Showing posts with label Lovin' Life. Show all posts
Showing posts with label Lovin' Life. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

JPOP 101 : Funky Monkey Babies - Lovin' Life

Mencari idea di hujung minggu. Semasa perjalanan pulang ke kampung tadi, aku layan balik segala CD yang aku "burned" dari Jepun dulu. Memang layan. Terkenang waktu-waktu student life dulu. Indahnya masa menjadi pelajar. Tambah-tambah lepas layan entri Lizz sebelum bertolak tadi. Kalau ada masa, teringin nak tulis tentang pengalaman sekolah juga.

Okay, sejajar dengan kenangan lagu-lagu JPOP (cewah), aku nak tambah satu spin-off daripada Nihongo 101, iaitu JPOP 101. Aku nak kongsi lagu-lagu JPOP kegemaran aku. Aku mungkin dah tak dapat nak update dengan lagu-lagu terbaru sebab dah lost contact dengan dunia hiburan Jepun. Jadi buat masa ini aku kongsi dulu lagu-lagu favourite aku. Mungkin ia bakal menjadi kegemaran korang juga.

Untuk JPOP 101 edisi pertama, aku nak kongsi lagu dari group Funky Monkey Babies bertajuk Lovin' Life. Lagu ini kalau tak silap waktu Januari 2007, 2 bulan sebelum aku grad. Memang berbunga-bunga lagu ini. Bunga sakura pula tu. Lagu ini bertemakan cinta sesuai dengan kehadiran musim bunga. Apa pun, layan dulu Lovin' Life!

ファンキー・モンキー・ベイビーズ
Funky Monkey Babies
Mon-Kichi, Funky Kato, DJ Chemical




Teruskan membaca untuk lirik lagu

Related Posts with Thumbnails