Wednesday, September 21, 2011

AYUH! #HarimauMalaya vs Samurai Blue - Kelayakan Olimpik 2012

Photobucket


Demam bola Harimau Malaya kembali lagi. Kita lupakan kisah kekalahan pada Singapura-pura 2 bulan lalu. Kita fokus pada perlawanan hari ini iaitu antara Malaysia dengan Jepun. Kali ini pasukan terdiri daripada pemain-pemain U23. Skuad Malaysia rata-rata terdiri daripada pemain pasukan Harimau Muda A dan B serta diperkuatkan dengan pemain yang pernah beraksi dengan skuad senior iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan K. Gurusamy. Performance 5 perlawanan terkini team Under-23 Malaysia setakat ini (termasuk Friendly match) W-L-W-D-L.

Lawan kali ini bukan calang-calang pasukan. Jepun memang dikenali sebagai kuasa besar bolasepak Asia, tak kira pasukan Lelaki, Perempuan dan skuad muda mereka. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan hari ini sudah pasti Kensuke Nagai, Keigo Higashi, dan Mizuki Hamada. Performance 5 perlawanan terkini team Under-23 Japan setakat ini (termasuk Friendly match) W-W-W-L-W. Ditambah lagi perlawanan berlansung di tempat lawan, sudah pasti Stadium Tosu akan dipenuhi dengan penyokong fanatik Japan. Kita juga sedia maklum sokongan rakyat Jepun memang padu kepada pasukan negara mereka tak kira apa jenis sukan sekalipun.

Walaupun dari segi ranking bolasepak kita jauh ketinggalan di belakang Jepun, ini tidak bermakna pasukan Jepun tidak mampu dijinakkan. Dengan penjaga gol terbaik negara mengawal gawang gol, diharap barisan pemain lain dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi dan memberi cabaran kepada pasukan Jepun hari ini.

Ayuh semua, sokong Harimau Malaya! Malaysia BOLEH!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails