Showing posts with label help. Show all posts
Showing posts with label help. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Tolong Baca dan Fahamkan

repost :

dear friends, pls stop spreading khabar angin sebelum usul periksa. kesian korang beli handphone mahal2, laptop canggih, pakai unifi ape kejadah semua tapi tak pandai guna aplikasi google. gunalah teknologi untuk kebaikan kita semua please. kthanxbai.


maksudnya :
1. Jangan sakan nak sms atau RT cepat-cepat. Saya tahu rakyat Malaysia ni raja Undi SMS, pantas je tekan keypad handphone tu.
2. Sebab penyebaran berita-berita palsu macam ini la jadi kes naik harga barang. Macam rumours gula la, dan sebagainya. Silap-silap sebab khabar angin ni harga payung naik..kan?
3. Kata nak jadi blogger berhemah la ape bala lah, jadi janganlah main RT je. Tahu la kamu ada followers ramai, popular la katakan. That will create fear among others tau.
4. Teknologi ada, GUNA LAH! Akal pun ada, GUNA LAH!

Thursday, June 3, 2010

Perlukan Bantuan Tentang Blogspot



Ok geng, aku baru saja menukar template blog FTN. Baru je tadi. Fresh lagi..tak sampai 3 jam. Tujuan utama aku tukar ialah nak remove disqus plugin dan revert kepada original blogspot comment system. Tetapi, aku sedang menghadapi situasi link untuk comment sudah hilang.

Bila aku test template ini di "test blog" aku, semuanya ada termasuk link comment itu. Bila aku duplicate seluruh HTML ke blog ini, bahagian comment saja yang tiada. Jadi, kalau ada yang mungkin memahami situasi yang aku hadapi sekarang, harap dapat bantu.

Tinggalkan komen di shoutbox, atau pun tweet aku di FTNer

Terima kasih kerana sudi membaca rintihan malam jumaat ini. Heeehe

+ + + + + + +

UPDATE :
Terima kasih semua, aku sudah berjaya selesaikan dilema comment :)
Now to complete the transformation.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Friday, May 28, 2010

Cara Terbaik Remove Disqus? Tolong Ajar Please Please Please



Salam kepada readers blog FTN. Selamat bercuti. Hari ini aku ada satu permintaan. Ini permintaan dari dasar hati yang tulus ikhlas. Dah lama dah sebenarnya, aku nak remove Disqus plugin daripada blog ini. Tapi aku kurang mengerti, al-maklumlah kurang bijak dalam coding. Ada yang kata, buat saja template baru. Itu jalan mudah buang disqus.

Tapi kalau ada cara-cara yang lain, tanpa perlu tukar template ada tak? Sekiranya ada, sudi-sudikanlah ajar aku ya. Aku tau ada ramai yang pakar di luar sana.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, April 27, 2010

Lately Aku Cepat Rasa Mengantuk Sampai Terlepas Tengok Drama Asmaradana

Punyalah kronik, sampai tengah tidur pun boleh mimpi pasal tidur

Ini kisah benar kawan-kawan. Aku tidak pasti kenapa, tetapi lately aku cepat benar rasa mengantuk. Perkara ini mula aku perasan sejak 1-2minggu yang lepas. Balik je kerja, aku dah mula rasa mengantuk. Tapi masa tengok Adamaya, tak mengantuk pula. Kadang-kadang sampai tersengih-sengih tengok. Mungkin sebab ada Lisa Surihani dan adik Mia Sara kut.

Berbalik kepada masalah aku tadi, lepas habis tengok Adamaya je, mata aku pun jadi kuyu. Mengantuk gila. Kadang-kadang nak tulis blog pun terkantoi, apatah lagi dengan kerja editing aku. Baru edit sikit dah terbongkang aku tidur depan TV. Bangun-bangun je sudah pukul 11 malam. Aduh, miss tengok Tiz Zaqyah. Ini berlaku minggu lepas. Terpaksalah tengok streaming.

Jadi aku nak bertanyakan kepada rakan-rakan blogger sekalian alam, korang tau tak apakah punca-punca kita menjadi cepat mengantuk. Selain penat bekerja (sebab selama ini pun penat juga, tapi takde lah mengantuk macam sekarang). Pemakanan ada menyumbang ke? Ada ke makanan yang bagi mengantuk? Tolong weh, tolong! Aku perlukan tips dari korang!



p/s : aku gembira hari ini. satu lagi goal/matlamat blog ini tercapai. nanti aku cerita kemudian.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma di ICU Hospital Selayang, Perlukan Darah jenis O


Petang tadi, aku terbaca di MStar mengatakan pelawak terkenal, Din Beramboi sedang koma. Aku tak berani nak post mengenai berita itu, kerana tidak tahu punca dan kurang jelas tentang fakta itu. Tapi apabila aku membaca status Afdlin Shauki di Facebook, nyata Din Beramboi sedang koma di Hospital Selayang.

screenshot dari Facebook

Dan sebentar tadi di Buletin Utama juga menyiarkan tentang hal ini. Din Beramboi koma akibat terkena jangkitan kuman daripada makanan yang mungkin dicemari dengan kencing tikus. Akibat itu, beliau mengalami jangkitan kuman serta pendarahan dalaman. Buah pinggangnya juga gagal berfungsi. Din Beramboi memerlukan darah jenis O dalam masa 24-48jam ini. Kepada sesiapa yang berdarah O dan ingin menderma, bolehlah ke Hospital Selayang.

Kepada semua peminat Din Beramboi, marilah kita mendoakan keselamatan beliau.

Saturday, March 27, 2010

Aku Pohon Bantuan Dan Nasihat Korang Dengan Ikhlas


Masalah yang aku hadapi ini boleh membawa kepada gelaja stress yang melampau. Apatah lagi bila tidak tahu kenapa dan gagal menyelesaikannya. Jadi kali ini aku beralih kepada strategi seterusnya. Bertanya kepada semua blogger yang membaca, mana tahu mungkin ada yang tahu jawapannya. Ini bukan dugaan, ini betul-betul.

Adakah NOKIA selalu bermasalah?

Thursday, March 4, 2010

Minta Tolong Pro Blogger sekalian..(ini sticky post ye)


Selamat Malam (Faizal Tahir),

Aku dengan rasa rendah diri, ingin memohon pertolongan dari blogger-blogger sekalian. Aku sedang menghadapi masalah dengan template blog. Camne kah caranya untuk remove Disqus punya script? Aku try remove secara manual, tapi lepas hilang pulak link untuk post comment. Dan aku tak reti tang mana, dan apa script yang aku perlu insert dalam html.

Ish ish..camne ye? ada pakar-pakar blogger boleh tolong tak? kalau boleh aku tak mahu tukar template dulu. sebab leceh nak set up widget dan coding semua..

aku bercadang nak tukar Disqus dengan Intense Debate. Apa kata survey...TOLONGG~

Related Posts with Thumbnails