Tuesday, September 27, 2011

Tayar Basikal Kena Curi, Ada Ku Kesah?



APE KEHALL KHENNN?.... This is how cool guys ride~!

NIKON 1Malaysia Series

#EhTipuJer

Nikon baru-baru ini memperkenalkan siri terbaru produk kamera mereka iaitu 1 Series. Kamera dengan sensor kecil ini merupakan kamera "mirrorless" pertama Nikon untuk bersaing dengan rivalnya seperti Olympus PEN-series, Sony NEX-series dan lain-lain. Belum lagi berada di pasaran, dan dijangka akan mula dijual dalam masa 23 hari lagi (menurut countdown di website NIKON)

Photobucket
serius smart


Photobucket
putih pun menawan, guess what..pink pun hado!


Kedua-duanya 10.1mp Cmos Sensor, sambungan HDMI / USB, mode 1200frame/sec slow-motion, 3-inch LCD, 10fps, EVF (electronic viewfinder), dan full HD (1080/30p) video. Untuk model V1, ada kelebihan external flash unit, shutter mekanikal, stereo mikrofon input, multi-accessory port serta chasis kamera magnesium alloy. Untuk model J1 pula yang lebih murah berbanding V1, terdapat built-in flash, noise reduction untuk klip movie, 73 point sistem auto fokus, dual-core EXPEED processor, dan had 29 minit untuk satu file movie.

more info Camera Nikon 1 Series here

Friday, September 23, 2011

Kebimbangan Sampai Muntah Hijau

Photobucket
muntah hijau dan muntah darah

Why do you accept it in the first place?
1. Kemut
2. Takde duit nak kawin
3. Gila glamer
4. Mengada-ngada
5. Gedik
6. Menggatal


Sudahlah weh. Out of all the local talents, kenapa korang berdua ni jugak hah? Both of you contributed NOTHING, NOTHING to the country as far as I can remember. Terkenal sebab kes KHALWAT. Ape kejadah sponsors ni fikir hah? Wasting all the money for this couple. 

Pastu buat statement-statement kesian macam nih..Hakkkkkkk ptuih. Kau patut tolak awal-awal la. Or at least limit the amount. Nak sponsor tak payah la sampai RM12juta..samdol betol. Bila dah kena kondem teruk-teruk baru nak bimbang. 

Pegi kedai beli cuka, ha padanlah muka

Kthnxbai

Thursday, September 22, 2011

Tolong Kata Ini Fitnah Semata-mata

Photobucket


WADEFAKKHROL LA MEYMEY!

Wednesday, September 21, 2011

AYUH! #HarimauMalaya vs Samurai Blue - Kelayakan Olimpik 2012

Photobucket


Demam bola Harimau Malaya kembali lagi. Kita lupakan kisah kekalahan pada Singapura-pura 2 bulan lalu. Kita fokus pada perlawanan hari ini iaitu antara Malaysia dengan Jepun. Kali ini pasukan terdiri daripada pemain-pemain U23. Skuad Malaysia rata-rata terdiri daripada pemain pasukan Harimau Muda A dan B serta diperkuatkan dengan pemain yang pernah beraksi dengan skuad senior iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan K. Gurusamy. Performance 5 perlawanan terkini team Under-23 Malaysia setakat ini (termasuk Friendly match) W-L-W-D-L.

Lawan kali ini bukan calang-calang pasukan. Jepun memang dikenali sebagai kuasa besar bolasepak Asia, tak kira pasukan Lelaki, Perempuan dan skuad muda mereka. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan hari ini sudah pasti Kensuke Nagai, Keigo Higashi, dan Mizuki Hamada. Performance 5 perlawanan terkini team Under-23 Japan setakat ini (termasuk Friendly match) W-W-W-L-W. Ditambah lagi perlawanan berlansung di tempat lawan, sudah pasti Stadium Tosu akan dipenuhi dengan penyokong fanatik Japan. Kita juga sedia maklum sokongan rakyat Jepun memang padu kepada pasukan negara mereka tak kira apa jenis sukan sekalipun.

Walaupun dari segi ranking bolasepak kita jauh ketinggalan di belakang Jepun, ini tidak bermakna pasukan Jepun tidak mampu dijinakkan. Dengan penjaga gol terbaik negara mengawal gawang gol, diharap barisan pemain lain dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi dan memberi cabaran kepada pasukan Jepun hari ini.

Ayuh semua, sokong Harimau Malaya! Malaysia BOLEH!

