Thursday, September 8, 2011

Ciri-Ciri 1Malaysia Office Dengan Teknologi Hijau

Photobucket

Khamis, 8 Sept - Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan teknologi hijau. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga RON97, justeru menjimatkan dari segi perbelanjaan. Disamping itu juga, teknologi hijau dapat mengelakkan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan, walaupun saya tak berapa percaya tetapi itulah yang disampaikan oleh Professor Emiratus Dr. Rosmah awal tahun dulu.

Menyahut seruan itu, sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam Teknologi Hijau iaitu 1Malaysia Hijau Development dengan kerjasama syarikat pengeluar komputer terkenal Dell & HP, telah menyiapkan satu prototype "1Malaysia Green Technology Office" yang akan menjadi benchmark kepada semua arkitek/kontraktor untuk menyediakan ruang pejabat baharu pejabat kerajaan dan anti-kerajaan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan ini ialah bahan kedap bunyi, mudah dikitar semula, spare part murah, penjimatan harga bahan mentah sehingga 70%, mudah-alih (senang dipindah kesana kemari) dan bermacam-macam lagi.

Ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi negara pertama yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pejabat. Teruskan membaca untuk melihat sendiri contoh prototype 1Malaysia Green Technology Office.






Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails