Monday, May 31, 2010

Cilaka Zionis! Komando Israel Serang Kapal Bantuan ke Gaza, 16 Terbunuh

sumber : Save Gaza

Petang-petang baca suratkhabar online, terkejut baca tajuk berita terkini. Rasa geram dan marah sangat. Cilaka punya Zionis! Mereka serang konvoi bantuan ke Gaza!! Mereka bunuh 16 orang tidak bersenjata!! Mereka cuba menggagalkan usaha bantuan untuk Gaza. Ini bukan bantuan senjata!! Ini bantuan barang binaan, makanan, bekalan sekolah dan lain-lain. Memang cilaka punya Israel. Memang dasar binatang! Bukan setakat menyerang dan menembak aktivis yang tidak bersenjata, malah merampas kapal-kapal terbabit. 8 rakyat negara kita menyertai misi itu, dan 2 dilaporkan gagal dihubungi.

Kita mohon doa semoga mereka semua selamat, dan rejim zionis celaka itu ditimpa bala dari Allah. Kalau dah dasar cilaka, memang cilakalah rejim zionis tidak berhati perut itu. Umat Islam di seluruh dunia juga diseru agar berkumpul dan menyuarakan bantahan terhadap serangan rejim zionis cilaka itu.




INFO : Flotilla bantuan kemanusiaan terdiri daripada 6 kapal dengan lebih 600 aktivis dari 50 buah negara belayar sejauh 400km melalui Cyprus dengan harapan menghulurkan bantuan kepada Gaza. Konvoi sepatutnya dijadualkan tiba hari Isnin.

+ + + + + + + +


Petikan berita dari KOSMO dan video dari Al-Jazeera :
BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.


Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters


sumber dari Al-Jazeera

Israeli forces have attacked aid ships attempting to break the blockade of Gaza.

Commandos lowered themselves from helicopters and onto the Mavi Marmara - the lead ship in a flotilla of six vessels which are carrying humanitarian aid for the Palestinian territory.

Israeli Army Radio said up to 16 people may have been killed in the operation.

Al Jazeera's Jamal Elshayyal on board the Mavi Marmara sent this report before communications were cut.

SOURCE : KOSMO, Al-Jazeera

Pasti Ramai Yang Nak Belajar Dengan Cikgu Alias Selepas Ini


Mr Alias Ismail

KUALA TERENGGANU: Reading and having sex nightly. That, says Tokoh Nilam award winner Alias Ismail, is the secret to his seemingly boundless energy during the day.

Jadi itulah rahsianya ya Cikgu? Aku pasti selepas ini Cikgu perlu lebih aktif melayan soalan-soalan tambahan dari rakan cikgu bila tiba waktu rehat, dan mesyuarat di bilik guru (official dan non-official). Eloklah kiranya Cikgu sediakan salinan tips-tips ataupun rakaman audio supaya tidak letih mengulang suara setiap kali pertanyaan diajukan.

Yang pastinya kenyataan Cikgu tidak salah. Memang secara saintifiknya fakta itu ada kebenaran. Pastinya Cikgu sekeluarga akan menjadi popular di sekolah selepas terbitnya artikel di suratkhabar ini. Harap-harap tidaklah memberi kesan kepada psikologi anak-anak Cikgu. Takut menjadi bahan bualan rakan sebaya di sekolah pula nanti.

Err..Cikgu ada buat kelas tuisyen tak? Pasti ramai nak belajar tau..(mungkin Menteri Besar sekali)

Jepun Yang Gila : Anda Pasti Berkata WTF Lepas Tonton Iklan Ini


WTF!? Ok, mungkin korang tak faham bahasa Jepun dalam video ini. Iklan ini mengenai produk SourceNext yang boleh dibeli dengan 1980yen (itu yang Norika Fujiwara cakap). Tapi aksi selepas itu yang aku paling tak faham. Apa kaitan Norika Fujiwara notice produk SourceNext dengan melahirkan seekor anak kuda? Dan mamat kaunter itu menyebut "terharu" bila menyaksikan situasi itu.

Aku tak faham!!! WTF(wadefakk!)

*Norika Fujiwara ialah actress dalam video itu. Hot dan sangat sexay di Japan.

SOURCE : wtfjapanseriously

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Sunday, May 30, 2010

Drama Arjuna Ganti Drama Jidin di Slot Aksi TV3

Drama Arjuna TV3 Slot Aksi
Drama Arjuna Setiap Isnin tau!

Wah, akhirnya esok drama Jidin yang aku tak paham itu bakal digantikan dengan siri drama baru, Arjuna. Daripada trailer/teaser di TV3, nampaknya macam menarik. Efek-efek CGI yang digunakan boleh diterima (untuk drama bersiri). Lebih menarik perhatian bila aku tahu drama ini diterbitkan oleh KRU Studios. Kita juga tahu yang KRU bakal mengeluarkan dua filem yang hebat. Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa. Jadi drama bersiri ini mungkin menerapkan serba sedikit elemen dari kedua filem itu. (mungkin la kan?)