Sembang Kereta : PROTON P3-21A - Ilustrasi vs Spyshot

Baru-baru dah leaked ilustrasi penuh model PROTON yang hangat dibincangkan iaitu P3-21A atau lebih dikenali sebagai Persona-R (replacement). Gambar tu muncul ketika AGM PROTON dimana ada juga menunjukkan ilustrasi Exora Turbo yang dikatakan bakal muncul hujung tahun ini. Berbalik pada P3-21A, dikhabarkan akan dilancarkan awal tahun 2012. Model tersebut sedang melalui pelbagai peringkat ujian, terbukti dengan pelbagai "Spyshot" yang ada di internet sejak 1-2 bulan ini.

Apa pun, jom kita buat perbandingan ilustrasi P3-21A dengan spyshot terbaru model tersebut di sebuah stesen minyak Petronas. 

Photobucket


Daripada gambar spyshot, dapat kita agak size kereta tersebut. Ditambah dengan mamat bangla yang berdiri berhampirannya. Nampak lebih tegap dan besar berbanding gambar ilustrasi. Boleh dikatakan sama saiz dengan Honda Civic, Kia Forte, Mitsubishi Lancer/Inspira. Setakat ini hanya gambaran Eksterior saja yang kita boleh nampak. Tak tahu lagi macamana keadaan Interior, ICE, meter panel dan sebagainya. Harap-harap akan ada built-in GPS dan reverse camera. Memang tak sabar nak menantikan model ini tahun depan. Tak lama dah wehh..beberapa bulan saja lagi!!

Apa pendapat korang tentang kereta terbaru ini?


gambar sumber dari carian Google & email

Sembang Kereta : Myvi Elegance vs Myvi SE vs Myvi Extreme (Rear Bumper Edition)

Lama ku peratikan...err takde la lama sangat. Sebenornye sejak launching Myvi SE 1.5 dan Myvi Exterme 1.5 tempoh hari jer. Ada sesuatu yang menjadi persoalan tentang ketiga-tiga variant Myvi 2011 ni. Mula-mula kita susunkan dulu gambar variant Myvi nih. Cer korang tengok dulu. Yang atas Myvi 2011 1.3L, kendian Myvi SE 1.5L, last skali Myvi Extreme 1.5L.

Photobucket
Myvi 1.3L 2011


Photobucket
Myvi SE 1.5L


Photobucket
Myvi Extreme 1.5L

Okay kawan-kawan. Aku nak fokus kat Rear Bumper Myvi 2011. Aku ada perasan yang bumper baru Myvi ada satu opening kecil dibawah rear reflectornya. Bila dibaca review di blog-blog automotif, design itu memang sengaja dibuat sebagai penambahbaikan kepada model Myvi sebelumnya (yang tak best macam lagi best). Honestly aku kagum sebab Engineer Perodua actually ada consider benda-benda kecil camtu tapi memberi impak pada model baru ni. No wonder review mengatakan handling Myvi 2011 lebih baik daripada yang sebelumnya. Oh korang tak paham apa aku tulis eh? Cer tengok gambar lepas ni. Aku dah highlight area tersebut

Photobucket

Air Vents tu menurut En Paul Tan, adalah untuk mengurangkan tekanan yang terhasil di rear bumper model lama Myvi. Dengan adanya air vent tu, ia secara tidak lansung dapat mengurangkan flapping dan improve handling kereta. Yelah, bumper sebelum ni memang kosong gitu je kan?

Photobucket

Now, kita tengok bumper baru untuk Myvi SE dan Myvi Extreme. Yang kat bawah ni aku fokuskan Myvi SE dulu. Basicly both are the same, cuma Myvi Extreme ada additional rear bumper skirting. Ok, kat sini aku nak bersoal. Harap-harap ada jurutera automotif, atau lebih baik lagi kalau ada jurutera Perodua dapat explain.

Soalan : Kenapa air vent takde pada model SE dan Extreme? Adakah kewujudan rear diffuser tu sudah meet the purpose dan air vent tak diperlukan? Atau design bumper SE & Extreme tak memerlukan air vent? Aku cuma nak tau tu jer. Harap ada yang boleh explain supaya senang aku nak explain kat orang lain. Thanks!

Photobucket
Takde air vent pada SE & Extreme


p/s : ada 3 jenis spoiler berlainan pada Myvi Elegance, Myvi SE dan Myvi Extreme. Personally aku suka spoiler Myvi SE, spoiler pada Extreme terlalu over sket, and kemungkinan besar sekadar untuk tujuan kosmetik je kut. Even iklan di radio pun macam perli produk sendiri je..."Myvi Extreme 1.5L, boleh terbang ke bulan!"

Monday, September 19, 2011

Siapa Kata Filem 2Alam Gagal? Ini Buktinya!



Yeahh kawan-kawan, dR Rozmey bawak Ferrari F430 ke pejabat.
FERRARI weh..bukan PROTON, bukan PERODUA, bukan HONDA..dan bukan BENTLEY! (tarik)
Tapi FERRARI weh.
WORLD BRAND..
dR Rozmey...WORLDDDD...eh amik trademark Mawi ke?

iPad vs Windows 8 Slate



Tablet Windows 8 nampak menarik. Rumors mengatakan paling awal tahun 2012 kemunculan tablet Windows 8 nih. Gadget geeks mesti tak sabar kan?

Wednesday, September 14, 2011

Workless Wednesday? #Yob4ever

Tuesday, September 13, 2011

Myvi SE 1.5 pun ada! Harga dari RM51,400 ~ RM56,500

Photobucket
Ini Myvi SE. Bezanya tiada front lip yang ganas macam Extreme


Photobucket


Hah, sekali Perodua nak launch 2 variant model skaligus. Bermakna akan ada Myvi SE 1.5, dan range topping Myvi Extreme 1.5. Kedua-duanya lebih kurang sama. Bezanya pada Myvi Extreme ialah, ditambah dengan body kit yang EXTREME, kemasan kulit yang EXTREME, spoiler yang EXTREME, serta sistem multimedia yang EXTREME.

Beza harga lebih kurang RM5-6 ribu antara model SE dan EXTREME. Nampaknya ramai yang baru membeli Myvi 1.3 mengeluh dengan keputusan PERODUA ini. Apakah Myvi 1.3 akan drop production volume memandangkan ramai dijangka membeli Myvi SE 1.5L? Kita tunggu sajalah pengumuman dari Perodua nanti.

Apapun, berhati-hati ketika memandu! Jangan nak eksyen je tau


Harga Myvi Extreme 1.5 dari RM58,200 ~ RM61,700

Photobucket
Myvi Extreme 1.5L


Photobucket


Berdasarkan brochure harga dari Perodua, Myvi Extreme 1.5L yang baru ini akan dijual pada harga RM58,200 (manual) hingga ke variant paling mahal iaitu RM61,700 (automatik). Secara peribadi saya fikirkan ia sedikit mahal bagi mereka yang inginkan kereta pertama. Mungkin agak membebankan bagi mereka yang baru bekerja. Tetapi bagi peminat-peminat kereta yang "Extreme", mungkin ini pilihan mereka. Nantikan kemunculan kereta "Extreme" ini di jalanan selepas dilancarkan hujung minggu ini.

Monday, September 12, 2011

Ambil Gambar Dengan Anak Tekak?

Photobucket

Hi, nama saya Justin Quinnell. Saya suka amik gambar guna anak tekak saya. Ini merupakan satu perspektif yang tak pernah lagi orang buat. Eh kejap, saya tak amik gambar pakai anak tekak. Tapi gambar saya seolah-olah diambil dari anak tekak. Sebenarnya saya guna kamera pin hole sebesar 3 inci. Sila tengok gambar self-portrait saya dengan kamera di dalam mulut seperti di atas tu ha.

Power kan saya punya gambar? Eh bukan..saya nak kata unik. Tapi #notetomyself, saya kena jumpa doktor gigi lepas ni. Banyak najis di celahan gigi. Saya pun hampir terkesima masa tengok gambar-gambar yang saya snap. Gile ah kan.

Photobucket
Rupanya dalam cereal ada hantu

Photobucket
Nasib baik saya dongak atas sikit.

Photobucket
Hampir termakan budak ini


photos from : www.pinholephotography.org - by Justin Quinnell

Subhanallah! Paul Peluk Islam Selepas 22minit Didakwah!

Amazing! Subhanallah. Cara dakwah yang disampaikan oleh Dr. Fazal Rahman di U.K, menemubual orang awam di jalanan, dan menyampaikan informasi tentang Islam. Penyampaian dia amat jelas, mudah difahami dan tidak mustahil ramai telah berjaya didakwah beliau. Dalam video ini misalnya Dr. Fazal Rahman berdakwah dengan seorang warga London bernama Paul yang pada mulanya mempercayai Kristian. Dan percaya atau tidak, di akhir video ini Paul dengan rela hati memeluk agama Islam. Tak percaya? Tonton kedua-dua bahagian video ini. Korang pasti kagum dengan cara Dr. Fazal berdakwah.






Allahuakbar! 


Lebih banyak video "Live Dakwah" oleh Dr. Fazal Rahman di Youtube DawahIsEasy

Friday, September 9, 2011

Tukar Pakai Kit-Lens 18-55mm

Photobucket
Kalau guna lens macro memang nampak camni..


Photobucket
Tukar tele-zoom pulak, 70-200mm dapat camnih


Kalau guna kit-lens 18-55mm camne agaknya yer?


Thursday, September 8, 2011

Ciri-Ciri 1Malaysia Office Dengan Teknologi Hijau

Photobucket

Khamis, 8 Sept - Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan teknologi hijau. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga RON97, justeru menjimatkan dari segi perbelanjaan. Disamping itu juga, teknologi hijau dapat mengelakkan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan, walaupun saya tak berapa percaya tetapi itulah yang disampaikan oleh Professor Emiratus Dr. Rosmah awal tahun dulu.

Menyahut seruan itu, sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam Teknologi Hijau iaitu 1Malaysia Hijau Development dengan kerjasama syarikat pengeluar komputer terkenal Dell & HP, telah menyiapkan satu prototype "1Malaysia Green Technology Office" yang akan menjadi benchmark kepada semua arkitek/kontraktor untuk menyediakan ruang pejabat baharu pejabat kerajaan dan anti-kerajaan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan ini ialah bahan kedap bunyi, mudah dikitar semula, spare part murah, penjimatan harga bahan mentah sehingga 70%, mudah-alih (senang dipindah kesana kemari) dan bermacam-macam lagi.

Ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi negara pertama yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pejabat. Teruskan membaca untuk melihat sendiri contoh prototype 1Malaysia Green Technology Office.


Perodua Myvi Extreme with 1.5L Engine?


Khabar angin (sedikit jerebu) mengatakan bakal dilancarkan pada 16 September depan. Kemain seronok peminat Myvi kereta berkapasiti 1.5Liter ini nak keluar dah. Boleh la cucuk BMW 5-Series dengan lebih cemerlang lagi, atau pun mencilok kiri dan kanan kat highway Seremban dengan lebih efisyen. Kahkah. Jangan marah, tapi itu realiti ok? Masa driving balik raya hari tempoh hari pun hampir-hampir membahayakan aku bila kete aku kena cucuk rapat-rapat (macam jus perapat) waktu malam kat highway PLUS hala ke selatan (2 lane kat Ayer Keroh). Dah la pakai lampu HID yang membutakan mata, siap kasi highlight..hishh tak boleh sabar aku nak pintas lori..

Eh jap. Aku nak cerita Myvi Extreme lah. Ohhh. Kereta ni dah lama dah atas jalan. It's merely the same Myvi "Lagi Best", with extra bodykit (eg Huge Front Lip, Rear Skirt and Tailgate spoiler), expect some new fabric seat (probably leather). Not sure kalau ada enhancement to the chasis since enjin berkapasiti lebih besar digunakan. Anyway dah banyak spyshot (aku pun taktau nape nak spy lagi), model terbaru Myvi Extreme.


Photobucket

Photobucket

Oppss..silap gambar lah. Yang atas tu Renault Megane RS. Aku ingatkan Myvi Extreme tadi. Aaaa yang ni baru betul-betul ori punya Myvi.

Photobucket
Aaa ini baru betul-betul Myvi Extreme

Apa pun, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.
Gurau jewww, ala itu pun nak butthurt. Cubit kang!

Tuesday, September 6, 2011

Racist Raya

Hamboi. Kemain title. Bikin panas tak? Bajet Azwan Ali ler teww
Harap-harap korang paham apa yang aku nak sampaikan.

Tahun Baru Cina 
Rancangan TV penuh dengan drama Cina, baik terbitan pengarah tempatan mahupun drama-drama dari Hongkong. Malamnya pula ada slot MEGAMOVIE, cerita Jackie Chan, Jet Li, Drunken Master lah, bla bla macam-macam lagi. At least dua hari cuti Tahun Baru Cina televisyen akan dipenuhi dengan slot-slot diskusi tentang sambutan Tahun Baru Cina, Tarian Naga, dan sebagainya. Semangat sambutan Tahun Baru Cina benar-benar dirasakan. Kiranya meet the purpose.

Deepavali 
Haa, masa ni memang konfem penuh dengan drama Tamil, serta movie Hindustan. Especially RTM1 & RTM2, rajin memaparkan drama Tamil tempatan. Pelakon seperti Acappan, Sathiya etc akan muncul. Ada drama berbahasa Melayu tetapi terdiri daripada pelakon-pelakon tamil. Semuanya sebab nak hidupkan suasana sambutan Deepavali. Tak lupa juga rancangan muzikal, biasanya budak-budak berketurunan India akan menari ala-ala filem tamil. Semangat sambutan Deepavali konfem terasa. Kiranya ini pun meet the purpose jugak.

