Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 4.0 Bajet 2015

Bersedia kawan-kawan. 

Bagi mereka-mereka yang layak. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini di laman https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk mengetahui bila boleh mengisi borang permohonan untuk BR1M 4.0

Dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan BR1M 4.0 2015?
Mudah saja:

  1. MyKad bagi pemohon; dan 
  2. MyKad/MyPR/Pasport bagi suami/isteri (jika berkenaan)

Kalau yang dah berdaftar atau yang sudah pernah dapat BR1M, tak perlu isi permohonan sekali lagi. Tapi kalau nak update maklumat boleh la layari laman web tersebut.

+ + + + + + +


Seperti kata pepatah;
Rezeki jangan ditolak, kalau nak tolak..tolaklah dekat saya.

Berrrrrrriimmmmm!

Thursday, September 8, 2011

Ciri-Ciri 1Malaysia Office Dengan Teknologi Hijau

Photobucket

Khamis, 8 Sept - Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan teknologi hijau. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga RON97, justeru menjimatkan dari segi perbelanjaan. Disamping itu juga, teknologi hijau dapat mengelakkan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan, walaupun saya tak berapa percaya tetapi itulah yang disampaikan oleh Professor Emiratus Dr. Rosmah awal tahun dulu.

Menyahut seruan itu, sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam Teknologi Hijau iaitu 1Malaysia Hijau Development dengan kerjasama syarikat pengeluar komputer terkenal Dell & HP, telah menyiapkan satu prototype "1Malaysia Green Technology Office" yang akan menjadi benchmark kepada semua arkitek/kontraktor untuk menyediakan ruang pejabat baharu pejabat kerajaan dan anti-kerajaan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan ini ialah bahan kedap bunyi, mudah dikitar semula, spare part murah, penjimatan harga bahan mentah sehingga 70%, mudah-alih (senang dipindah kesana kemari) dan bermacam-macam lagi.

Ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi negara pertama yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pejabat. Teruskan membaca untuk melihat sendiri contoh prototype 1Malaysia Green Technology Office.


Related Posts with Thumbnails