Aku melihat perkembangan drama terutamanya yang ditayangkan di TV3 semakin hebat. Drama bersiri yang tak terlalu panjang, dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat, dan skrip yang berkualiti. Lihat sajalah kejayaan drama Nur Kasih, Na O Mei, Adamaya, Hotel Mania dan banyak lagi.

Nasib baik bukan dia ni Heroin!

Remy Ishak kembali lagi selepas Nur Kasih. Berganding dengan Nora Danish pula. Sebulan dua ini pasti banyak gossip tentang mereka berdua..heee


Off Day!

Sorry no updates for today. 
Have a good rest everyone. I'm half way sleeping already.


SOURCE : pic from google.com

Dah cuba Kaunter Pertanyaan? Malu bertanya sesat dalam blog!

Saturday, May 29, 2010

JPOP 101 : Funky Monkey Babies - Lovin' Life

Mencari idea di hujung minggu. Semasa perjalanan pulang ke kampung tadi, aku layan balik segala CD yang aku "burned" dari Jepun dulu. Memang layan. Terkenang waktu-waktu student life dulu. Indahnya masa menjadi pelajar. Tambah-tambah lepas layan entri Lizz sebelum bertolak tadi. Kalau ada masa, teringin nak tulis tentang pengalaman sekolah juga.

Okay, sejajar dengan kenangan lagu-lagu JPOP (cewah), aku nak tambah satu spin-off daripada Nihongo 101, iaitu JPOP 101. Aku nak kongsi lagu-lagu JPOP kegemaran aku. Aku mungkin dah tak dapat nak update dengan lagu-lagu terbaru sebab dah lost contact dengan dunia hiburan Jepun. Jadi buat masa ini aku kongsi dulu lagu-lagu favourite aku. Mungkin ia bakal menjadi kegemaran korang juga.

Untuk JPOP 101 edisi pertama, aku nak kongsi lagu dari group Funky Monkey Babies bertajuk Lovin' Life. Lagu ini kalau tak silap waktu Januari 2007, 2 bulan sebelum aku grad. Memang berbunga-bunga lagu ini. Bunga sakura pula tu. Lagu ini bertemakan cinta sesuai dengan kehadiran musim bunga. Apa pun, layan dulu Lovin' Life!

ファンキー・モンキー・ベイビーズ
Funky Monkey Babies
Mon-Kichi, Funky Kato, DJ Chemical




Teruskan membaca untuk lirik lagu

Friday, May 28, 2010

SMS Terbuka Kepada Menteri Pengangkutan Malaysia


Greetings YB Dato', bila nak improve public transport? -n-

Kalau boleh lah kan..


p/s : Letih pandu kereta dalam kesesakan. Hari ini sesak dari simpang Nilai! Lenguh kaki wehh!!


Aku ada FormSpring tau. Tanya lah sepuas hati

Cara Terbaik Remove Disqus? Tolong Ajar Please Please Please



Salam kepada readers blog FTN. Selamat bercuti. Hari ini aku ada satu permintaan. Ini permintaan dari dasar hati yang tulus ikhlas. Dah lama dah sebenarnya, aku nak remove Disqus plugin daripada blog ini. Tapi aku kurang mengerti, al-maklumlah kurang bijak dalam coding. Ada yang kata, buat saja template baru. Itu jalan mudah buang disqus.

Tapi kalau ada cara-cara yang lain, tanpa perlu tukar template ada tak? Sekiranya ada, sudi-sudikanlah ajar aku ya. Aku tau ada ramai yang pakar di luar sana.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Celebrities Who Stink

First of all Sorry Mr. Myers. Really sorry. You're a celebrity, and you're the chosen one. Yes, please shout it out loud!

Shout it all out Mr Myers! Yeee haaa!

Kali ini tentang selebriti yang busuk/masam/tengik. Walaupun aku tak rasa selebriti ini busuk, tapi berdasarkan lakonan dalam filem-filem lawak bodoh dia, aku nak label dia sebagai selebriti yang busuk.

Mana tidak, dia selalu berlakon watak-watak yang bengong tahap gila. Dengan kostum lawak dan selalu jugak nampak ketiak berbulu dia, (mungkin karakter dia ada bulu ketiak lebat?). Tak caya tengok watak Fat Bastard ni, berbulu habis!

Ini mau 2 tong deodorant sekali pakai

Apa pun, aku yakin dan pasti dia menggunakan deodorant untuk kekal wangi bila berjumpa dengan peminat. Kalau dah nama selebriti terkenal, mesti banyak jumpa orang ramai, takkan nak biar ketiak masham selalu dan berpeluh-peluh. Nanti basah baju, kantoi dengan paparazzi pula. Kalau di Malaysia mesti dah keluar di BeautifulNara. Bertambah-tambah femes nanti.

Adidas Action 3, pilihan terbaik! Petr Cech pun setuju!

Once again, sorry Mr. Mike Myers. I know you do not stink (that much), but I'm pretty sure Fat Bastard is. So please, next time if you are playing someone with that much hair, please use Adidas Action 3 deodorant. Extra protection, anti-whitening, and 0% alcohol!

my god! Guru is all hairy too!


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sambil-sambil membeli deodorant Adidas Action 3, jom layan dulu episod 36-39 Project Alpha bersama Ninie Ahmad






Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, May 27, 2010

PROTON 25 Years - SAGA Snap & Win Contest! RM25,000 untuk dimenangi

Proton bakal menyambut ulang tahun ke-25 Julai ini
source : paultan.org

Ingin memenangi wang tunai RM25,000?? Minat mengambil gambar? Hobi anda photography? Haa ini peluang korang. Jom sama-sama sertai pertandingan SAGA Snap & Win PROTON, bersempena dengan ulangtahun ke-25 Perusahaan Otomobil Nasional Berhad itu. Waa aku cukup teruja. Terutamanya bila ada contest yang melibatkan fotografi. Aku pasti nak turut serta!

Jadi kepada siapa yang masih memiliki kenderaan PROTON SAGA versi lama (mitsu fiore), Iswara, dan juga pemilik PROTON SAGA (2008) baru, anda patut turut serta. Syarat-syaratnya mudah sekali dan tak perlu menjadi fotografer professional. Yang penting mesej itu sampai.

Sementara itu, jom tonton video khas sempena sejarah PROTON SAGA (25 tahun PROTON)


Jangan lupa layari laman web ini!

Teruskan membaca untuk syarat-syarat pertandingan

Bagaimana Nak Cari Jodoh Di Google?


Rentetan dari entri semalam, aku cuba membongkar rahsia google suggest lagi kali ini. Walaupun aku sedar ia bukanlah rahsia pun. Kalau semalam aku play-play (bukan foul play) dengan "kenapa", pagi ini aku cuba "bagaimana". Keputusan yang dijangka.

Agaknya zaman ini, kita terlalu bergantung kepada Google sebagai panduan. Paling hit sudah tentu seperti yang dipaparkan. Itu normal pada aku (untuk yang berkahwin) Heh. Tapi tengok baris kedua.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, bukan google la geng!! Tapi kalau itu juga yang dicari, rasanya ini yang akan dijumpai!


FormSpring FTN - Tak kenal maka takkan kenal! Heee

Kenapa..?


Kenapa weh? Kenapa? Seronok betul main dengan google suggest, dulu-dulu kala aku pernah buat entri tentang  benda ini di sini [Google Suggest : Let's Have Some Fun].  Kali ini kita cuba versi Bahasa Malaysia pula.

Tapi persoalannya kenapa?

p/s : mesti ramai perempuan yang search kan? ye tak? hehe


Dah cuba FormSpring FTN? Tanyalah, kasi aku idea untuk berblog juga..heh

Wednesday, May 26, 2010

Kenapa Aku Tak Boleh Baca Blog Lizarazak.com?

Pagi yang gelap. Betul-betul gelap. Sedang hujan di luar sana. Kalaulah aku kerja di kilang buat tilam, sudah tentu aku pergi ke testing lab..tidur pun best wooo.

Anyway, pagi-pagi sudah "bloody full" betul. "Bakayarou" kalau orang Jepun cakap. Aku baru saja beria-ia nak baca entri gampang di blog Lizarazak. Tapi aku dihampakan oleh ejen jahat di ofis aku yang block website Lizz. WTF (baca=wadefak), apahal pula blog Lizarazak masuk kategori gambling ni?? Why? why?..Tell me whyyyy. Ada kena mengena dengan isu lesen perjudian yang bodoh tu ke?

Lizz, macamana boleh kena detect blog kamu sebagai kategori gambling? Ini satu tuduhan tak berasas. Aku tak pernah pergi gamble kat blog Lizz, walaupun kadang-kadang aku gamble je bagi komen. Ces, tak puas hati betul. Tak pasal-pasal aku digagalkan nak membaca blog yang best. Terpaksa lah aku tunggu sampai balik rumah nak tahu apa kisah entri gampang tu.

Ah, suspen gila. Macam awek-awek budak sekolah menengah yang tertunggu keputusan AF8 hari tu. Tapi semua pun dah tahu yang si Shahir tu menang kan?


Lizz, aku sangat down tak dapat baca dan komen entri gampang tu. Teruja nak tahu isi kandungannya. Nanti balik rumah aku pasti baca. Lepas baca aku pasti tinggalkan komen.

Baca blog Lizz di lizarazak.com ye. Jangan risau, tiada unsur negatif di sana. Cuba network aku je block blog blogger bernama Lizz.. (eceh macam tongue twister pula)

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Morons in Dubai Highway, Bila Badut Berduit Banyak

Ingat lagi tak entri ini?

Korang ingat tak dengan entri tentang orang berduit tapi perangai macam badut sarkis ? Rupanya ada ramai lagi sanak saudara mereka di sana. Lebih sewel dan merapu. Kesian mereka. Duitnya banyak, tokey minyak la kut. Tapi cari nahas di jalan raya. Ni kes lagi teruk dari Mat Rempit, ini Lebai Rempit, tak pun Pak Arab Remphits.

Jom tengok satu video betapa hebatnya rempitan pak arab di Dubai. Kalau boleh, korang bagi penilaian aksi sarkis diorang. Patutkah mereka masuk Royal London Circus? Atau buat persembahan masa Jom Heboh ke? Boleh buat duit tu wehh


Tuesday, May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3

It's here!! Finally!!

Oh, yes. It's finally here!! It's the 3rd installment of Toy Story 3!! Aku pasti mahu tonton. Pasti, pasti! Antara filem animasi yang menjadi favourite aku sejak pertama kali di tayangkan pada 1995! Sudah 15 tahun berlalu dan kini Toy Story muncul lagi dengan bahagian ke-3!

Tak sabar nak menonton semua watak-watak termasuk yang kekal sejak Toy Story pertama seperti Buzz Lightyear, Woody, Rex, Mr. Potato Head dan banyak lagi. Dalam Toy Story 3, lebih banyak lagi karakter baru akan muncul. Antaranya Bookworm, Strech, Ken, Lots-o'-huggin'-bear, Chunk dan banyak lagi. Rasanya ada 13 karakter baru dalam Toy Story 3 nanti.

Yang pastinya, dalam banyak-banyak 13 karakter tersebut, aku nak tengok gelagat Stretch. Kalau tengok stretch ini rupanya seekor sotong. Dan pasti ada boleh buat streching dengan baik. Haha. Teringat permainan zaman kanak-kanak aku dulu. Sama seperti stretch, tapi boleh melekat di dinding. Bila baling, dia akan melekat dan perlahan-lahan jatuh. Walaupun tak ada rupa macam Stretch, tapi aku tak boleh lupa bagaimana keadaan syiling rumah yang penuh dengan benda alah tu. Bergantungan, tunggu saja nak jatuh.

Stretch...good for stress release! Haha


Ini pun nampak macam menarik. Pasti ada lawak bodoh
yang robot ini buat. Ooo can't wait!!!


Jom check out trailer Toy Story 3!! Weeeee


Apa pun, tak sabar nak menonton Toy Story 3, apatah lagi dengan view 3D terbaru. Masa menonton trailer di panggung, memang teruja. Lawak pula masa Rex jadi sekeping papan tu sebab bukan 3D..Haha!

To Infinity And Beyond!!
Err..aku prefer Cartoon version ok?..
(euww geli dowhh)


SOURCE : pics from Nuffnang, video from youtube


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

PROTON Gen.2 With Refreshed Look [Minor Change Model]

Poster terbaru Gen2 with refreshed look

PROTON baru saja lancarkan model hatchback Gen2 dengan sedikit minor change. Ia lebih kepada refreshed look dan sekadar untuk meneruskan momentum penjualan model hatchback itu. Seperti yang semua tahu, tak banyak perubahan pada model ini sebenarnya. Cuma "cosmetic change" dan perubahan kepada variant model dari segi enjinnya. Ini mungkin variant terakhir model Gen2 sebelum dihentikan pengeluaran model yang dibina sejak tahun 2004 ini.

Antara perubahan pada Gen2 Refreshed look ini :
1. Warna Baru - Fire Red, Solid White dengan bumbung warna Hitam
2. Rim Aloi dengan kemasan warna baru
3. Design fabrik dalaman baru (Leather untuk H-Line)
4. Enjin CPS untuk semua variant (H-Line dan M-Line)
5. Harga lebih murah untuk M-Line (kurang RM1,500)

Bumbung hitam sudah menjadi trend sekarang


Harga baru PROTON Gen2 ialah :
Proton Gen2 High-Line AT – RM 60,488
Proton Gen2 High-Line MT – RM 57,488
Proton Gen2 Medium-Line AT – RM 54,988

Warna merah nampak garang

Model Gen2 memang masih diminati di Malaysia. Ramai yang suka design hatchback yang menarik. Cuma mungkin design lampu dan radio yang kurang mendapat tempat di hati peminat. Pada pandangan peribadi aku, kereta Gen2 seperti juga model PROTON lain memiliki "handling" antara yang terbaik kalau dibandingkan dengan beberapa model buatan Jepun. Aku cuma tak suka rear vision yang kurang bagus, terutamanya ketika nak reverse kereta ini. Agak tinggi berbanding model kereta lain. Mungkin sebab design cue nya begitu, nak maintain styling line dari bahagian depan hingga ke belakang.

Apa pun, aku tak sabar menanti beberapa model baru yang bakal di lancarkan oleh PROTON tahun ini.

p/s : Pastinya ramai sudah tahu tentang model baru Persona Replacement yang sedang dibangunkan oleh PROTON. Mungkin model itu akan dijadikan base untuk Gen2 replacement barangkali?


SOURCE : images from google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Cari Batu Nisan di Hilang Tower?


Dah berminggu Drama Adamaya tamat di TV3 dan sudah pun diganti dengan Syah Jihan. Tetapi masih ada keyword Drama Adamaya mencapai blog kerdil aku ini. Tak sangka dalam hari isnin yang sangat slow, ada juga yang masih mencari tentang Drama Adamaya. Mungkin sebab terpikat dengan kecomelan adik Mia Sara kut. Tengoklah di analytic result nuffnang tu, Penunggu Gunung Raya pun ada lagi. Walaupun aku tak berapa suka 2nd Half drama yang merapu itu.

Paling aku tak tahan, yang terakhir tu.."bayangan batu nisan ni hilang tower". Aku rasa dia maksudkan highlands towers. Kalau nak baca cerita tu boleh check kat blog Sham Ondscene.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Edisi Gambar Rawak #1 : Bumi Kenyalang

Asalnya nak cuba untuk Project Alpha contest, tapi rasa malas pula. Sebab tak sempat dan tiada idea. Jadi aku godek-godek laptop, sambil nak siapkan job editing yang masih tertangguh.

Anyway, korang ingat tak entri aku lebih kurang sebulan lepas? Kalau tak ingat, boleh baca entri kat sini. Aku dan famili ceria pergi bercuti di Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam. Lama aku perap gambar-gambar dalam HD aku. Hari ini tiba-tiba terasa nak edit sekeping dua untuk di tempek di blog ini. Layanlah sedikit gambar-gambar dalam edisi pertama Gambar Rawak di blog ini.

Tempat penginapan kami

View dari roof top


Monday, May 24, 2010

(VIDEO) Meja Yang Sempoi


Kagum dengan kreativiti pereka ni. Dengan mudah dan tanpa memerlukan sebarang paku atau tukul. Sempoi kan? Kalau ada kat Malaysia tentu aku beli, kalau aku tukang kayu pun aku akan buat macam ini. Senang nak pindah. Nak extend meja pun senang.

Salute to all the creative designers!

SOURCE : Julian Kyhl

Tanya apa saja di FormSpring FTN? Tak kenal maka takkan kenal! Haha

Kenapa Megan Fox Digugurkan dari Transformers 3

Ramai gigit jari lepas berita Megan Fox tiada dalam Transformers 3

Semua pasti sudah tahu tentang gossip hangat yang melanda Filem sekuel ke-3 Transformers tahun depan. Megan Fox khabarnya telah digugurkan daripada barisan pelakon filem itu. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai peminat filem itu walaupun mereka hanya mahu menonton Megan Fox yang seksi dan HOT gila itu, bukan kereta dan lori yang boleh bertukar menjadi robot.

Megan Fox Transformers 3
OMG, no more hot chick on big bikes!

Banyak pengkritik filem mahukan Megan Fox dalam Transformers 3. Kerana tanpa Megan Fox, mereka tiada sebab yang kukuh hendak menonton Transformers. Mereka juga menjangkakan, review/kritik filem itu akan berkurangan atas alasan yang sama. Syarikat-syarikat yang membuat promosi/pengiklanan juga bimbang, promosi akan terjejas kerana tiada perempuan seksi (baca=Megan Fox) dalam poster filem itu nanti.
Usaha-usaha mengembalikan Megan Fox sudah mula kelihatan. Walaupun tak ramai join, tapi sudah ada group "No megan fox in transformer 3 will be pointless".

Ada beberapa sebab kenapa Megan Fox tidak dipanggil berlakon dalam filem Transformers 3. Antaranya ialah..

Sunday, May 23, 2010

Nihongo 101 : Menang Kalah adat Pertandingan!

Konbanwa! こんばんは!また日本語101の時間ですね~ [Nihongo 101 kembali lagi~]
Kali ini bersempena dengan kemenangan Inter Milan dalam perlawanan akhir UEFA Champions League semalam, aku nak introduce 2 perkataan lagi iaitu Menang dan Kalah.

Okay, Menang dalam bahasa Jepun berbunyi "Katsu". Tetapi jangan keliru dengan makanan "Katsu". Bunyi sebutannya sama. Tapi beza pada karakter kanji sahaja. Agak sukar, tapi biasanya kita boleh faham dalam penggunaan ayat.

インターは2-0で勝った
Inter Milan wa 2-0 de katta.
Inter Milan menang dengan 2-0



Kata lawan bagi Menang ialah Kalah. Kalah dalam bahasa Jepun berbunyi "Make'" (sebut Makek). Macam orang kelantan sebut Makan.

私たちの負けです
Watashitachi no make desu.
Kekalahan bagi kami. (mengaku kalah)



Mudah saja kali ini. "Katsu" untuk menang, "Make" untuk kalah.

p/s : Untuk imbas kembali boleh klik Nihongo 101 sebelum ini.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Masuk Lorong Smart Tag









Firahadifa tag aku.

1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Belanja dia makan lompat tikam

2) 6 orang di hati anda?
Ini soalan tak patut.

3). Anda rasa anda comel?
Ni apa tanya soalan macam Michelle Melodi ni..

4). Single or taken?
Single 3.. haha

5). Blog yang anda suka?
No komen

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Kemas macam dalam katalog IKEA

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu Dafi & Gita Gutawa

8). Last text message?
Aih, semua nak tahu ke?

9). Last phone call?
Tak nak bagitau. Nanti korang stalk

10). Hari terakhir anda menangis?
Tak ingat.

11). List lima color favorite anda?
Biru, Biru Muda, Biru Tua, Biru Laut, Biru Awan

12). Orang terakhir anda ber-YM?
Tak nak bagitau juga..uwekk!

13). Game paling anda suka?
One Piece Episode 2 - Wii

14). Adakah anda peminat MCR?
Boleh la. Dulu layan juga lagu Black Parade tu
(Pid - MCR tu My Chemical Romance ye)

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Gementar, dan rasa tertekan. Saya salahkan media!

16). Anda rasa tag ini best?
Aku tak sempat buat entri baru hari ini, jadi ini jalan terbaik. Haha

Tag lagi 10 orang;
Aku malas! Tak suka tag. Smart Tag aku nak.

Pesanan Khidmat Masyarakat :
Kepada pengguna Smart Tag, berhati-hati lah. Ramai yang sudah kena pecah kereta hanya sebab ada smart tag. Perompak biasanya target kereta yang ada lekat Smart Tag holder kat cermin depan. Jadi mereka akan selongkar cari Smart Tag walaupun kita dah simpan dalam glove compartment. Sebab baru-baru ini ada kenalan yang kena pecah kereta dan curi smart tag semata-mata.




Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

UEFA Champions League 09/10 Final Highlights | Inter Milan the Champions!

Highlights UEFA Champions League Final

UEFA Champions League milik Inter Milan
pic from google.com

Aduh, apa ni Bayern Munich? Macamana boleh kalah pada Inter Milan? Apa pun, tahniah kepada pasukan Inter Milan kerana berjaya menjadi treble winners tahun ini. Seria A Champions, Coppa Italia Cup dan paling terbaru UEFA Champions League Cup.

Hebat Jose Mourinho. Berjaya membuat transformasi yang melampau di dalam pasukan Inter Milan. Dalam perlawanan akhir UEFA Champions League, Diego Milito menghasilkan dua jaringan menarik pada minit ke 35' dan 70' untuk menewaskan Bayern Munich. Sememangnya Milito sangat menyerlah dalam kempen UEFA Champions League musim ini. Ini bakal menggembirakan peminat pasukan Argentina nampaknya. Kerana pemain-pemain mereka sedang perform dengan baik.

Mesti jadi hot stuff, banyak club akan kejar dia

Jadi, dengan tamatnya kempen UEFA Champions League 09/10, maka dapatlah semua orang fokus dengan tenang dan menanti ketibaan temasya terhebat iaitu FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan. Pastinya pasukan Germany akan membuat kejutan tahun ini.. Hehe

p/s : Jangan lupa persiapan rohani dan jasmani menjelang World Cup!



SOURCE : youtube.com , google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Saturday, May 22, 2010

Juara Akademi Fantasia 8 ialah..Shahir?

Ada awek sorang je, ada chance ke?

Siapa bakal Juara Akademi Fantasia Musim 8? Entah, aku pun tak tahu siapa. Sebab aku tak pernah tengok satu episod pun! Tup-tup dah keluar cerita final konsert Akademi Fantasi 8. Haha. Dah kata tak ada ASTRO di rumah. Aku tengok penuh entri tentang AF8 merata-rata, jadi aku nak kasi sendat lagi. Hah ambik kau google. Ini tambah satu lagi website tulis pasal Akademi Fantasia 8.

Semua nak cerita siapa jadi juara. Lantaklah siapa pun. Aku tak peduli. Sampai semua artis nak interview tanya. Aku yakin diorang tak layan pun Akademi Fantasia 8 ini. Diorang kan nak pegi clubbing, mana sempat nak layan drama budak-budak menyanyi kat TV sambil bercakap dengan kamera CCTV. Tambah siar hujung minggu.

Tapi ini ada beberapa artis yang bagi pilihan Juara Akademi Fantasia 8. (sumber dari Mstar)

Rahsia Kejayaan Aku


Sejak kecil lagi (zaman sekolah) ramai bertanya tentang rahsia kejayaan aku. Bila aku dapat tempat pertama masa kelas lukisan dulu, kawan-kawan tanya apa rahsia kejayaan aku. Tapi aku hanya senyum membalas pertanyaan mereka. Bila aku menang main tutup botol waktu rehat pukul 10 pagi pun persoalan yang sama timbul. Ingatkan benda ini akan berhenti bila sudah masuk sekolah menengah.

Tapi aku salah. Ada satu masa tu aku dapat tempat ketiga pertandingan reka laman web nasional dan wartawan akhbar pun tanya soalan yang sama. Apakah rahsia kejayaan? Tapi masa itu aku malu-malu segan dan tak tahu nak menjawab, jadi aku senyum saja sebab jurukamera nak ambil gambar.

Sekarang pun, sejak aku tulis blog From The News yang merapu ini, sekali lagi soalan yang sama timbul. Ada yang bertanyakan soalan, apakah rahsia kejayaan? Aku sendiri tidak pasti kejayaan apa yang dimaksudkan. Aku bukan terkenal, dan tidak membuat duit beribu daripada blogging.

Untuk mengelak soalan yang sama berulang lagi, aku rasa sudah tiba masanya aku dedahkan rahsia kejayaan aku. Aku tak pasti sama ada ia dapat menjawab semua pertanyaan sebelum ini, tapi bagi aku inilah satu-satunya rahsia kejayaan aku.

Sudah Terang Lagi Bersuluh Dengan Lampu Limpah


Perlu aku ulas ke? Ada orang masuk ikut tingkap ke? Itu penyamun namanya!


SOURCE : mailbox aku

Tanyalah apa saja di FormSpring FTN. Banyak tanya, banyak info!

Friday, May 21, 2010

Drama Roh Kembali...ganti Penunggu Gunung Raya (Slot Seram TV3)



Mulai 20 Mei, sebuah lagi drama baru bakal memenuhi slot Seram di TV3 menggantikan drama Penunggu Gunung Raya yang baru berakhir. Drama 13 episod yang diberi tajuk "Roh Kembali..." bakal membawa penonton dengan cerita baru mengisahkan tentang kewujudan roh. Drama "Roh Kembali..." diarahkan oleh pasangan Jingo dan Shiela Rusly ini serta dibarisi oleh pelakon yang hebat antaranya Fizz Fairuz, Lisdawati, Rozie Rashid, Zamarul Hisham, dan lain-lain.

Menurut laporan MStar, drama "Roh Kembali..." ini banyak mengisahkan tentang Qarin, iaitu roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.
Jom baca sedikit sinopsis drama "Roh Kembali..." yang aku petik dari laporan Mstar
Roh Kembali… mengisahkan tentang Zaidi (Fizz), seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Namun, Zaidi sebenarnya terlibat dalam sindiket jenayah terancang tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan baiknya.

Walaupun Zaidi hidup dalam kemewahan, dia sering dihantui oleh roh orang mati. Semenjak itu, kehidupan Zaidi tidak pernah tenang oleh kerana dosa-dosanya.

Zaidi sering ternampak roh Lilian yang merupakan perempuan simpanan Tauke Boon yang sudah mati berkeliaran di rumah, pejabat atau di mana jua tempat yang dia pergi.

Dia menjadi lebih tertekan apabila jirannya, Roslan (Zamarul) terbunuh terkena peluru sesat semasa insiden Zaidi sedang bergelut dengan musuhnya.

Zaidi rasa bersalah atas apa yang berlaku terutama sekali apabila isteri Roslan, Maheran (Sheila) terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan.

Akhirnya, Zaidi didakwa atas kesalahan membunuh Roslan. Isterinya, Zahirah (Rozie) terpaksa menghabiskan wang untuk mengupah peguam handalan Azrin (Lisdawati) demi membebaskan suami yang tercinta.
Kalau takut, jangan teruskan..

Thursday, May 20, 2010

Football = Adidas?


the world's leading brand

Bila sebut Adidas, semua orang pasti akan ingat bola sepak. Dan bila ingat bola sepak sudah pasti terbayang kejohanan FIFA Piala Dunia 2010 yang bakal berlansung di Afrika Selatan tak lama lagi. Bola sepak dan Adidas memang sinonim tau.

Pasukan kegemaran aku ditaja oleh Adidas. Tambah pula Adidas ialah jenama yang berasal dari negara Germany! (Pasti Menang!) Baju-baju sukan aku pun kebanyakannya pun berjenama Adidas (sudah tentu sebab kebanyakkan jersey pasukan kegemaran). Kasut futsal pertama aku pun berjenama Adidas. Adidas memang ada kelas tersendiri. Bila pakai jenama Adidas, terasa aura bola sepak pun sampai. Bila main futsal terasa seperti pemain yang hebat, walaupun sepak tonjol belaka. Janji bergaya. Kadang-kadang terasa macam Lukas Podolski pula.

Mr. Jabulani - 2010 World Cup official ball

Jangan lupa Adidas banyak memainkan peranan penting dalam penajaan temasya bola sepak paling hebat di dunia iaitu FIFA World Cup. Bola rasmi Piala Dunia, Jabulani juga dari Adidas. Pendek kata, kalaulah Adidas tiada, maka tiadalah temasya Bola Sepak hebat itu. Jadi apa aku nak tengok bulan Jun kalau World Cup tiada. Oh, jadi Adidas kena sentiasa ada! Tapi sebelum Piala Dunia bermula, tolong baca ini sebagai persediaan mental.

Jadi terbuktilah Football = Adidas. Tengok saja berapa kali aku tulis perkataan Adidas dalam entri ini. Gila banyak kan?. Maknanya jelas dan nyata bahawa Adidas sangat sinonim dengan bola sepak. Apa lagi, jom beli baju pasukan Germany yang terbaru. Pastinya yang original dari Adidas. Go Deutschland go!!


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. 
The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO 
event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Sambil-sambil pilih baju Adidas, mari tengok episod 29 hingga 32 project alpha season 2!




A Kind Reminder To All Non-Soccer Fans | World Cup 2010 Edition

Ole Ole Ole!!

FIFA World Cup 2010 is just around the corner. 21 days left till the first kick-off match between host nation South Africa and Mexico. As usual, every 4 years each and every soccer fans worldwide will transform themselves into soccer-freaks, staying up late and cheering for their favourite teams. For some, this is the most anticipated event of their lifetime. So to all other Non-Soccer Fans, please understand and cooperate with us (the Fans). Go go Deutschland!!

Okay, so you've found your ball eh

This kind reminder is to all non-soccer fans, especially the ladies.

Descent 2 : Oklah, Aku Menjerit Juga Sikit-sikit


Entah dari mana asal-usul cerita ini aku pun tak berapa pasti. Rasanya sudah dikeluarkan tahun lepas. Tetapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan ditarik. Teh tarik boleh, teh tolak tak ada. Aku cuba nasib tempoh hari dan berjaya mendapat 2 tiket percuma, ya percuma untuk menyaksikan screening filem The Descent 2 di Cathay Cineplex The Curve. Walaupun agak keberatan kerana barisan pelakon yang lansung aku tak pernah dengar namanya, serta cerita yang sudah masuk part 2. Part 1 pun aku tak tahu bila wujud. Haha. Tapi ada satu fakta yang menarik tau. Pelakon utama filem ini, Shauna Macdonald rupanya dilahirkan di Malaysia! Tapi dia ada slang Scottish yang kuat sebab dia berpindah ke Scotland lepas tu.

Meredah hujan dan kesesakan jalanraya selepas kerja menyebabkan mood agak suram. Dengan sejuk sebab kehujanan, dan terus dari pejabat. Tak sempat nak bersiap pakai wangian harum semerbak. Dah lama tak ke The Curve sebenarnya. Kali terakhir masa dapat special pass untuk Terminator 4 dulu dengan radio ERA (itu pun member bawak).

Nak dipendekkan cerita, aku antara yang awal beratur dan aku perasan juga Bean Moreno dan wife dia di depan aku. Cuma tak sempat nak tegur semalam. Lepas ambil tiket aku terus gi Isyak dulu. Lain-lain aku tak perasan, sorry aku tak berapa cam.

Wednesday, May 19, 2010

Kurang Ajar Punya Budak

Ingat kisah budak remaja yang tanam bayi di Melaka minggu lepas? Hah, tengok wajah pembekal sperma tu. Tahu pula nak tunduk malu. Masa buat projek dengan anak dara orang dia tak tahu malu. Sekarang seluruh ahli keluarga dia pun dah dapat malu akibat tindakan bodoh dia. Tak perlu kita letak nama sesiapa.

Malas nak cerita panjang, sebab kes macam ini selalu berlaku. Cuma kali ini jelas wajah culprit (yang sanggup buang anak). Tak kiralah sama ada yang lelaki ke perempuan buang, asalkan sperma dia yang jadikan bayi itu, maka dia pun sama patut dihukum. Tapi aku pelik, macamana budak 15 tahun tu boleh terlepas sampai melahirkan anak. Takkan tiada seorang pun perasan perut dia yang boyot? Pandai cover eh?

Baca berita selanjutnya di Harian Metro.

Kesimpulan : Kepada lelaki/jantan/pria terhebat yang dah gatal dan tah tahan sangat, beritahu kat keluarga cepat. Cakap dah tak tahan nak kahwin. Paling kuat korang akan dapat pelempang, atau sepak terajang. Jadi kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau masih belajar, sambung je pelajaran. Jangan pula pergi cucuk anak dara orang, buat anak lepas tu lari lintang-pukang. Nanti malam-malam anak tu datang dalam mimpi macam Nightmare on Elm Street baru kau tau!

Inilah dia "Hero"
gambar ihsan Harian Metro

SOURCE : Harian Metro

Jangan malu jangan segan. Marilah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

10 Tanda Korang Mengalami Blog Addiction Disorder (BAD)



Revolusi blogging telah menukar sedikit sebanyak cara hidup kita di zaman ini. Tidak dinafikan sejak kewujudan blog advertising seperti Nuffnang, ramai mula menceburi bidang blogging, dan ingin mengejar blogmoney. Ada yang menulis tentang kehidupan seharian, ada yang menulis tentang minat, ada yang "copy paste", ada yang gemar tarik pembaca dengan cerita-cerita lucah dan sebagainya. Yang muda, yang tua, budak-budak, mak budak, atuk dan nenek pun dah ada blog sekarang.

Dalam keseronokan blogging, korang kena berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit blog, ataupun Blog Addiction Disorder (BAD). Banyak kesan-kesan buruk daripada BAD. Apakah korang salah seorang daripada pengidap BAD? Di sini aku senaraikan 10 tanda-tanda BAD. (ada lagi banyak tapi aku ringkaskan kepada 10 dahulu)

Related Posts with Thumbnails