Christmas 
Shopping complex bukan main dia punya decorations. Lagu-lagu christmas sentiasa dipasang. Meriah sungguh. Sale bukan main. Di TV pun sama, movie-movie Santa Claus 1, Santa Claus 2, Elf etc seperti biasa. Tapi tak sebanyak macam TBC dan Deepavali sebab tema Christmas ni kurang sket drama & movienya. Most of the filem pun asal ada Winter, Salji-salji sket dah consider ok untuk tayangan di hari Christmas. Paling mudah nak dapat feel sambutan Christmas..tengok movie Santa Claus pun rasa sejuk, sebab berangan ada salji kat Malaysia..haha

tapi bila tiba Hari Rayaaa...semua insan nyanyi lagu? menari?
Sedih la. Lansung tak membangkitkan suasana hari raya. Rancangan menari, menyanyi, gameshow mengarut ntah apa-apa. Ditambah dengan cerita Seram je tak abis-abis.  Kemana hilangnya semangat beraya? Ngangkung, Susuk, Congkak, Mentor Raya, Fantastika Raya, Konsert Gegaran Rock, Konsert Rossa, U2 360 Tour, Gameshow OPOCOT, Jin Notti, Senario, Niyang Rapik etc. WTHek

Camne nih? Kalau dah takde idea sekalipun..paling kopak tak payah la tayang cerita Seram. Program muzik banyak sangat. Konsert itu konsert ini. Dengan pengacara ntah apa-apa. Raya ke tu wehh? Mari Berdansa Aidilfitri?? WTF. Hape asalkan ada "Aidilfitri" kat tajuk dah cukup syarat nak tayang ke? Kalau camtu meh aku kasi idea untuk Raya Korban nanti :
"Mari Berdansa Aidiladha", "Mentor Raya Korban", "Fantastika Raya Korban", untuk movie boleh la tayang "Damping Malam, Flat 3A, Cermin"..ok tak? ok tak?

Zaman kita ni dah lah beraya tak macam dulu-dulu. Semua dok ngadap TV jer. Memang la tak bagus tapi kalau dah itu "trend" sekarang, sepatutnya rancangan TV perlu la dipilih dengan baik. Aku paling tak agree filem-filem seram tu. Tak masuk akal kenapa perlu tayang hari raya. Pfffttttttttttttt

Btw, korang perasan tak Susuk tu tak sensored part Aleeza Kassim pakai bikini tepi swimming pool? Aku tengok cerita tu kat panggung rasanya takde pun scene tu tau. Siap buat gaya bukak bikini lagi. Tak sesuai lansung, dah la waktu tu ramai orang tengah beraya..budak2 kecik dok ngadap TV lagi. #facepalm

Raya Blues 2011


29 Ramadhan yang lalu kamu ada menulis : 
"Berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Sedih meninggalkan bulan yang mulia, tahun depan belum tentu ketemu lagi" - 16 Likes, 20 comments 

ada juga yang menulis : 
"Harap Ramadhan tahun ini memberi sinar baru kepada ku.." - 4 Likes, 10 comments 

tak ketinggalan artis join sekaki menulis : 
"bulan merebut pahala berganda akan pergi meninggalkan kita semua :( " - 1,654 Likes, 176 comments 

TETAPI, 

malam Raya, iaitu 1 Syawal dan hari-hari berikutnya sehingga entri ini ditulis, 

Kau orang punya statement masing-masing macam :

"Babi punya BMW guna emergency lane macam bapak dia punya highway!" 

"Cilaka la budak-budak ni main mercun, bising la lahanat" 

oh tak lupa gak artis tadi 
"Peminat macam anjing & babi..bla bla bla..haram"

Inilah yang dikatakan, alim-alim Fess-see-BUK!


disclaimer :
*isi kandungan 50:50 berasaskan kisah benar, tetapi diolah semula.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya


Hai Selamat Hari Raya..
Kami semua ucapkan..
Menikmati hidangan..
yang kami sediakan..

Sila jamu selera..
dengan bermacam hidangan..
Pilih yang mana suka..
Hai sila janganlah segan...



lepas tu kemain beratur gi toilet.

Selamat Hari Raya ke-4. Baru je lepas beraya di toilet. Tak dapat duit raya ponnnn :(

Related Posts with Thumbnails