Showing posts with label The Descent 2. Show all posts
Showing posts with label The Descent 2. Show all posts
Thursday, May 20, 2010
Descent 2 : Oklah, Aku Menjerit Juga Sikit-sikit
Entah dari mana asal-usul cerita ini aku pun tak berapa pasti. Rasanya sudah dikeluarkan tahun lepas. Tetapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan ditarik. Teh tarik boleh, teh tolak tak ada. Aku cuba nasib tempoh hari dan berjaya mendapat 2 tiket percuma, ya percuma untuk menyaksikan screening filem The Descent 2 di Cathay Cineplex The Curve. Walaupun agak keberatan kerana barisan pelakon yang lansung aku tak pernah dengar namanya, serta cerita yang sudah masuk part 2. Part 1 pun aku tak tahu bila wujud. Haha. Tapi ada satu fakta yang menarik tau. Pelakon utama filem ini, Shauna Macdonald rupanya dilahirkan di Malaysia! Tapi dia ada slang Scottish yang kuat sebab dia berpindah ke Scotland lepas tu.
Meredah hujan dan kesesakan jalanraya selepas kerja menyebabkan mood agak suram. Dengan sejuk sebab kehujanan, dan terus dari pejabat. Tak sempat nak bersiap pakai wangian harum semerbak. Dah lama tak ke The Curve sebenarnya. Kali terakhir masa dapat special pass untuk Terminator 4 dulu dengan radio ERA (itu pun member bawak).
Nak dipendekkan cerita, aku antara yang awal beratur dan aku perasan juga Bean Moreno dan wife dia di depan aku. Cuma tak sempat nak tegur semalam. Lepas ambil tiket aku terus gi Isyak dulu. Lain-lain aku tak perasan, sorry aku tak berapa cam.
Saturday, May 15, 2010
Minggu Depan Nak Tengok Filem ini Dengan Kawan-kawan
Syukur, dapat juga jemputan menonton filem Descent 2 dari Nuffnang. Terima kasih banyak-banyak. Rasanya macam filem ini sudah ditayangkan tahun 2009 di negara lain. Mungkin baru nak masuk panggung Malaysia bulan ini. Rasanya macam cerita seram, tengok trailer pun dah boleh agak dengan kegelapan itu. Barisan pelakon aku tak kenal lansung. Tapi rasanya barisan penonton pasti ada yang aku kenal. Hehe. Akhirnya ini bakal menjadi event pertama yang aku dapat join selepas kempunan nak pergi Gatsby tempoh hari.
Siapa lagi yang pergi ya? Nanti boleh la berjumpa. Dah kenal lebih mesra, senang hati bila baca blog. Biasalah, kita tak bisa mengenal orang dengan hanya membaca penulisan di blog. Jadi, kalau ada rezeki dapatlah berjumpa dengan geng-geng di The Curve nanti!
The sequel will continue the story of Sarah, who as the only survivor of an all-female caving expedition gone horrifically wrong, suffers severe psychological trauma. Unable to speak, she accompanies a rescue team back to the cave, but events once again take a sinister turn.
THE DESCENT 2 picks up immediately after the events depicted in THE DESCENT.
Emerging from the cave system alone, distraught and covered in the blood of her missing companions, Sarah is incoherent and half-wild with fear. Sceptical about her account of events and convinced Sarah’s psychosis hides far darker secrets, Sheriff Vaines (Gavan O’Herlihy) doesn’t waste time. Along with his partner Rios (Krysten Cummings), and their cave rescue team Dan (Douglas Hodge), Greg (Joshua Dallas), and Cath (Anna Skellern), Vaines forces Sarah back into the caves to help the rescuers find her friends.
SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!
