Wednesday, May 19, 2010

10 Tanda Korang Mengalami Blog Addiction Disorder (BAD)



Revolusi blogging telah menukar sedikit sebanyak cara hidup kita di zaman ini. Tidak dinafikan sejak kewujudan blog advertising seperti Nuffnang, ramai mula menceburi bidang blogging, dan ingin mengejar blogmoney. Ada yang menulis tentang kehidupan seharian, ada yang menulis tentang minat, ada yang "copy paste", ada yang gemar tarik pembaca dengan cerita-cerita lucah dan sebagainya. Yang muda, yang tua, budak-budak, mak budak, atuk dan nenek pun dah ada blog sekarang.

Dalam keseronokan blogging, korang kena berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit blog, ataupun Blog Addiction Disorder (BAD). Banyak kesan-kesan buruk daripada BAD. Apakah korang salah seorang daripada pengidap BAD? Di sini aku senaraikan 10 tanda-tanda BAD. (ada lagi banyak tapi aku ringkaskan kepada 10 dahulu)


  1. Blogger/Wordpress dijadikan "homepage" semua browser dalam PC korang, termasuk PC di pejabat.
  2. Perkara pertama korang buat selepas bangun tidur ialah tengok trafik blog dan mengeluh.
  3. Korang lebih gemar cari jalan tingkatkan trafik blog daripada tingkatkan prestasi kerja di tempat kerja korang.
  4. Berkomunikasi dengan ahli keluarga melalui blog, dan kalau ahli keluarga nak tahu perkembangan pun kena buka dan baca blog korang.
  5. Korang lebih teruja mengambil gambar kemalangan, daripada membantu sebab nak post di blog.
  6. Lebih senang ingat nama kawan-kawan melalui nama blog mereka daripada nama betul.
  7. Rasa sedih sangat dan tak tenteram nak pulang beraya di kampung sebab tak dapat update blog (tiada internet)
  8. Tujuan korang bersusah payah cari gerai cendol yang sedap di Senawang semata-mata nak post di blog.
  9. Sanggup ambil cuti EL semata-mata nak pergi ke gathering blogger.
  10. Bangun tidur di tengah malam buta bukan sebab nak buang air, tapi nak pergi buka blog dan klik iklan Nuffnang (fraud click)
Sangat kronik! Buang tabiat ke pak cik?

Jadi, kepada mereka-mereka yang mengalami simptom dan tanda-tanda penyakit BAD ini, dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga. Penyakit BAD yang kronik boleh membawa kepada masalah keluarga, sakit mata, pertambahan berat badan, dan hilang keyakinan diri. Jaga-jaga, penyakit BAD ini juga boleh berjangkit. Haha

*penyakit ini juga tidak didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan. Haha

Source : pics from google.com

p/s : siapa pergi Nuffnang Screening Descent 2 hari ini?

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails