu kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square semalam. Dan walaupun aku rasa secara mostly directed to blog-blog berunsur politikal dan media alternatif, kita sebagai blogger pun perlu mempunyai kod etika. Tak kira menulis diari hidup, tips-tips, gossip artis atau sekadar copy paste berita dari akhbar. Setuju?

+ + + + + + +
Isu Racism Dalam Blogging?

Hajat nak tulis semalam, tetapi terlelap di tengah jalan. Ok, I'll go straight to the point. Malam tadi blogger kecoh dengan isu "Racist" oleh Nuffnang. Jadi entri "Janganlah Racist Sangat Bro!", "Betulke Nuffnang Racist???", "Tak Puas Hati Dengan Nuffnang?", "Anda Rasis Tak?" dan banyak lagi.

Apakah punca semua ini? Setelah aku baca dan terus baca, ia semua berpunca daripada contest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Dan kebetulan contest terbaru dimenangi oleh 3 orang blogger berbangsa Cina. Aku turut menyertai contest tu, dan mencuba sehabis baik. Tapi gagal. Namun bila aku tengok kembali entri yang menang, memang jauh lebih hebat dari entri aku. Nampak mereka berusaha untuk menang hadiah.

Isu pemilihan pemenang, kalau ikutkan apa yang dibaca dari entri-entri dirujuk serta komentar dari pembaca lain menyatakan advertisers yang memilih pemenang. Nuffnang hanya shortlist calon-calon sahaja. Jadi secara pemahaman aku, untuk setiap contest berlainan sponsor, judge pun berlainan. Jadi tidak mustahil jika seorang blogger itu hebat seperti The Eggyolks dengan skill design mereka, entri mereka menjadi pilihan. Aku pun envy kehebatan mereka, tetapi aku mesti terima hakikat they entries are way better. So I must try harder next time.

Lagi satu sebab kenapa kita tak perlu kecewa sangat ialah, setiap aktiviti/contest yang kita join dengan Nuffnang, sebenarnya tak menggunakan wang satu sen pun. Betul tak? Kita hanya menulis blog (dan ramai melakukan semasa waktu kerja which is not good), dan mendapat invitation, menang hadiah, in fact dapat duit lagi. Bila dapat check bukan main seronok lagi kan?

So why kita perlu mengeluh?

p/s : ini sekadar pendapat peribadi aku. harap mesej yang cuba aku sampaikan ini dapat difahami. Moral of the story, janganlah kita pun terjebak macam wakil rakyat yang melalak tak tentu pasal. Kalau gagal, kita kena terus mencuba lagi.

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Saturday, March 6, 2010

Polis Trafik Blog sila Halakan Trafik anda ke sini



Aisehhh sikit lagi. Untuk pertama kali sejak FTN wujud, dan sejak menyertai GB..3 hari dalam minggu ni hampir 100 unique visitors menyinggah ke blog ini (sikit je tu kalau nak banding dengan beriban sehari kan?) Dan aku yakin boleh meningkat lagi. Sebab pengguna internet di Malaysia ni ada berjuta-juta lemon. Kalau lah 1000 ribu orang datang jenguk blog aku ni kan ke best? hahaa

Tapi sebelum nak 1000 orang datang, kena lah pastikan blog itu menarik untuk ditonton ye tak? Banyak tips dah baca, so kena la usahakan. Blog FTN pasa asalnya (ketika zaman tak reti blog dan tak mengenal nuff etc), hanyalah cerita headline pasal berita dalam dan luar negara. Tapi lama kelamaan, dah berubah sikit jadi lebih kasual. Lebih open dengan gaya yang kurang formal. Apa-apa pun, as long as aku enjoy menempel kat blog ini, dan orang pun seronok baca..apa salahnya kan?


P/s : sebab nama blog ni tak best ek? takde kiut-kiut gitu? hehehe

P/s2 : nuffnang sekarang ni tengah-tengah malam buta dia muncul. sebab apa ek? target audience muncul waktu malam ek? dracula kut..hehe

P/s3 : Ada sesiapa ke Rawang hari ini?

Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Blog Pun Badan Binasa


screenshot sebagai bukti
klik untuk imej besar
(credit kepada blogger yang print screen)


Sejak dua hari ini, seorang lagi blogger bakal berdepan dengan masalah apabila salah satu posting dalam blognya menjadi sasaran rakyat Malaysia terutamanya warga Johor. Ini adalah contoh apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber yang tanpa sempadan, apa yang kita catatkan menjadi bacaan jutaan(billion kut) pengguna web di seluruh dunia.

Kebelakangan ini juga terdapat beberapa orang yang sudah didakwa akibat 'kenakalan' di laman web. Lawak ada batasnya, dan ada juga caranya. Apabila melibatkan sensitiviti orang lain, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Fikir-fikirlah sebelum menekan butang post. Sebelum menulis status di Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya. Walau apa pun niat kita, pastikan kita fikir dulu akibatnya. Kalau nak "syok" sendiri, lebih baik tulis diari saja.

Apabila kita bersalah dengan individu, cepat-cepat minta maaf. InsyaAllah diterima kalau kita ikhlas. Tapi apabila kita menghamburkan kata-kata tak sopan terutamanya kepada orang yang sudah tiada, kemudian menimbulkan kemarahan kepada berjuta-juta orang, memohon maaf di blog rasanya tidak cukup. Mungkin mengambil masa untuk semua terima kemaafan kamu. Apatah lagi di saat ini semua masih berkabung dengan kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Kita tengok sajalah tindakan pihak berkuasa seterusnya.

Apapun, berhati-hatilah ketika blogging. Bukan bermakna kita hiprokrit, tapi berbahasalah dengan sopan dan beradab.

to AdukaTaruna whatever your intention is (jadi popular?), get ready to face the music. "Nasi sudah menjadi Bubur!"


Agaknya, lepas ni akan jadi tabiat di kalangan blogger...
1. Tulis posting 'panas'
2. Delete post bila menjadi isu
3. Tulis permohonan maaf
4. Ulang kembali 1-3

Apakata cuba praktikkan...
1. Fikir sebelum post perkara 'panas'
2. Delete sekiranya tidak sesuai...SEBELUM tekan POST!
3. Hidup seperti biasa dengan tenang.
4. Ulang kembali 1-3

Related Posts with Thumbnails