Showing posts with label Bloggers. Show all posts
Showing posts with label Bloggers. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Blogges Bertuah Minggu Ini

Awek hot disponsor oleh Google.com



Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada pembaca blog FTN. Kunjungan anda memberi seribu makna kepada aku. Tak kisahlah sekadar singgah paste ayat di shoutbox, baca entry aku dan komen, atau copy artikel/gambar/penulisan dari blog ini sekalipun. Anda tetap dikira pemenang! Aku sehabis baik akan cuba lawati blog korang juga. Jangan risau.

+ + + + + + +

Nantikan review paling dasyat aku pernah buat, dan semestinya korang dah tau Movie yang bernasib malang itu adalah...


Jeng, jeng..jengggggg

Wednesday, May 12, 2010

Korang Tahu Tak Berapa Banyak Blog Sudah Diterjah Ben Ashaari?

Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih kat Ben Ashaari. Kerana disebabkan Ben sudi menempel header aku yang tidak seberapa itu di blog beliau. Kesannya, semalam aku menerima trafik yang luar biasa sekali.

ini gambar lama yer..bulan March tu (sebab lebih kurang jadi aku recycle - pemalas!)

Okay, atas dasar terima kasih aku kepada Ben Ashaari dan usaha beliau memeriahkan dunia blog tidak kira blogger lama dan baru..aku nak cerita sikit tentang Ben (walaupun tak pernah jumpa..hehee minta izin ya bro!)

Aku mula ikuti blog Ben Ashaari selepas melihat namanya di Gengblogger. Aku terus pacakkan link di blog FTN, dan sejak itu hari-hari aku buka blog Ben. Aku masih ingat lagi, ketika itu kaunter visitors di blog beliau baru 95,000. Tak silap aku, itu hanyalah beberapa bulan lepas..(2/3 bulan mungkin). Cuba lihat sekarang, sudah 217,000!!! Rasanya ini semua hasil kreativiti beliau dengan segmen review/terjah blog yang pelbagai. Aku kagum melihat hits, dan real-time visitor counter di blog beliau. Sentiasa ada visitors dan ramai pula! Dan Ben telah membuktikan bahawa blogger baru (kalau tak silap Ben mula awal sedikit dari blog FTN), boleh berjaya dan mendapat wang sampingan daripada blogging. Dan aku pun nak mencuba ke arah itu (siapa tidak kan?)

Jadi marilah memeriahkan dunia blog dengan kreativiti masing-masing. Bukan saling menjatuhkan sesama kita. Setiap blog adalah hak individu itu. Tulislah selagi boleh, asalkan bukan yang lucah, penuh dengan kata-kata kesat, dan yang sewaktu dengannya.

Oh, berbalik kepada title post..Nak tahu tak berapa banyak blog yang Ben sudah terjah setakat pagi semalam?? (warning : list yang sangat panjang!!)

Monday, May 10, 2010

(TIPS) Sebab-sebab Trafik Blog Merundum di Hujung Minggu

Macam kejatuhan ekonomi dunia..(ekonomi dunia aku)


Ini hasil kajian terhadap blog sendiri (baca = From The News). Aku dapati daripada analytic Nuffnang, Get Clicky dan lain-lain memang trafik secara semula jadi akan merundum. Walaupun aku blogwalking seperti biasa, komen di blog-blog seperti biasa..tetapi trafik sangat slow. Dan akan jauh berbeza berbanding hari bekerja.

Apakah agaknya punca blog FTN tidak mendapat tempat di hati pembaca blog di hari minggu? Adakah kerana aku kurang memaparkan kisah personal yang hangat? Adakah kerana aku tidak menulis kisah-kisah artis seksi? Tidak, tidak, tidak sama sekali. Hasil soal selidik aku berjaya menghasilkan kesimpulan berikut. Mungkin boleh dijadikan research paper..haha

Tuesday, March 30, 2010

Terima Kasih Daun Keladi, Janganlah Desperate Lagi

Merujuk kepada entri aku kelmarin, aku nak buat sedikit tambahan. Pertama sekali terima kasih atas respond yang positif dari bloggers sekalian. Pagi tadi, aku terfikir tentang penulisan aku dan sememangnya ia adalah salah satu cabaran semasa blogging (ewah macam amazing race pula).

Aku tak salahkan mereka masuk business duit klik semua itu. Hak mereka. Tapi sikap "desperado" mereka-mereka ini yang paling tak boleh blah. Tak pasti kenapa blog aku pun di spam. Aku tak pernah join mana-mana business jutawan klik, MLM atau sewaktu dengannya. Aku cuma join Nuffnang, ping blog di GB dan Innit, serta di IMCurtain. Blog FTN aku ni bukanlah blog yang terkenal dan kaya dengan trafik (ranking pun berjuta lagi). Susah-susah je spam, sebab takda orang akan klik pun.

Related Posts with Thumbnails