Tuesday, September 6, 2011

Racist Raya

Hamboi. Kemain title. Bikin panas tak? Bajet Azwan Ali ler teww
Harap-harap korang paham apa yang aku nak sampaikan.

Tahun Baru Cina 
Rancangan TV penuh dengan drama Cina, baik terbitan pengarah tempatan mahupun drama-drama dari Hongkong. Malamnya pula ada slot MEGAMOVIE, cerita Jackie Chan, Jet Li, Drunken Master lah, bla bla macam-macam lagi. At least dua hari cuti Tahun Baru Cina televisyen akan dipenuhi dengan slot-slot diskusi tentang sambutan Tahun Baru Cina, Tarian Naga, dan sebagainya. Semangat sambutan Tahun Baru Cina benar-benar dirasakan. Kiranya meet the purpose.

Deepavali 
Haa, masa ni memang konfem penuh dengan drama Tamil, serta movie Hindustan. Especially RTM1 & RTM2, rajin memaparkan drama Tamil tempatan. Pelakon seperti Acappan, Sathiya etc akan muncul. Ada drama berbahasa Melayu tetapi terdiri daripada pelakon-pelakon tamil. Semuanya sebab nak hidupkan suasana sambutan Deepavali. Tak lupa juga rancangan muzikal, biasanya budak-budak berketurunan India akan menari ala-ala filem tamil. Semangat sambutan Deepavali konfem terasa. Kiranya ini pun meet the purpose jugak.

Christmas 
Shopping complex bukan main dia punya decorations. Lagu-lagu christmas sentiasa dipasang. Meriah sungguh. Sale bukan main. Di TV pun sama, movie-movie Santa Claus 1, Santa Claus 2, Elf etc seperti biasa. Tapi tak sebanyak macam TBC dan Deepavali sebab tema Christmas ni kurang sket drama & movienya. Most of the filem pun asal ada Winter, Salji-salji sket dah consider ok untuk tayangan di hari Christmas. Paling mudah nak dapat feel sambutan Christmas..tengok movie Santa Claus pun rasa sejuk, sebab berangan ada salji kat Malaysia..haha

tapi bila tiba Hari Rayaaa...semua insan nyanyi lagu? menari?
Sedih la. Lansung tak membangkitkan suasana hari raya. Rancangan menari, menyanyi, gameshow mengarut ntah apa-apa. Ditambah dengan cerita Seram je tak abis-abis.  Kemana hilangnya semangat beraya? Ngangkung, Susuk, Congkak, Mentor Raya, Fantastika Raya, Konsert Gegaran Rock, Konsert Rossa, U2 360 Tour, Gameshow OPOCOT, Jin Notti, Senario, Niyang Rapik etc. WTHek

Camne nih? Kalau dah takde idea sekalipun..paling kopak tak payah la tayang cerita Seram. Program muzik banyak sangat. Konsert itu konsert ini. Dengan pengacara ntah apa-apa. Raya ke tu wehh? Mari Berdansa Aidilfitri?? WTF. Hape asalkan ada "Aidilfitri" kat tajuk dah cukup syarat nak tayang ke? Kalau camtu meh aku kasi idea untuk Raya Korban nanti :
"Mari Berdansa Aidiladha", "Mentor Raya Korban", "Fantastika Raya Korban", untuk movie boleh la tayang "Damping Malam, Flat 3A, Cermin"..ok tak? ok tak?

Zaman kita ni dah lah beraya tak macam dulu-dulu. Semua dok ngadap TV jer. Memang la tak bagus tapi kalau dah itu "trend" sekarang, sepatutnya rancangan TV perlu la dipilih dengan baik. Aku paling tak agree filem-filem seram tu. Tak masuk akal kenapa perlu tayang hari raya. Pfffttttttttttttt

Btw, korang perasan tak Susuk tu tak sensored part Aleeza Kassim pakai bikini tepi swimming pool? Aku tengok cerita tu kat panggung rasanya takde pun scene tu tau. Siap buat gaya bukak bikini lagi. Tak sesuai lansung, dah la waktu tu ramai orang tengah beraya..budak2 kecik dok ngadap TV lagi. #facepalm

1 feedbacks:

Jard The Great said...

serius. u got a point there. masa raya hari tu aku bnyk layan hbo astro. muahahaha...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails